Followers

Wednesday, July 20, 2011

FOOD REVIEW : DINNER @ BAMBOO BEACH RESTAURANT,LANGKAWI

Sambungan dari entri sebelum ini..

Lepas maghrib dalam pukul 8pm kitorang bergerak pula ke sebuah Restoran di area Penarak Langkawi,untuk makan malam..setelah mengahrungi hari yang penat dan tak berapa nak cukup tidur so apa salahnya dapatkan makanan yang sedap-sedap pula..makan malam kali ni disertai jugak oleh geng geng yang kerja di teluk Ewa.diorang lah yang suggest this Restaurant.


Seingat aku,i've been here once..dalam tahun 2009 dulu..dah datang dengan geng blogger jugak.tapi masa tu tak makan seafood semua.just makan Kueytiow Goreng jer.so this is my second time lah datang sini.area nya macam jauh terperosok sikit ke dalam..tepi laut.
.


sesuai dengan namanya,banyak lah pokok buluh yang duk ada di sekitar kawasan restaurant.dari segi ambientnya aku suka.nice.tepi laut.suram dan malap.menimbulkan suasana romantik.kalau nak buat makan beramai ramai macam ni adalah sangat sesuai.tapi apalah ertinya kalau tempat jer cantik tapi makanan tak seberapa.so mai kita tengok apa yang kitorang order malam ni:
.


Ini ialah SIPUT BULUH BLACKPEPPER..biasanya kalau makan siput buluh aku order masak halia.tapi ni masak lada hitam.ok lah.not bad.aku kalau bab bab siput dan haiwan bercengkerang ni memang aku suka.nak nak kalau siput sedut.pehhhhh..


SIAKAP STIM LEMON..yang ni pun kuahnya ok.boleh lah..


KANGKUNG GORENG BELACAN
.


SOTONG GORENG TEPUNG..yang ni aku tak berapa berkenan sikit..sotong nya agak liat dan tepung gorengnya tak berperasa..bila cicah dengan sos tu baru sedap..kalau nak celen ngan Sotong Goreng Tepung Idrus Ikan bakar di Penang memang jauh beza lah..
.


TOMYAM SEAFOOD..yang ni sedap..aku suka.sebab depa buh santan.rasa lemak..aku pun tak pasti buh santan dalam tomyam ni asal dari Thailand ker atau camana.tapi setahu aku kalau tomyam yang macam kat Thailand takder buh santan..for me,aku prefer yang ada santan macam ni.nampak lebih menyelerakan..ikut selera masing masing lah kan.
.


TIMUN DAN SAMBAL BELACAN
.


Makanan dah sampai jom kita start makan..Bismillah..


ada dua lauk lagi aku tak sempat nak ambik gambar iaitu KERAPU MASAK TIGA RASA dan UDANG GORENG BUTTER..kerapu tiga rasa tu sedap..tapi Udang butter nya out..udang butter rasa marjerin murah tu..style udang butter basah.tak berapa kena ngan anak tekak aku.tapi yang lain lain tu ok lah..
.


sambil makan sambil sembang.basically hal hal pasal konvensyen petang tadi lah.i still think our group present paling best.bias sangat kan.hehe.kalau ada rezeki nanti boleh bertanding di peringkat nasional pulak di Kuala Lumpur bulan Oktober akan datang.hopefully.
.


licin.lesap.habis.baguslah tak berlaku pembaziran..
.


Overall aku rasa makanan kat sini biasa biasa sahaja..still aku rasa kat Wan Thai Restaurant lagi sedap..tak salah untuk mencuba,sebab tekak masing masing tak sama.selera pun berbeza beza..kalau korang nak datang this Restaurant,ni alamatnya:

Bamboo Beach Restaurant
HP: 012 405 5480
Lot 85, Kampung Penarak
Kuah
07000 Langkawi

Opening Hours:11.30am - 11pm Daily

*dari restaurant ni kitorang terus gerak balik ke Hotel..masing masing memerlukan tidur dan rehat yang cukup..esok dah kira traveling day,akan kembali semula ke Penang.nantikan entri last pasal trip ke Langkawi ni di entri akan datang.adios.

2 comments:

NM02 said...

azim

baru nak bismillah

pak aji tu dah baik punyer nganga

ahaksss

@__@

Leez M. Saaid said...

akak perasan opismate hang ramai org2 veteran kan...hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails