Followers

Saturday, July 28, 2012

SEKITAR PROGRAM SECALIT BUDI SEUKIR SENYUMAN @ HOSPITAL PENANG , ANJURAN KOLEJ ICT

Pagi ni sempat berlari 12 KM. Tercabar tengok #Gengkakilari berlari malam tadi di Putrajaya buat LSD beramai-ramai. Di Penang maklumlah, aku takder geng nak berlari..ke tempat jogging biasa seberang jaya pagi ni..Sahur dah minum air banyak so i think i would be fine for the whole day. Insya Allah. Moga Allah beri kekuatan itu.

Jam 9.45 am

Mendapat jemputan untuk program Secalit Budi Seukir senyuman anjuran Kolej ICT. Terima kasih sebab jemput saya sekali untuk memeriahkan majlis ni..Bertempat di Hospital Besar Pulau Pinang..First time jugaklah jejak kaki ke General Hospital Penang.Tujuan Program ialah untuk mendedahkan Para pelajar tanggungjawab terhadap masyarakat secara umum, Prihatin terhadap penderitaan kanak kanak kecil sekaligus memberi kesedaran dan memotivasikan diri.


Ketibaan para pelajar dengan bas.


selamat datang ke wad Pediatrik


Acara pembukaan dan ucapan dari pihak Kolej ICT dan Pihak Hospital


Lawatan sambil beramal- beri belon pada kanak kanak dan sedikit sumbangan ikhlas


Clown yang menceriakan keadaan


Macam-macam jenis pesakit ada di sini..Kesian tengok diorang


Cik LJ, Head of this program. Thanks for inviting me!


Para juri bersidang untuk Pertandingan mewarna yang di adakan


Program selesai sekitar jam 12.30pm..Ucapan penutup dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan peserta pertandingan mewarna..At lleast ada program macam ni terhibur lah sikit hati bebudak yang berada di wad pediatrik..Menolong orang itu gembira..Syabas dan sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur dan semua pelajar ICT Kolej yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung! you guys really did a great Job!




Sebelum majlis bersurai, sempat merakamkan foto kenang-kenangan di hadapan perkarangan Hospital Penang bersama pihak pengajur dan pengurusan tertinggi Kolej ICT.Selamat maju jaya dan semoga terus menganjurkan program yang seperti ini dan seumpamanya.

Allah dan Rasul-Nya memerintahkan malah memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahawa dermawan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadis: 

إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها
 
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails