Followers

Wednesday, March 5, 2008

Royal Selangor

Hari khamis ni ax akan organize satu farewell party untuk dua orang Senior Manager yang akan bertukar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur minggu depan.Minggu ni merupakan minggu terakhir mereka,so cadangannya hari khamis ni nak buat jamuan perpisahan untuk mereka berdua.Dari pagi ax buat kutipan duit,untuk majlis dan juga souvenir.

Speaking of souvenir,ax bercadang untuk beli some momento,kecil pun jadi lah untuk dua SM tu.Ax akan cari souvenir tu kat Royal Selangor(in Quensbay mall).Here are some pictures taken at Royal Selangor Queensbay Mall.

Akhirnya ax pilih both sided-frame gambar dan akan engrave sedikit kata-kata pada frame tersebut,Hope they gonna like it.

I bet they will.

HeadachE

PENING..
KEPALA AKU TENGAH PENING GILA..
SAKIT BERDENYUT-DENYUT..
MUKA DAH BERKERUT-KERUT..
TANGAN PLAK DUK URUT-URUT..
URUT KEPALA SENDIRI..
TAPI TETAP MAKIN BERDENYUT..
AKU DAH JADI KALUT..
PERGI DISPENSARI..
AKU MINTAK PONSTAN..
NAK KASI TAHAN SAKIT..
BILA DAH REHAT SIKIT..
AKU TERUS HANYUT..

*aku tertidur dalam opis dari pukul 5ptg sampai 7.30 malam!!tergezut aku...nasib baik terjaga dan pening dah hilang...

Pagi Yang Gelap

Mendung.

Pagi ini gelap dan mendung lagi.hmmm malasnyer nak pegi kerja..boleh tak kalau aku tanak pegi keja tapi nak juga gaji bulan-bulan?..kalau aku tanya boss aku macam ni mesti dia kata boleh...boleh blah..!!


Still,aku tak ketinggalan untuk dengar Hot.fm lagi.pagi ni Hot chat diorang ialah mengenai topik putus cinta..banyak la pemanggil-pemanggil yang nak berkongsi pengalaman diorang mengenai putus cinta ni..antara pendapat yang sempat aku dengar tadi..:

pemanggil 1


gadis ayu:saya dah bercinta dalam 2 tahun...taapi tiba-tiba teman lelaki saya berubah...dia terus senyap macam tu jek...sedih dan pilu hati saya di buatnya...saya setia pada dia macam nak gila,tapi ini balasan dia kepada saya...kepada x,saya tetap akan setia menunggu anda sampai bila-bila...

DJ:ish ish ish...kesian..kesian

Pemanggil 2


mat setia:saya dah berkahwin selama 14 tahun,dan saya dan isteri berkongsi empat cahaya mata...tapi tiba-tiba isteri saya meninggalkan kami sekeluarga macam tu je...dan saya gagal untuk menjejaknya..tinggal la saya jadik bapak tunggal...zaman sekarang saya rasa lelaki lagi setia dari perempuan..

DJ:ish ish ish...kesian..kesian..

Pemanggil 3


mat cadang:saya masa sekolah menengah dulu banyak la bercinta....kira dah banyak kali putus cinta...juz nak berkongsi ngan pendengar-pendengar,kalau putus cinta tu pergi la duk kat tempat ada air...biar tenang sikit jiwa dan perasaan..

DJ:ish...ish..ish...kesian...kesian...ko sure ko tak terjun dalam air tu nanti?


Actually menarik sebenarnya bila kita dengar pendapat berbagai jenis orang,at least kita akan peroleh pandangan yang berbeza-beza.Apa pendapat korang pula?just ingat satu perkara ya,putus cinta tak bermaksud segala-galanya habis...it is not the end of da world...there are still so many things that we can do in our life...our life is our choice.

Decide what is best for you,and you will be happy.

*apa pula pendapat korang?

Monday, March 3, 2008

I BoughT it

Yeah,finally i bought it.Now i know i just can wath it regarding to my plans and schedules.


*the complete series of season 3(7 cd with 22 episodes)

Aku suka giler ngan drama ni..ada sesuatu yang sukar untuk di terjemahkan dalam kisah kedoktoran drama ini.kena tengok,hayati dan fahami sendiri baru korang akan faham macam mana plot cerita ni berjalan.tu yang aku sanggup pergi cari DVD ni sampai kat bukit jambul..yang penting hati aku puas..dapat apa yang di hajati.

Yang aku tak paham apa kaitan DVD Scrubs ngan Kyle XY tuh...actually siri Kyle XY tu pun da lama aku nak beli...dah alang-alang ada jumpa tadi aku beli terus...complete first season..Scrub tu pun aku minat jugak walaupun lawak-lawaknya agak spastik...well,untuk rehat kan otak ok jugak.tapi yang pasti aku akan habiskan citer Grey's Anatomy season 3 tu dulu..tak sabar aku nak tahu ending season ni camaner..

*nanti hujung-hujung minggu nak kena buat maraton drama bersiri ni plak la nampak gayanye...best..best...

New Addiction

I think i'm addicted.

I mean,i'm addicted to medical drama TV series.And it is called 'Grey's Anatomy' which is right now on the season 3.At glance Greys anatomy is all about the first-year surgical interns take on life, love and heartbreak while preparing to become surgeons at Seattle Grace Hospital.

Grey's anatomy is not you typical medical drama.The relationships between the characters may be intense at times, but what i feel makes this show intriguing is the realism.I have watched scenes and really like the way they que up the plot,to adapt with the situations.Most importantly the show realistically shows all of the obstacles and problem that these interns must go through in order to be successful,not only in the operating room,but in life as well.

The conflict,the fling,all of the cheat and try to get back together,and most importantly how they save a life..personally,by watching this show i'm really understand more and more about what's life is all about.All of the character are lovely,sumtimes they are mean,rude or bad but still,in the name of human they always got what God intended human to have-feelings.And that's what make this show is really beautiful.

I think this new addiction will lead me to be a better person.at least...

I hope so.

*i realy love the character of Dr.Miranda Bailey..she is very keen,but deep inside she is very soft-hearted.
**Damn it..!i just dont want to wait this season 3 end by watching at Star Worl Channel every thursday nite(10 pm).I need to find and buy the DVD of this drama series,as soon as possible..

Perang Pilihanraya

DISCLAIMER:THIS IS NOT A SPACE FOR ME TO DELIVER ANY CAMPAIGN OR ANY SUPPORT FOR ANY PARTIES.JUST WANT TO GET THROUGH THE ELECTION SEASON JUST LIKE OTHERS.NO OFFENSE.

Pagi ahad ni teringin nak berjalan-jalan kat pasar pagi seberang jaya..lama dah tak pergi bersarapan kat situ..dan satu perkara yang aku notis beberapa hari kebelakangan ni perang bendera dan perang poster sudah rancak diwartakan.Tapi bagi aku,secara peribadinya aku rasa perang poster dan bendera di sini agak suam-suam sahaja..maksud aku,kalau di terengganu(kampung halaman) suasananya pasti lagi hangat.

*Dr.Wan Azizah kata:'kalau saya menang saya akan letak jawatan dan akan memberi laluan kepada suami saya untuk memegang jawatan ini.'

*Dato'Pirdaus plak kata:'dia(Dr.Azizah) mau letak jawatan macam tu maknanya dia dah mempermainkan rakyat yang mengundinya'..

Mereka bertanding untuk parlimen Permatang Pauh.Who will take the lead?

Tunggu 8 Mac tiba.

*tak sabar nak balik mengundi hujung minggu ni.first time nak mengundi ni..aku undi mana?undi adalah rahsia...remember?

Sunday, March 2, 2008

3 Choices

IF YOU'VE GOT TO CHOOSE BETWEEN THIS THREE PLACES,WHICH ONE DO YOU PREFER TO BE?WHETHER IT IS





*i'm obviously gonna pick the second choice,to be at the waterfall..less scary for me huh?hehe

Saturday, March 1, 2008

Fri-rainy Day


Hujan.

Dari semalam lagi hujan.

Aku tersenyum bila hujan tiba,sekurangnya aku maklum bahawa itu rahmat dari tuhan.Paling tidak dalam gerimis itu banyak kisah telah tercipta.Biarkan hujan turun dan basahi bumi ini,biar ia basahi semua mimpi yang telah mati.Dan bila mimpi itu bersemi,aku pinta agar semua harapan dan impian kan subur kembali..

Aku Dalam perjalanan ke pejabat.

Untuk matikan sunyi,Aku putarkan frekensi radio kegemaran aku,Hot.fm untuk mendengar celoteh FBI dan Fafau.,namun ada lagu berkumandang,yang mana aku suka melodi dan liriknya.Lagu baru Letto-Sebelum cahaya.

ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu
sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati
yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi
meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta

*tiba lewat juga di pejabat.bila hujan semua orang berpusu-pusu untuk membawa kereta menyebabkan jambatan menjadi sesak.dan aku menerima akibatnya.

Friday, February 29, 2008

Antara Mimpi dan Realiti

Hari ini saya memutuskan untuk pulang sedikit awal daripada biasa..cuma mahu mencari ruang untuk melepaskan lelah seharian bekerja....saya sedikit penat hari ini..dan terfikir untuk merebahkan badan pada tilam yang empuk dalam kamar..namun belum sempat saya berfikir dengan lebih panjang,saya sudah hanyut,dibawa mimpi entah ke mana-mana.

4 jam kemudian..

Telefon bimbit saya berbunyi,memisahkan antara mimpi dan realiti...saya bangkit,jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.. dalam hati saya tertanya-tanya siapa pemanggil ini..

Bila saya lihat di skrin telefon untuk memastikan siapa pemanggil itu,saya terkaku..kerna nombor itu amat saya kenali.

'hello...awak..tengah buat apa tu...just want u to know that i just really miss u so much...'

Dan kata-kata itu sudah cukup untuk mengungkai kembali segala kenangan lalu satu-persatu.

Time to Say GewdBYe

Kitorang check-out dari hotel pukul 11 pagi.Hope to see u guys again.its nice to get to know all of you.At least pasni kalo pegi KL ada orang nak belanja..hehe(kak ton ni kata kalau aku pi KL nanti bagitau jer dia nanti dia nak belanja satay kajang..)




*Semua AJK dari KL datang satu bas.

Sayonara ya kepada semua..harap dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

*tau tak kenapa aku pakai office attire?jap lagi nak kena masuk opis terus..just dapat pelepasan separuh hari jek hari ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails