Followers

Wednesday, November 14, 2012

BALIK KAMPUNG SEMPENA CUTI DEEPAVALI PART 2

Pagi yang cerah..

Selesai solat subuh pagi tu aku memang sudah berhajat untuk menziuarahi pusara arwah ayah..dekat 6 bulan sudah berlalu sejak ayah pergi buat selama lamanya menghadap illahi.sejujurnya tiada hari yang berlalu dalam hidup aku sekarang tanpa aku teringat pada arwah ayah..ianya peristiwa besar. kehilangan ayah yang ,erupakan tunggak keluarga kami ialah perkara besar. kepada kawan-kawan yang telah melalui situasi ini pasti akan lebih faham dan mengerti apa yang aku maksudkan.


Aku ke Kubur ayah bersama mak dan abang Jali..ini kali kedua mak menziarahi pusara arwah ayah..kali pertama sewaktu Hari Raya Aidiladha pada Bulan Oktober yang lalu..Mak Tabah. itu aku tahu. waau ternampak riak kesedihan tapi elemen sabar dan redha sentiasa terbenam di dada mak. siapa tak sedih bila kehilangan seorang peneman dari dulu dan kini tinggal bersendiri..Alhamdulillah kini keadaan semakin pulih dan kami sentiasa akan kenang arwah ayah dalam setiap doa yang kami titipkan..Kubur arwah ayah bersih..petanda ada orang selalu datang menjenguk..Alhamdulillah..aku macam ni lah, bila ada peluang sahaja balik ke kampung baru dapat menziarahi pusara arwah ayah..


Daripada pusara arwah ayah kami ke Maahad Tahfiz Muqarrabin di Kerteh, Sekolah Along dan Ika..aku akan pulang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Penang pada hari ini..kebetulan Ika perlu ke Kuala Lumpur untuk urusan berjumpa doktor bersama Kak Tie.so datang untuk Ambik Ika lah ni.alang alang ambil ika berjumpa dengan Along sekali. Dah besar panjang dah anak dara Kak Tie yang sorang ni. dah boleh kahwin dah pun..Masa. Sangat lah pantas berlalu.


Bawa Along dan Ika bersarapan pagi bersama sama..makan Roti bakar dan Kuih Bom. Makan Nasi lemak. makan Laksam..Rindu pada makanan pantai timur..kat Penang ada jugak cuma bila dah balik kampung ni suasana nya sedikit berbeza..tempat jatuh lagi dikenang.


Nur Aniqah akak Ika, anak Kak Tie yang paling Bongsu..mengalami masalah pemanjangan kaki yang tidak seimbang sebab sebelah kaki patah masa kecil..masa zaman Ika baby lagi..so sekarang nak kena sentiasa follow up dengan Doktor dan akan di buat minor operation untuk sambung tulang supaya pembesaran tulang nya berlaku secara normal. aku pun tak sure penerangan aku ni betul ker tidak tapi lebih kurang cenggini lah overall situasinya. tak paham? takpe. Janji keluarga kami yang faham cukup lah.


Balik rumah dalam peti ada Ikan kembung segar..Kali ni mak tak buat keropok lekor. Sagu takder di rumah..so mak just buat Ikan Goreng celup tepung sebagai bekalan untuk aku pulang ke Penang..sempat makan tengahari bersama sama dengan keluarga sebelum aku memulakan perjalanan pada jam 2pm..


Bergambar dengan Qiadah dan Qayyum..adik beradik yang sangat lah seiras mukanya..Qayyum dah kurang tembam dari dulu sebab dah mula aktif berjalan..suka tengok Qiadah duk bergurau dengan Qayyum..anak abang jalee dan Kak La.


Kak Ina pun ada di Kemasek waktu ni..Dapatlah berjumpa dan bersembang panjang malam tadi..hari ni kak Ina dan Nurul akan Pulang ke Dungun dan aku pula akan ke Penang..Cuti Deepavali is Over..and its time to say Goodbye..selamat tinggal mak..ada masa nanti saya balik lagi..sednag berdebar debar menanti hari untuk my family turun ke Penang..atas satu urusan yang penting. (Muka mak kepanasana..Cuaca panas terik)


This is Pantai Kemasek..Pantai depan area rumah..dah jarang datang..aku tengok orang luar ramai juga yang datang bertandang..actually pantai ni tak lah lawa sangat..Biasa Biasa jer..but still its a nice place to hangout petang petang or pagi..ada tempat rekreasi untuk anak anak kecil.Orang dewasa pun boleh.


Sampai di Kuala Lumpur jam 5.30pm..di Plaza Tol Gombak berjumpa kenalan lama yang pesan untuk aku beli keropok lekor..Anum. Thanks Anum for the Durian Krepe..sekarang ni trend pulak dah orang duk suka makan Durian krepe walaupun mende ni dah lama ada dalam pasaran..Nice jugak rasanya..Thanks Anum. Until we meet again..And sempat juga aku jumpa Kak Leez dan Abang Saufi untuk hantar keropok lekor jugak..wahhh kalau buat bisnes boleh maju neh..delivery percuma di area lembah klang.


Ikan Kembung Celup tepung mak bagi bekal. Selesai urusan delivery ketopok lekor dan sata terus aku ke rumah kak Tie untuk hantar Ika. Mimi pun ada ikut sekali sempena cuti sekolah ni..kami makan lah ikan goreng celup tepung ni..sedap! terima kasih mak! we will always love you. Always and Forever. Hanya Allah mampu membalas jasa-jasa mak pada kami semua.


Kak Tie duk sibuk buat Cupcake kat dapur. sebab nak balas pemberian jiran depan rumah. Jiran depan Rumah kak Tie orang India, so sambut deepavali dan ada lah beri sikit makanan..Cupcake sebagai serangan balas lah..dapat 5 bijik kak Tie bagi untuk bawak bekal ke Penang..Thanks kakak ku!!Love you so much!!


Dari rumah Kak Tie aku tak terus balik ke Penang..sempat singgah di IKEA dulu sebab ada a few things aku nak carik..Thanks Faiz teman aku datang ke IKEA..


Aku suka datang ke IKEA. maybe sebab aku suka tengok showroom yang dibuat..suka dengan idea idea yang simple tapi nampak kemas dan elegen..alang alang dah selalu datang ke IKEA aku apply membership terus. Boleh dapat Diskaun later for some selected item. dapat juga minum kopi percuma nanti bila ke cafe Ikea..after beli barang barang apa yang patut kami Dinner di Restoran Wahida Tomyam, which is that place dulu ialah Restoran Vichuda..bila tanya depa kata tukar nama sahaja tapi rasa makanan still sama.

And then the journey to Penang begin..bertolak pukul 12am..sampai Penang awal pagi dan sempat rehat sebentar di rumah dan terus ke Opis..

Rutin harian sebagai pekerja marhaen bermula semula hari ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails