Followers

Tuesday, December 31, 2013

MUSAFIR DI BUMI ALLAH

Kembaralah kamu di muka bumi Allah ini. Nescaya kamu akan dapat memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah pada setiap penciptaan-Nya. Khusus untuk mereka yang berfikir..

Tahun 2013, masih lagi punya kesempatan dan izin Tuhan untuk merantau melihat negara orang. Tidak lah sampai ke Europe sana, sekadar berkisar di Asia sahaja. Tapi itu pun sudah memadai untuk aku membuka mata dan merasai suasana selain tempat sendiri. Paling-paling dapat lebih menghargai nikmat kehidupan yang Allah kurniakan.

Alhamdulillah syukur.

Travellers dan kamera - memang tidak dapat dipisahkan. Satu entiti yang sama. Rugi kiranya jika kita tidak merakam memori dan pemandangan yang memukau di tempat asing. Itu sudah jatuh perkara WAJIB. Ambillah gambar. Tidak salah. Dan ianya akan jadi kenangan indah buat kita apabila pulang kembali ke kampung halaman asal.

Tapi yang jadi salah apabila kita terlalu taksub mengambil gambar tanpa sempat kita menghayati moment yang berada di depan mata. Jadi salah apabila kita terlalu asyik hingga mengabaikan nilai estetika yang ada di tempat yang kita lawati. Dan itu lah a common mistakes that I've done for the past few years while travelling. Apabila melebih-lebih untuk cuba merakam setiap detik, di saat itu lah saya hilang fokus dan tiada penghayatan. Kesudahan - pulang dan melihat kembali gambar yang diambil di laptop tanpa ada rasa di jiwa. Sekadar puas tapi tiada makna mendalam.

'Di sawah bertingkat bali terlihat petani gigih membanting tulang di bawah terik mentari'
'Di atas puncak bromo, surabaya terbau sulfur yang kuat kerana gunung berapi itu masih aktif'
'Asyik dengan kesesakan lalu lintas di vietnam, hanya melintas sesuka hati tanpa perlu melihat kenderaan di kiri dan kanan jalan'
'Seronok melihat orang tempatan beriadah di lapangan MONAS Jakarta'
'Kagum dengan seniukir angkor watt di Siam Reapp'
'Sedih melihat kesusahan masyarakat setempat di pedalaman Cambodia'
'Terpesona dengan persembahan lampu di pinggir avenue of star, Hong Kong'
'Mendengar bunyi air terjun sipiso di Medan sungguh mengasyikkan'
'Menaiki basikal mengelilingi bandar laos'


Ini merupakan beberapa contoh situasi yang hanya memberi impak jika kita cuba fahami dan dalami sendiri di tempat kejadian. sekadar mengambil gambar tanpa kita cuba untuk menghayati sesuatu moment, itu lah kerugian yang sangat besar bagi seorang traveller. Benar, gambar dapat memberi seribu pengertian tapi ia tetap gagal memberikan gambaran keseluruhan keadaan sebenar.

Kita kadang lupa, lensa utama ada dalam hati dan jiwa kita yang Allah telah Anugerah kan. Rakamlah dengan mata hati kita. Dan simpan dalam memori semua saat indah. Insya Allah ianya tidak akan luput dek zaman selagi hayat dikandung badan. Kamera, seharusnya dijadikan alat perakam sekunder sekadar untuk berkongsi kegembiraan melancong bersama yang tersayang dan orang terdekat.

Melangkah ke 2014, berazam untuk menjejak tempat lain di bumi Allah yang belum pernah dilewati. Tahun 2014 - untuk tahun yang lebih matang!

Sungguh, pengalaman tetap akan menjadi guru terbaik sepanjang zaman.

*Gambar di bawah ialah gambar yang sempat di rakam kan dalam train dari Jakarta ke Bandung pada 21 Disember 2013 yang lalu. Pemandangan sangat indah! Melihat sawah padi tempatan dan sawah bertingkat. Saya hanya mengambil sedikit gambar sahaja. Selebihnya simpan sendiri dalam hati.



2 comments:

Ann Ishak said...

they called padi huma kan

Mak Su said...

jauh berjalan luas pandangan... kongsilah pengalaman untuk kebaikan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails