Followers

Tuesday, July 5, 2011

TRIP PULAU PERHENTIAN PART 1 : THE ARRIVAL, LUNCH AND SNORKELING TIME

Dengan nama Allah yang maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Kali ni dengan kesempatan masa yang ada aku nak share dengan korang semua cerita pasal Trip ke Pulau Perhentian pada 1 Julai yang lalu..Hari Khamis petang (30 Jun 2011) balik dari Opis terus aku drive keluar dari Penang..macam biasalah,time balik kerja atas jambatan Penang tu agak jammed.so dapat keluar dari Penang masuk lebuhraya Utara Selatan pukul 6.30pm..aku kena sampai KL jam 9pm since our ticket to Kuala Besut pukul 9.30pm.Tekan minyak bagai nak gila so within 2 jam setengah dah sampai KL.Kalau kena speed trap lepas ni memang salah aku..nak buat camana janji sempat catchup nak naik bas.


Alhamdulillah walaupun aku ngan Kak Leez sampai Hentian Putra lambat,bas still tak masuk ke terminal.dalam pukul 10 pm lebih baru bas bergerak..Pheww..mujur tak kena tinggal bas..sorry lah yek pada kawan kawan kak leez yang lain sebab dah tak senang duduk tunggu kitorang sampai terminal Putra..dah la tiket bas pun ngan kak leez..memang naya lah kalau semua kena tinggal.hehehe.Perjalanan ke Kuala Besut mengambil masa leboh kurang 8 jam..pukul 6 pagi dah sampai di Kuala Besut.sampai Kuala Besut cari surau and solat subuh dulu,then terus ke tepi jeti.


Kat tepi Jeti ada Restoran dah bukak awal pagi..so kami menyinggah dulu lah sarapan pagi..teringin nak makan nasi dagang.lama tak pekena..tapi nasi dagang ni tak recommended sangat.tak berapa best.boleh la sekadar nak alas perut..


Yang lain lain ada makan bihun goreng dan Roti canai..actually pada mulanya this trip hanya aku ngan kak leez yang bersungguh nak pergi..member yang asal nak join ada komitmen lain so tak dapat nak pergi pada tarikh ni..so aku pun tak taw nak ajak sapa dah.last last kak leez ajak kawan dia kak nani ngan azuan,then azuan ajak kawan dia jugak,Zahrah.Zahrah terus ajak anak beranak dia lagi 3 orang..so jumlah semua peserta trip Perhentian kali ni seramai 8 orang.The more the merrier right..:)Thanks kak Leez for the arrangement.


Untuk trip kali ni kitorang pakai Sunny travel agent.Kak Leez yang berurusan ngan diorang..mulanya aku deal ngan encik osman tapi sebab lambat nak confirm kan our spot tu penuh..terpaksa cari agen lain.Then kak leez kol this travel agent,Mr.Sani untuk tanya pasal pakej ke Pulau Perhentian.so dapatlah pakej 3 hari Dua malam pada harga RM330.I think that price is reasonable since the pakej included Sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam serta penginapan 2 malam.BBQ dinner disediakan pada malam terakhir,and ada dua kali snorkeling.Transfer bot frome jeti ke Pulau perhentian pergi dan balik.ok sangat dah tu.untuk keterangan lanjut boleh kol this agent ya.

Lot B9 Terminal Pelancongan Kuala Besut
Kuala Besut, Terengganu 22300
Malaysia
tel: +60 609-6975854
fax: +60 609-6975855


The Perhentian Islands (Pulau Perhentian in Malay) lie approximately 10 nautical miles (19 km) off the coast of northeastern Malaysia in the state of Terengganu, approximately 40 miles (64 km) south of the Thai border.The two main islands are Perhentian Besar ("Big Perhentian") and Perhentian Kecil ("Small Perhentian"). The small, uninhabited islands of Susu Dara (Virgin Milk), Serenggeh and Rawa lie off Kecil. The Perhentians belong to Pulau Redang National Marine Park, which means that fishing, collecting coral and littering are strictly prohibited. Like Besut, people here generally speak Kelantanese Malay.-wikipedia


Pada mulanya bot dijadualkan tiba pada jam 8am..tapi terlambat sikit.pukul 8.40am baru bot sampai di tepi jeti.Masa ni orang dah ramai tepi jeti semua menunggu untuk ke Pulau Perhentian..This is my very first time untuk ke Pulau Perhentian so memang lah sangat excited.lagipun memang dah lama teringin nak datang.Hajat terkabul kali ini.


tiket marine Park..Caj pemuliharaan RM5..ni kena bayar asing tak termasuk dalam pakej.


Ini ialah semua geng yang terlibat dalam trip Pulau Perhentian kali ini..jujurnya aku hanya kenal kak Leez seorang sahaja,yang lain tu baru kenal..dari kiri Syazana,saripah,kak zack,kak zahrah,kak nani,azuan,kak leez ngan azim ashaary.walaupun baru kenal tapi semua ok..boleh bertegur sapa dan beramah mesra.tu lah orang kata tak kenal maka tak cinta kan.(semua duk renyihh dalam gambar sebab excited nak ke Pulau Perhentian.:)


Untuk ke Pulau Perhentian kena naik boat..kalau bot laju dalam 30-45 minit boleh sampai..naik slow boat dalam 1 jam setengah..harga tiket bot ni dah termasuk dalam pakej yang kitorang ambik..kalau korang nak naik bot sahaja ke Pulau Perhentian harga tiket pergi dan balik RM70 untuk speed boat dan untuk slow boat RM45.This boat pada mulanya hanya kami berlapan sahaja last minit ada seorang akak ngan anak dia nak ikut pi sama sebab nak bawak anak dia mandi kat swimming pool di Arwana Chalet.


i'm going to Pulau Perhentian!!


sila pakai jaket keselamatan ya..in case any emergency happened.


Cuaca pada masa ni mendung..tapi laut macam agak bergelora jugak sebab perjalanan tak berapa smooth..asyik terhentak hentak.nasib aku takder mabuk laut..kalau orang mengandung dah terberanak atas boat ni bak kata kak leez.heheee.nasib baik perjalanan dalam 30 minit saja.so tak lah lama sangat duk bumpy dalam boat.


Dalam pukul 9.30am kami sampai di Pulau Perhentian..ini ialah Perhentian Besar.orang kata yang happening kat Perhentian Kecil..kat Perhentian besar ni pun banyak chalet duk ada..time yang kami datang ni hanya kat kawasan ni available yang lain dah penuh.Tak kisah lah janji boleh sampai Pulau Perhentian.


geram tengok air kaler ijau tu..jernih bangat.Subhanallah.


Pemandangan yang dapat dilihat di Pulau Perhentian Besar


Setibanya kami ke Pulau Perhentian,terus menuju ke Bayu alu alu Dive Lodge..kitorang akan menginap kat sini selama dua malam..receptionist nya orang australia,sambut dengan ramah..siap ada welcoming drink lagi..what a good impression.Cuma a bit terkilan sebab ada miscommunication dengan travel agent,which is this lodge didnt know kitorang memang dah tempah since takder confirmation.lepas dah clarified semua baru lah dapat bilik..nasib baik ada bilik kalau tak tak taw lah kami nak stay kat mana.Sunny travel agent should take note about this.make sure confirm betul betul next time so tak la menimbulkan kesukaran di sini.


Combining a distinctive sense of style with unparalleled personal and friendly service, Bayu Dive Lodge offers guests an ambience that is exciting and refreshing. A dedicated dive resort, Bayu Dive Lodge is where you can partake in fun dives or learn to dive, snorkeling, kayaking, jungle trekking or just sit back, relax and enjoy the atmosphere.


setiap bilik dinamakan sempena nama ikan..bilik aku nama batfish


Personally aku suka dengan suasana di bayu allu alu dive lodge ni.landskapnya di jaga rapi,dan menimbulkan suasana kekampungan tepi laut..kat sini ada 10 cottage dan 12 bilik.built in modern-traditional style.memang nice.


Deluxe seaview and gardenview cottages are the most popular. These cottages feature either queen size or two single beds, en suite bathroom and a private balcony with rattan lounge chairs. Other amenities include air conditioning, wall fan and hot water shower. They use quality spring mattress and goose feather pillows for extreme comfort. The Standard Aircon chalets feature all amenities except private balcony.


Part bilik airnya pun menarik.ada tangga turun ke bawah dari cottage dan yang paling best sebab saiz bilik airnya besar.spacious sangat..cuma tekanan air agak slow.but overall everything was fine.deco nya pun boleh la..not bad.


Siap ada balkoni lagi memang sesuai untuk berehat sambil dengar bunyi ombak..dah dapat bilik apa lagi terus mandi dan berehat seketika.masing masing tertidor jugak sekejap sementara tunggu waktu untuk makan tengahari.dengan aircond kat bilik memang lagi nyenyak lah masing masing tidor.


sementara diorang tak keluar bilik lagi aku jenjalan depan lodge..lepak kat Lobby ingat nak online.Oh ya kat lodge ni ada Wifi free.tu yang paling best..kat Pulau ada Wifi kira best giler lah..aku ingat lagi password nya ecodiver@alualu.tak taw lah takut diorang dah tukar password kan.hehe.sambil online through BB sambil lah sembang ngan mat salleh dari England.dia kata dah stay di sini 3 bulan sebab gefren dia instructor diving class.looks like diorang memang suka lah dengan pulau di Malaysia.


cafe depan Bayu alu alu dive lodge


waktu ni jam dah dekat pukul 1 pm..perut berkeroncong minta di isi.kitorang akan makan di Breakfirst Hotel selama 3 hari dua malam ni.tak makan di Bayu Alu alu dive lodge walaupun diorang ada cafe sendiri jugak.apa yang aku perasan cafe di Bayu alu alu nampak western sebab ramai omputeh.maybe thats the reason why our travel agent set up dengan cafe Hotel sebelah.kami tak kisah janji halal dan sedap.


makanan pun dah tersedia jom kita makan..


seriously sangat lapar..kali last makan masa pagi tadi jer..suasana di Cafe Break first ni best sebab betul betul sebelah laut.makan berhidang pulak tu..jom kita tengok apa yang kami makan:


Ayam Gulai..sedap!!aku rate A


Sayur campur pun sedap juga.


Telur dadar.


Tu dia kak nani bukan main excited lagi kan nak makan.heheee..


Overall makanan kat sini sedap..pekena pulak dengan Sambal belacan dan timun..sambal belacan tu pedas tapi sedap.aku ni memang tekak melayu nak buat camana.apa apa pun belacan nak kena ada.


Akhirnya semua licin..burpp...Alhamdulillah kenyang.


Selesai makan aku ngan kak leez jalan jalan tepi pantai..area yang kami duduk ni pantainya sangat pendek..tak luas macam kat redang..so dari segi scenery memang kat Redang lagi cantik..tapi takpe the best is about to come nanti..hehe..pukul 3 pm kami akan pergi snorkeling pulak.


suasana depan Bayu alu-alu dive lodge yang kami stay


Bergambar lah apa yang patut..


Pukul 3 pm kitorang bersiap siap untuk bernorkeling untuk sessi pertama..lama dah tak bersnorkeling kali last tahun lepas bulan mac di Manukan Island Kota Kinabalu..menurut pendapat member yang pernah sampai, Snorkeling di Pulau Perhentian adalah sangat best.tu yang aku macam excited dan tak sabar..


are you guys ready????


Snorkeling petang ni more kepada pengenalan dengan laut..our instructor,Mizi direquest oleh kak leez hasil recommendation adik dia.Mizi ni memang friendly dan best..Cumanya kami terlupa nak bawak roti so tak banyak ikan yang datang..Mizi kata hari ni just tengok mender mender biasa jer..esok baru akan ke Turtle and shark Point.


Terjumpa ikan Nemo yang memang suka duk kat rumpai laut..memang kat perhentian ni cantik lain macam lah bawah dasar lautnya.i think this trip lagi kalerful sebab ada kamera underwater.baru best sikit bila dah balik dari Perhentian boleh tengok balik gambar..


ni macam ikan selar jer..goreng pun sodap.hehe


yang paling besar jumpa ikan bertanduk.aku pun tak taw nama saintifiknya apa..air agak keruh pada petang ni so tak banyak point boleh pergi.takpaa kami simpan untuk esok..turtle and shark point akan kitorang jejaki..macam masuk dunia lain pulak bila tengok hidupan bawah laut ni.Maha suci tuhan pencipta sekelian alam.


For the first session everybody seems so happy jugak.walaupun tak banyak hidupan laut boleh nampak tapi untuk permulaan ok lah tu..Yang penting we all had so much fun kan!cuma terlupa bawak roti jer..masa datang tempat last tepi pulau kecil airnya sangat lah jernih..kalau lah pantai kat Port Dickson jernih macam ni gamaknya tiap tiap minggu lah orang KL pergi snorkeling kat sana.


Balik dari Snorkeling lebih kurang jam 5.30pm..dari jeti point aku,kak leez ngan azuan ke swimming pool di Arwana resort and beach chalet..kat situ jer ada swimming pool so kitorang dengan selambanya tumpang mandi.heheee..sekejap jer pun sebab dah agak penat.after that balik ke bayu alu alu dive lodge bersihkan diri dan berehat sekejap..(*to be continued)

*macam dah panjang je entri ni nanti aku sambung lagi di entri akan datang.Buat masa sekarang aku bersiaran dari Manjung Perak.Outstation di sini seminggu..Jumpa lagi dalam entri akan datang ok.adios.

22 comments:

Nieda said...

enjoy the foto ...

Nieda said...

Tertarik dengan kura2 tempurung tu. Enjoy the gambar, very the banyak.

Leez M. Saaid said...

bravo ajimmmm....very detail and complete hang punya review.
Masih dok teringat2 lagi trip ini.....terbaiklah!!!!!
jangan lupa next year planning.

eLLy said...

tak pernah lagi nak wat snorkeling.. takut dok dlm laut lelama ;(

Unknown said...

hai...kalau kita nak sborkrlling kena reti berenang ka??
hehe..saya budak baru belajaq

NM02 said...

syoknye zim...

eKa said...

fuh dari kl 8 jam...tau tak bapak saya dtg dari png-jeli-besut amik masa 5jam plus2 je...:) apa yg saya perhatikan, manukan cam lebih colourful...tp perhentian byk gamat.apa2 pun... kedua2 tu memberikan kepuasan yg berbeza...rugi masa g manukan dulu tak beli underwater camera...agent tak provide roti ikan ye azim...

Life's Like That said...

Azim - i was there in Arwana 24 - 27hb Jun yg lepas. i cldnt agree more.. superb! ada jugak lepak2 kat Bayu tu.. best.

@xiM said...

NIEDA,

thanks for enjoy your stay here..keep coming back for more ok..:)

@xiM said...

KAK LEEZ,

konpem next year kena datang lagik..jangan lupa okeh..plan bulan Jun.:)

@xiM said...

KAK ELLY,

alah kalau snorkeling ada life jacket..takyah takut coz ramai orang duk ada..

@xiM said...

CIK GOLD,

takpaa.tak terer berenang pun still boleh snorkeling sebab ada lifejacket..

@xiM said...

NM02,

i had so much fun you know!

@xiM said...

EKA,

agent terlupa nak bawak roti.kitorang pun terlupa..nanti untuk snorkeling part 2 lagi best gambar gambar..stay tune ok!!

@xiM said...

SHAH SHAHE,

seriously best kan!!i love perhentian!!!!

sarah mohamad said...

Guna camera underwater apa ni? Cantik pemandangan underwater ni ...

nabilah said...

Salam, nak mintak contact untuk ni boleh ke ? plainvanilla_arigaski@yahoo.com

Mr said...

bape sume skali budget (termasuk makan & minum + aktiviti2 lain) mase kat sne untuk seorang?

@xiM said...

Sarah,


guna kamera underwater Olympus Tough mikro80

@xiM said...

NABILAH,

Contact number?ada dalam entri ni..cer baca semula

@xiM said...

MR,

saya dah perincikan dalam entri ni..Mohon baca semula ya entri ni.mekaseh.:)

shuhadah Zainol said...

bestnya...bilalah dpt kesana ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails