Followers

Sunday, July 10, 2011

TRIP PULAU PERHENTIAN PART 5 : PART FINALE - SAYONARA PERHENTIAN ISLAND!!

Hujung minggu di Penang yang tenang.

Sepatutnya hari ni ada SIEMENS RUN 2011 di Dataran Merdeka pukul 7 pagi tadi.aku dah sign up untuk 10 KM punya acara..tapi atas faktor keselamatan diorang tunda ke 25 September 2011..ni semua kes BERSIH punya pasal..bagi aku BERSIH nak berdemonstrasi atau nak adakan perhimpunan aman biarlah.tu hak depa.yang ramai pihak lain duk provoke sampai timbul kekecohan tu kenapa..aku tak cukup ilmu sangat nak sembang pasal Politik macam ni..apa yang dah berlaku dah berlaku pun.Rakyat bukan bodoh untuk menilai.Harap Malaysia akan tetap aman.


Ok cukup pasal isu semasa.

Jom kita terbang ke Pulau Perhentian lagi.aku nak story part last..iaitu di hari terakhir berada di Pulau Perhentian.basically untuk hari terakhir ni (3 Julai 2011) kitorang bersiap siap nak balik..aku dah siap packing malam tadi so pagi ni tak kalut sangat.Cuaca pagi ni mendung dan Hujan..Alhamdulillah hujan hari ni.aku bayangkan kalau lah semalam Hujan mesti aktiviti snorkeling kitorang tak berapa nak best..Apa yang Allah rancangkan semua dah cantik belaka..


Bila semua dah siap packing time untuk bersarapan pagi lah pulak.


Ada Roti bakar isi Tuna kat dalam


Kuteau Goreng pun ada..


Waktu pagi kan bukan boleh makan banyak sangat pun..so banyak lah roti dan kuteau tak abis..daripada membazir kitorang tapau lah roti dan kuteau tu..Boleh gak makan dalam bas nanti..Bot dah tunggu di Jeti depan Arwana Resort since pukul 7.30 am..kitorang bergerak ke jeti dekat pukul 8am.Nasib lah kan lambat sikit..Masa ni Hujan rintik rintik membasahi pulau perhentian.Macam tak best pulak dah nak balik kan..rasa cam nak stay lagi dua tiga hari..Tapi bagi aku cukup lah kot..Yang sekejap sekejap macam ni yang best.kalau tetiba mai duk sini dua minggu mesti bosan pulak nanti.


Selamat Tinggal Pulau Perhentian..Insya Allah we will come back later..


Cuaca tak berapa elok.so aku takut lah ombak bergelora dan hentakan kuat dalam bot.Tapi Alhamdulillah laut tak berapa nak tenang tapi tak lah bergelora macam masa nak datang dua hari lepas..Perjalanan di permudahkan..Hujan pun tak lah lebat..suasana lembap lembap..perjalanan dari Jeti Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja.dekat pukul 8.45 am kami dah sampai di Jeti Kuala Besut.


Sampai di Jeti Kuala Besut first thing to do is nak cari Fridge magnet dan Keychain untuk dibawa balik sebagai kenang kenangan.Nak beli kat pulau mahal sangat sampai 8 ringgit seketul.beli kat sini baru 4 ringgit.tapi aku perasan bila tawar menawar diorang takkan bagi harga murah..entah lah.maybe sebab ni tumpuan pelancong tu yang diorang boleh tekan harga tinggi.Selain fridge magnet macam macam lagi lah souvenir yang ada.Tshirt banyak dan macam macam lagi.


Bergambar bersama abang sani,Tokey Perhentian Sunny Travel Sdn.Bhd.Kitorang mengambil khidmat this agent,atas bantuan kak leez.dia yang arrange dengan kak na,Isteri abang sani.Cuma beberapa simple detail diorang kena beri lebih penekanan especially masa nak konpemkan penginapan kitorang kat Bayu dive Lodge.yang lain lain tu biasalah.as a good agent diorang patut facilitate us more.good luck anyway ya!Kat bawah ni aku letak kontek number in case korang nak pakai this agent(.Sekali lagi aku bagitau,pakej yang kitorang ambik ni RM330 - pakej 3 hari dua malam siap accomodation dan makan minum,BBQ dinner pada malam last,snorkeling dua kali termasuk transfer boat dari jeti kuala besut ke Jeti Perhentian pergi dan balik.)

Lot B9 Terminal Pelancongan Kuala Besut
Kuala Besut, Terengganu 22300
Malaysia
tel: +60 609-6975854
fax: +60 609-6975855


i LOVE Perhentian Island!!yes i really do tapi tak la sampai beli T shirt tu.hehee


Untuk sampai ke Kuala Besut dari Kuala Lumpur,Bas Mahligai Ekspress menawarkan khidmat bas pada harga tiket RM40 satu hala.Bertolak pukul 10 pm akan sampai di Kuala Besut jam 6am masa kitorang datang dua hari lepas.pagi ni bas pukul 9 am,estimated time arrived pun around 6pm macam tu lah nanti di KL.actually kalau korang nak naik flight ke Kota Bharu pun ok..then ambik teksi dalam RM60 satu cab untuk ke Kuala Besut dalam masa satu jam.Kalau dari Kuala terengganu airport perjalanan dengan teksi mengambil masa satu jam setengah.Itu cara cara untuk korang sampai ke Kuala Besut ni lah.Selamat menyelusuri keindahan Pulau Perhentian pada yang masih belum sampai ke sini ya!!


Nice to meet you buddy!


Now everybody dah ready untuk bertolak pulang..dalam perjalanan macam biasalah tak boleh nak tidor sangat..just enjoy the scenery kampung kat luar sebab bas ni lalu jalan dalam..ada lah bas ni berhenti sekali untuk solat,lunch dan ke Toilet..dalam pukul 6 pm kak zahrah,kak bedah,syazana dan seripah turun di Greenwood.Aku,azuan dan Kak leez turun di Hentian Putra..Then kitorang pergi makan di The Mall sebelum masing masing membawa haluan sendiri.Berakhirlah sudah trip Pulau Perhentian pada 1-3 Julai 2011 yang lalu,yang pastinya meningalkan kenangan yang cukup manis buat aku dan yang lain lain.Kat bawah ni aku buat summary Things i love the most about this Perhentian Island Trip :


a)Snorkeling time + Keindahan Hidupan dasar laut

Secara jujurnya dalam banyak banyak trip snorkeling yang aku pergi kat Pulau Perhentian ni meninggalkan memori yang susah aku nak lupa.Especially di area lighthouse Coralnya berwarna warni,dan banyak ikan ikan yang cantik.paling best bila boleh tengok penyu dengan mata sendiri dalam laut..Ikan Jerung pun nampak walaupun tak sempat nak ambik gambar..aku tahu Mabul dan Sipadan pasti lagi cantik,tapi setakat ni Perhentian yang paling best bagi aku.memang nak kena ambik lesen diving PADI lah nanti..Jom kawan kawan!!Tak lupa jugak Thanks to Miji our Boatman yang bawak kitorang pi snorkeling kali ini.


b) Accomodation at Bayu Dive Lodge

Kami stay di Bayu Dive Lodge.This place is very well maintained..dari segi landskap dan susun atur chaletnya,very nice!!Cottage yang kitorang stay tu pun sangat cozy dan best..This chalet di namakan sempena nama nama ikan.so unik.and on top of that,diorang ada sediakan Wifi percuma.itu yang paling best.baru lah senang nak berfacebook dan bertweet walaupun jauh di Pulau sana..ni link kalau korang nak buat reservation ya : http://www.alualudivers.com/resort.htm


c) Food and beverages at B-First Cafe

what more can i say about this??pakej yang kitorang ambik ni sekali dengan sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam..di malam terakhir ada buat BBQ Dinner.yang paling penting semua makanan yang disajikan adalah sedap dan menepati citarasa semua.sambal belacannya walaupun pedas tapi power beb.hehe..Kombinasi lauk pauk yang ok,dan this cafe pun tak kedekut..mesti lebih punya untuk 8 orang tu.walaupun kitorang stay di Bayu alu alu dive lodge,our agen setup makan kat sini..terbukti kesedapannya.Jus mangga nya pun best..recommended lah.Good job B-First Cafe!


d)Met New friends and new people

Last but not least, mender ni tak dapat di nilai dengan wang ringgit.Through this trip i met a new people,and new friends as well..pada mulanya aku just kenal kak leez seorang sahaja..yang lain lain tu ada member kak leez,dan member kepada member dia..Alhamdulillah semua dapat get mingle dengan baik!Kak zack pun sporting dan lawak.heheee..You guys rawak!!i think this is da best part yang menjadikan this trip was so memorable..Kak Leez,Kak Nani,kak Zahrah,kak zack,syazana,Seripah (hope you like this name) dan Azuan,nice to know all of you..ada umur kita berjumpa lagi di lain masa ya..kita buat gathering Geng Pee Ai di gerai nasi lemuni kak zack di Penang nanti lepas raya ok.Insya Allah..

*There are lots of beautiful things around us. It's just a matter of how we see it and whether we're able to realize it. In life, of course there are always some ups and downs. However, I believe, that even in the most difficult situation, there's always a beautiful thing.. As wise people say, "Everything happens for a reason". Yup, la vita é bella... enjoy! :)

15 comments:

mummysyafie said...

cantik tempah ni jim, tapi bila agak akak nak ke sana. dengan naik boat nya..mesti leceh kalau bawak kids. tunggu diaorg besar sikit kot

teringin nak snorkling.

eKa said...

wah cpt betul update...daya terkedek2 lagi...nanti kita tukar2 tgk pic underwater ae...

azimask said...

UNDERWATER PIC TU GUNA KAMERA KHAS EK?? TINGIN NAK SNORKELING.. TAK BERPELUANG LAGI...

en_me said...

vahhh sonoknyerr uools.. ehehe

Najib Ariyan Ali Basha said...

Azim...

Pasal harga Sipadan kan kena tanya Dr Shah... abang tak tahu menahu... abg ikut jer

Miss Nazla said...

glemer kak nani :D

@xiM said...

KAK NOR,

yup.cantik..nanti tunggu lah bebudak tu besar sikit bawak diorang pi..ajak wawan ngan abang snorkeling mesti diorang suka..:)

@xiM said...

EKA,

dah tengok gambar underwater on your blog.superb jugak!

@xiM said...

MIMIE AZIMASK,

yup.pakai kamera olympus tough underwater..:)

@xiM said...

EN ME,

seronok.kalau uol ada mesti lagi seronok..

@xiM said...

ABANG BEAR,

ok nanti saya tanya abang shah..:)

@xiM said...

MIZ NAZLA,

saya berpeluang jumpa sepupu kamu.hehehe.what a small world kan.

mR heArt said...

syok giler bertravel..
sy pun minat travel ni..
tapi tak der member.. huhu

Taufiq Sani said...

kamera olympus tough underwater berapa hrga dia?

Taufiq Sani said...

kamera olympus tough underwater tu berapa hrga dia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails