Followers

Sunday, November 10, 2013

SHORT WEEKEND GETAWAY : MIRI TRIP DAY 1

3 Hari sebelum datang ke Miri Sarawak ni, i felt like i really need to go somewhere. i mean untuk berjalan-jalan. nak release tension pun ya. Aku rasa lately banyak sangat perkara yang menyesak kan fikiran. just cant explained. so what do i do? opened the Air Asia Website. and Suddenly aku beli tiket ke Miri. pergi Hujung minggu sahaja. it was intended that way. Lagipun cuti aku dah tak berapa nak ada. pergi 8 November balik 9 November. 1o November masuk kerja. so lets see how it goes.

8 November 2013

Dari Kemaman aku bertolak hari khamis malam. jam 8pm baru bertolak ke Kuala lumpur. Plannya akan parking kereta di Tempat parking RM16 sehari di tepi parking berdekatan Tune Hotel Sepang. Sampai kl tumpang rumah member sekejap tidur.( Tak tidur pun sebenarnya.). Then jam 4am terus bergerak ke LCCT Sepang. kecewa hati dilayan jangan. kelak merana badan.


Flight awal pagi jam 7.15am. so sempat lah solat subuh dulu di sini. dah checked in siap siap. Cuma jauhnya lah nak menapak dari tempat parking ke kawasan airport. Hujan pulak tu. basah lite lite. Moga tak demam lah. teringat sorang member aku, tak boleh lansung kena hujan. kalau kena hujan sikit jer pun pasti demam dan selesema. antibodi badan tak kuat gamaknya.


by 6.45 am gate dah bukak. so ramai lah orang beratur. aku macam biasa lah. akan jadi orang last. tak kisah pun. bukan boleh bertolak awal pun kalau duk que kat depan skali. still we have to wait semua passenger naik atas kapal terbang. so why bother. thats why aku selalu memilih untuk jadi orang last last naik dan masuk dalam perut flight. 


Dalam flight macam biasa lah. mesti aku akan makan something. alang alang tak sarapan pagi aku order nasi lemak pak nasser. ni nasi lemak kegemaran seorang pembaca blog aku, abang Mohd Saufi. dia claim nasi lemak pak naser air asia adalah nasik lemak yang sedap!! ok lah. aku pun suka. dan air yang pasti aku order ialah lipton ice tea tu. jemput sarapan pagi kawan-kawan!


Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 Minit. sesekali aku bukak majalah atas flight. dan baca. ulang baca. nak bukak Playbook bateri habis pulak. lupa nak caj. so bukak fon main 4 pictures one word. Boring sebab stuck takleh jawab. tengok orang sebelah tidor so takleh ajak menyembang. sedar sedar da sampai pun ke Miri... Alhamdulillah selamat sampai!!


Sampai di Miri jam 9.30am. so sementara nak keluar apa semua cecah jam 10am. melepak dulu minum starbuck di dalam airport miri. Order Mocha salted caramel ice blended. Thanks pada kawan yang memperkenalkan menu ni. kalau tak aku duk order green tea frappucino tu je lah sampai kiamat. yang ni pun sedap jugak! Boleh order lagi lain kali. Menunggu dalam lebih kurang 15 minit, tiba lah kawan aku yang duduk di Miri ni. dia ambik time off. so boleh fetch me up kejap.


We going to Awang Mahyan Cafe. sebab dia ingat aku tak makan lagi. aku pun dengan bodoh alang nya mengiyakan je lah bahawa aku tak makan lagi. so aku cakap aku nak makan mee kolok. thats why dia bawak ke sini. Dia kata mee kolok paling sedap di Miri kat restoran ni. tapi ok lah. sedap. i like. Selesai makan kami sembang sembang dan siap siap untuk ke Masjid pulak bersolat jumaat.


Waktu solat zohor di Miri awal. by jam 1pm dah habis dah solat. nasib baik imam sini tak baca khutbah dalam bahasa sarawak. kalau tak mesti aku tak faham. Ramainya lah orang minyak duk bersolat kat sini.


 Daripada masjid, my friend drop me here at Bintang Mall. Mall tersohor di Miri. Dia nak masuk opis semula. by the time opis hour habis baru dia akan ambik aku. Ni lah masalahnya bila cuti tak sama kan. aku hari jumaat dah cuti. Tapi hari ahad kerja. so pandai pandai lah nak balance kan keadaan tu. Berjalan jalan pusing keliling mall ni. just like another mall.


Dah boring tak tahu nak buat apa - layan Movie lah. di GSC Lite. sebab apa lite aku pun tak tahu. Movie Thor ni just like another superhero movie. tapi aku suka jer cerita ni. macam kesian kat Loki. tapi last skali rupanya Loki masih hidup. tak sabar nak tunggu sambungan Thor yang baru.. wow. this is amazing. Rasanya dah dekat setahun tak tengok movie. Overall this movie kira best lah kut. sebab last time aku duk dalam muvee aku siap tertidur tidur.


Dari Bintang Mall, My friend fetch me up then ke Masjid berdekatan. lupa pulak nak solat tadi dalam mall. Plan nya nak tukar baju sekali nak berlari. tapi rasa macam malas. macam nak lari. tapi macam malas.


Last last kitorang melepak kat tepi pantai mana ntah. Lupa dah namanya. Pantai ni biasa biasa jer. My friend sibuk duk makan McD kat sini sebab dia tak sempat nak lunch. makan GCB beger. dah la tak offer kat aku sikit pun. Lapar ya. huhu. tengok sunset kat sini apa adanya then balik rumah dia jap untuk mandi dan bersiap siap sebelum keluar dinner.


Park City Everly Hotel Miri, Sarawak


Di parkcity everly hotel kami fetch abang shah dan abang bear. this is truly coincidence. tak sangka lansung depa berdua akan berada di Miri Sarawak. sebab ada Triathlon kat sini. They drove along from Kota Kinabalu to Miri Sarawak. what a long journey. so diorang sampai dalam petang tadi, elok sangat lah malam ni kami keluar makan malam bersama. Tempat makan di Muara Restaurant Waterfron - terkenal dengan nasi lalapan nya.


Gado-gado / lalapan ikan tenggiri / Lalapan ayam


That's what they said - if datang ke Miri tak sah kalau tak rasa nasi lalapan waterfront ni. Rasanya macam dah lain from the last time aku makan sini. this is the third time i'm in Miri. sambal kali ni rasa pedas ya amat. tapi sebab aku takder masalah dengan pedas so ok je lah. abang bear dan dr. shah tak tahan pedas.. aku ngan abang bear tamak. order ayam dan ikan. sorang makan dua lauk. siap bertambah makan. lately selera makan aku bertambah. macam emotional eater lagaknya. hmmm kena berlari jauh lagi lah nak burn calory terlebih. Lalapan keli, ayam, ikan tenggiri, ikan kembong, empal. Lalapan Empal habis pulak kali ni. kesian Nikli nodin dan Wan Hidayat.


sebelum makan. Minta orang kedai ambikkan gambar


Ni pulak gambar selepas dah makan. Meriah makan sampai 5 orang. Wan Hidayat, Nikli, Abang Bear dan dr. Shah.  Berjumpa di Miri jugak akhirnya. Biasa kalau rancang payah nak jumpa. Bila tak rancang macam ni rasa best sangat. dapat bersua muka dan bertukar cerita lagi. siap ada sessi luahan perasaan abang dan adik. hehehe. atas orang faham.


Selesai makan di Muara Restaurant Waterfront kami tak terus balik. singgah dulu di Starbucks Bintang Mall.minum mnum dulu. Orang punya lah ramai. yer lah. malam minggu. hujung minggu baru sahaja bermula. Jelesnya tengok Finisher Tee SCKLM 2013 yang abang Shah pakai ni. hmmmm tahun depan mesti kena lari di SCKLM2014!!!


Lepak minum pun tak lama. sebab wan pun siap siap nak balik. busy ngan kerja. sempat lah tengok orang bersembang apa yang patut. sambil habiskan segelas air. aku macam biasa kembali kepada Green Tea Frappucino sub with the soy milk less sweet. sebut less sweet tapi manis nya manis jugak. Best jer rasa dapat lepak lepak dan sembang sembang macam ni lagi.

 

See you again Wan!! you look healthy. :)


From starbucks, tak balik dulu. sempat menyinggah di Canada Hill. ramai juga orang melepak atas ni. Nampak satu Miri atas ni. looks like a little Hong Kong katanyaaaaaaa.. tapi cantik lah pemandangan atas ni di waktu malam. Mulanya macam agak gelap dan saspen mana lah kawan aku ni nak bawak pergi. Rupanya atas ni. first time aku sampai. sebelum ni mai miri pun takde sapa nak bawak naik atas canada hill. so here i am, at Canada Hill tapi di Miri. Canada lah sangat.


Berakhirlah satu hari yang penat. Balik Hotel dan terus jer hanyut..memang tujuan perjalanan kali ni untuk rehat rehat sahaja. sembang sembang dan makan makan. atas siapa yang ada. ok lah nanti aku sambung cerita di hari kedua pula.. Insya Allah.

*to be continued..



be careful who you open up to. Only a few people actually care, the rest just want to have something to gossip about.

Friday, November 8, 2013

THE TRUTH

Nothing lasts forever.

I think that's the easiest lesson we all learn the hardest way.

*Good night.

Thursday, November 7, 2013

RACE REPORT : 2XU COMPRESSION RUN AT PADANG MERBOK KUALA LUMPUR

3 November 2013.

Menyeksa diri berlari dalam 2XU Compression Run. Silly Hilly i might say!!


Lucky number of the day


friends.:)


Nice Finisher Medal.

Ok dah.

Sorry malas nak tulis report panjang panjang. Cukup gambar je lah ya. 

Next Run : Penang Bridge International Marathon 2013 at 17 November 2013

Full Marathon 42km.

Gulp!!

Wednesday, November 6, 2013

I LOVE YOU MOTHER


Who should i give my love?
My respect and my honour to?
Who should i pay good mind to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothed you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night
Holding you tight?
That`s right no other,
my mother

Who should i take good care of,Giving all my love?
Who should i think the most of after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hear youBefore you could talk?
Who used to hold you,Before you could walk?
And when you fell, who`d pick you up?
Clean you cut?
No one but, your mother

Who should i stay right close to?
Listen most to?
Never say no to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say al-hamdulil-Allah
Thank you Allah
Thank you Allah
for my mother

Monday, November 4, 2013

WHEN SHE CRY


I cry.

When i read this. A facebook status. A sort of luahan hati from my eldest sister. soon after i get married. She wrote :

''We do a lot of thing together. We run together. We hike together. We raft together. With you, i did a lot of thing which i never thought i can. With u, i finish my first half marathon. We conquer mount of kinabalu. We beat kkb river. U believe in me when i myself dont. Feels like yesterday when u introduce me to her. & for the first time, when i see you so not yourself, x tentu arah, x keruan, that moment i know u met your love of your live. & i like her too. From that moment, i know, i have to share u. Sad? Of course. But, as long as she can make u happy, good enough 4 me. When she wait 4 u at the finishing line at PBIM 2012, i know i have to be ready to let u go. Jealous? Yup. (so silly ;b) but i know she love u too. She will be your eyes when u cant c, she will be ur ear when u cant hear, she will be ur everything that u want her to be. Deep inside my heart, i strongly believe that she is d right person to complete u. I feel relieve. Lydia Johar welcome 2 our beautiful fantastic big family. I wish you could have a chance to meet & to know our hero, our beloved father. But, Allah has His own plan. Selamat pengantin baru my baby brother, Azim Ashaary and his mrs right, Lydia Azim. I love u, both of u. I know, i will not loosing u completely. Only half of u. Mmmuah!

This is lovely. 

I never thought I would make you felt this way sis.deep inside my heart you will always be a wonderful sister to me no matter what. We still can run, hiking, water rafting and travel like we used to do together, with a bit changes because you already have a new lil sis I call my own..everything will change naturally, yeap it's true. But one that will never change - my love to you will always be the same. I can assured you that you not completely lost me. We are family..I'm here. Not going anywhere. and hopefully my beautiful wife will blend well with us. I know she will. So here I am telling you that I will always be there for you. You can count on me..

This I promise you.

Saturday, November 2, 2013

FOKUS KEPADA PENYELESAIAN DAN JANGAN FOKUS KEPADA MASALAH

Saya telah membuat kesilapan.

Akibatnya Senior Manager telah marah-marah dan minta saya membetulkan kesilapan dengan segera. ya. saya akui memang salah saya. tapi sedikit tercabar bila dia terus mengungkit-ungkit seolah olah kesilapan sangat besar telah saya buat. Sedangkan ianya tidak lah seperti itu. ya lah, apabila berdepan dengan orang yang mementingkan kesempurnaan, perkara sebesar kuman pun pasti akan jadi seperti paus di lautan.

Mujur Boss saya hanya diam.

Dengan senyum, Boss saya back-up saya dan hanya berkata - 'we will try our best to solve this matter immediately. kami akan ambil prompt action, and you guys dont have to worry. we'll take the necessary action and will sort things out.'

Sedikit lega.

Namun bila pulang ke pejabat sedikit gusar. sebab saya rasa Boss pasti akan marahkan saya dan memberi teguran atas apa yang berlaku. dan seperti di duga, setengah jam kemudian Boss panggil saya masuk ke biliknya. Perasaan tidak selesa mula menyelubungi. Moga Allah lembutkan hatinya dan tidak membesar-besarkan lagi isu ini.

Namun dalam masa hampir 1 jam, dia tidak menyentuh lansung soal Senior Manager marah di Morning meeting tadi. apa yang kami bincangkan hanya lah penyelesaian bagi setiap permasalahan yang timbul. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan segera dan mengambil langkah berjaga-jaga agar ia tidak berulang kembali. Alhamdulillah perkara selesai. dan action yang sepatutnya telah di ambil.

Usai perbincangan, sempat saya minta maaf atas perkara yang terjadi. dan saya tanyakan pada dia kenapa dia tidak marah dan hanya tenang sahaja.

Boss saya jawab :

'' Azim, perkara telah berlalu. Kalau saya marah-marah adakah perkara tersebut akan menyelesaikan masalah? tidak. malah mungkin perkara akan menjadi lebih buruk lagi. ini nasihat saya pada orang muda seperti kamu, bila ditimpa masalah jangan fokus kan diri kepada masalah tersebut. Orang yang hebat ialah orang yang akan fokus kepada penyelesaian bagi setiap permasalahan yang timbul. Bukan fokus pada masalah. Kesilapan yang biasa kita semua lakukan ialah terlalu bimbangkan tentang masalah depan mata, padahal cuba mencari penyelesaian adalah jalan terbaik. Jika masalah boleh diselesaikan maka kita sudah tidak perlu bimbang. Dan jika masalah tersebut tidak boleh diselesaikan pun, maka apa gunanya jika kita terus bimbang dan risau? paling penting, dalam diri kena sentiasa bersikap positif. Apabila kita positif, automatik kita akan mewujudkan persekitaran yang positif dan insya Allah, banyak perkara positif akan berlaku tanpa kita sedar. yang sudah tu sudah, kita pandang ke hadapan dan jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pedoman untuk masa hadapan. Tidak salah untuk berbuat silap, kerana dari kesilapan itu lah kita akan belajar sesuatu dan cuba untuk tidak ulangi lagi. itulah namanya kehidupan. perlu ada jatuh dan bangun untuk buat kita jadi semakin tabah dan matang. Buat masa sekarang, kita buat kerja dengan cermat dan teliti. cuba kurangkan kesilapan dan mari kita jadi manusia hebat.''

Panjang pula penerangan dan nasihat.

Terima kasih boss! 

Lesson learned:

a) fokus kepada penyelesaian dan bukan fokus kepada masalah.
b) Sentiasa bersikap positif
c) Jadikan kesilapan sebagai pengajaran di masa akan datang.
d) Pandang ke hadapan dan jangan melihat ke belakang.

Mendengar orang bicara dari pengalaman sungguh mengasyikkan. 

sebab itu pepatah ada menyebut ' Pengalaman adalah Guru terbaik dalam hidup kita!!'

Moga nanti aku mampu jadi boss yang baik seperti ini.

Friday, November 1, 2013

MEMBERI KRITIKAN BIARLAH MEMBINA, BUKAN MENJATUHKAN.

Saya suka buat review tempat makan dalam blog ini.

Jika makanan itu sedap, pasti akan saya buat review dan pujian melambung. Siap akan promote kedai makan tersebut kepada blog reader dan kawan-kawan. Tapi jika sebaliknya, pasti saya akan melabelkan kedai ataupun restoran tersebut supaya di banned dan menyarankan supaya pembaca-pembaca blog saya supaya tidak berkunjung ke kedai makan tersebut. Kuasa pengguna dan kuasa pembeli, kononnya. Ya betul. Kita ada hak sebagai pembeli untuk makan di restoran mana yang kita suka.

Semakin matang dengan kehidupan, saya rasa seperti telah membuat satu kesilapan.

Kesilapan yang tidak wajar.

Kesilapan saya apabila sesuka hati melabelkan kedai makan yang tidak kena dengan selera sendiri adalah tidak berbaloi untuk dikunjungi. Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa sama ada sedar ataupun tidak saya telah mempengaruhi follower ataupun blog reader supaya jangan makan di sesuatu restoran yang kualiti makan nya adalah tidak sedap dan berservis teruk, dari penilaian peribadi saya. seolah-olah saya pula yang menghakimi mereka dan punya kuasa untuk melabelkan sesebuah restoran dengan sesuatu yang tidak elok.

Di situ lah kesilapan saya.

Tanpa sedar, mungkin ada beberapa banyak restoran yang telah kehilangan pelanggan akibat komen komen negatif daripada orang macam saya. sedangkan mungkin itulah periuk nasi mereka, tempat mereka mencari rezeki saban hari. Penilaian saya tak semestinya persis, kerana mungkin rezeki saya tidak bertuah pada hari saya berkunjung ke restoran tertentu. Mungkin pada hari saya bertandang kebetulan dihidangkan dengan makanan yang tidak menepati citarasa dan servis tidak konsisten. Tapi boleh jadi pada hari itu sahaja. Tidak mungkin kita boleh sempurna setiap masa.

Jadi apakah penilaian saya boleh dijadikan rujukan?

Dari sudut pandang dunia perniagaan ya, boleh dijadikan ukuran kerana adab berniaga seharusnya sentiasa mempersembahkan yang terbaik buat pelanggan. Menyediakan makanan yang basi ataupun hampir basi merupakan suatu yang lansung tidak boleh diterima akal fikiran. sebagai pelanggan kita membayar harga makanan dan servis, maka seharusnya kita mendapat pulangan yang setimpal. Biar mahal harga makanan dan servis tapi biarlah rasanya berbaloi-baloi. kebanyakan daripada kita hari ini sudah tidak kisah dengan harga makanan yang mahal asalkan ianya menepati standard dan rasa yang menawan jiwa. mahal pun tak apa. pasti akan kembali lagi mencari menu lain pula untuk dicuba. Itu dari sudut pandang dunia perniagaan.

Bagaimana pula dari sudut kemanusiaan?

Dari sudut kemanusiaan, saya rasa pandangan dan penilaian saya adalah tidak boleh diterima. saya rasa bersalah. Bersalah dalam erti kata saya mungkin telah menyempitkan mata pencarian tuan punya milik restoran atau tempat makan. Siapa sangka impak nya mungkin besar bagi sesetengah restoran. yang mencari rezeki dengan jalan ini. Siapa lah saya untuk menutup periuk nasi mereka? seperti yang telah dikatakan di atas, mungkin hanya pada hari saya bertandang sahaja kebetulan makanan jadi tidak sedap dan servis kurang mengancam, disebabkan faktor faktor lain. tapi boleh jadi pada hari itu sahaja. Maka apabila saya membuat review dan terus banned kedai makan tersebut, secara tak lansung mungkin ada kawan-kawan yang terdengar dan terbaca review saya terus menutup hati untuk tidak singgah ke restoran tersebut.

nampak?

Di situ lah perkara yang tidak betul berlaku. Seharusnya jika makanan dan servis kurang baik dari pihak pengusaha restoran, kita menegur dengan cara baik. beritahu pengurusan restoran apa yang tidak kena dan minta mereka perbaiki lagi mutu servis supaya tidak semakin kehilangan pelanggan. Kita cuba tegur dan habiskan sahaja teguran kita di situ. Menegur secara senyap-senyap adalah jalan terbaik, daripada terus kita mencanang kepada satu dunia bahawa restoran itu dan restoran ini jangan perlu kita jejakkan kaki lagi kerana servisnya begitu dan begini. Makanan nya tidak sedap begitu dan begini.

Apakah itu cara yang baik? Sampai saat ini, saya rasa tidak.

Saya rasa keadaan itu tidak membantu lansung pengusaha restoran untuk memperbaiki tahap makanan dan servis yang mereka hidangkan kepada pelanggan. Malah ia hanya memburukkan keadaan. terutama bagi pengusaha restoran yang baru sahaja bangkit memulakan perniagaan. sepatutnya perlu beri teguran secara berhemah, bukan dengan cara sebegini. Bukan dengan cara mencanangkan di media sosial tentang keburukan sesuatu restoran/tempat makan itu. Insya Allah, saya akan belajar dari kesilapan. Kita sama-sama bekerja dan mencari rezeki yang halal. Mungkin selama ini saya terlupa fakta itu. Rezeki sama sama Allah beri di atas muka bumi, maka sama-sama lah kita merasa dan jangan memberi kesusahan kepada orang lain.

Astaghfirullahalazim.

Imam Syafie pernah bersyair, mengatakan bahawa cara menegur perlu berhemah. tegurlah orang yang ingin ditegur itu apabila mereka bersendirian dan jangan tegur di khalayak ramai. itu lah baru teguran yang sebenar-benarnya. Sama juga konsep dalam hal ini mahupun hal lain, sama-sama kita cuba memberi teguran dengan berhemah dan mengambil kira hati dan perasaan orang lain. Apa yang kita tidak suka orang lain buat pada kita, jangan sesekali kita lakukan pada orang lain. Sama-sama kita ambil manfaat ini dan cuba berubah ke arah yang lebih baik.

Wallahualam.

Thursday, October 31, 2013

KL FABULOUS FOOD HUNT 2013 : EAT-PLAY-RUN!!

Hujung minggu lalu.

Turun ke Kuala Lumpur sebab akan join KL Fabolous Food Hunt. 26 Oktober 2013. Actually Quite Bidan Terjun juga join this event. so far aku hanya join event lari jer. tak pernah join mana mana hunt pun. Yang ni tertarik sebab ada perkataan Food kat dalam hunt tu. bab makan makan ni memang aku suka lah. takleh tolak. so aku boleh lari. dan aku kuat makan. so we form a team. Mulanya Aku, Rashid, Faiez dan Ridzuan yang akan bergabung tenaga. Last minit Rashid sakit kaki. Injured sebab gigih sangat duk berlari Marathon. So tinggal lah ber 3. tiga orang pun tiga orang lah. janji boleh participate jugak.


A night before event, aku ke Putrajaya. tengok my friend main bola tampar. while they play volleyball i take a chance untuk berlari. just dapat 8km jer. Cuaca macam nak hujan. elok jer abis lari dan abis main vb terus hujan. aku memang suka ambien di Putrajaya. Tenang dan damai. kalau training berlari tiap tiap hari kat sini pun aku takde masalah. masalahnya tak pernah kerja kat kl kan. so tak dapek nak nolong eh. after beriadah kami makan dulu. Restoran mamak apa ke namanya ntah. aku dah lupa. balik rumah tido dalam jam 4am jugak.


Nasib baik event start jam 11am. so tak la rush nak kena bangun awal awal pagi. sampai di area MATIC Ampang dalam jam 10 am.. untuk registration semua. MATIC tu maksudnya Malaysian Tourism Center. saja la habaq takut hangpa tak taw matic tu apa. Ramai nya orang membanjiri. aku pun tak sure berapa banyak team yang ada. Ramai familiar faces yang aku jumpa. most of them runner jugak. saingan pasti sengit.


So there you go. my team, consit of me, Faiez dan Ridzuan. Rashid dah tak dapat join. Organizer kata ok je boleh proceed so kami proceed sahajalah. dah cuba cari pengganti tapi ramai tak dapat nak join sebab masing masing ada komitmen lain. mula start game gigih lah aku berlari kat kedai mamak beli NST satu sebab ada soalan nak kena jawab, which is jawapannya ada dalam NST 26 Oktober tu. Semua challenge makan ada 9 tempat kitorang kena pergi. so masing masing menyusun strategi. sebagai orang lama as a passionate Hunter, Faiez lah yang tolong plan ke mana nak pergi dulu. aku bukan tahu sangat jarak tempat yang nak pergi.


First thing to do kami naik LRT  and then ambik teksi menuju ke Wangsa Maju. Kami plan untuk ke NZ Curry house dahulu. dalam LRT sempat lah baca paper NST sebab nak cari jawapan pada soalan soalan yang ditanya. Quite straight to the point. tak ada masalah untuk cari jawapan. Cuma mula mula konpius sebab soalan no 1 sampai ke sudah tak jumpa jawapan. last last faiz call member dia yang jadi organizer bagitau soalan tu disqualified. lega. takyah la cari. boleh proceed dan fokus pada challenge yang ada je lah.


Sampai di NZ Curry House nampak dah ramai peserta memulakan cabaran makan. cabarannya ialah dua keping roti canai dan segelas teh tarik. aku nampak roti canai tu jer. tak nampak dah teh tarik tu. so aku step up untuk makan roti canai. sebenarnya sebab lapar, tak sempat sarapan pagi tadi. tapi lepas makan roti canai tak sangka kena minum teh tarik. actually aku lactose intolerrance. takleh makan susu nanti sakit perut. tapi sebab hunt punya pasal, minum jer lah sampai segelas. merasalah sakit perut sepanjang hari. Takpe janji challenge selesai dan kami boleh proceed to the next challenge. 

Selesai makan roti canai, kami tersangkut sebab teksi yang bawak kami tak nak tunggu. kami minta dia tunggu tapi dia ada hal lain. so what to do, memang membazir dalam 10 minit jugak nak cari teksi. nasib baik jumpa teksi depan wangsa walk. teksi kaler kuning. terus kami minta dia menuju ke Sri Rampai. Masa nak cari teksi tu azab jugak lah. dah feeling feeling macam amazing race dah. hehehe


Teksi membawa kami ke Restoran En. Tan Kopitiam Sri Rampai. sebenarnya pemandu teksi tu tak tahu pun kat mana restoran ni. pais pakai gugel map dan kitorang yang navigate dia ke sini. tak kisah lah camana pun janji dapat jimatkan masa yang ada. its a race, remember? so challenge kedua kami hari ini ialah makan Roti Bakar dan Kopi o. Ridzuan yang makan dan habiskan.


Dalam instruction ada dinyatakan kena bergambar team di LRT jelatek. so malas nak minta orang tolong ambikkan we just took a selfie photo of our team. This photo kena present dekat Central Market nanti.


Cabaran seterusnya kami ke MEE KETAM KL di Keramat. dari LRT kami berlari lari nak sampai ke sini. sebab kalau nak naik teksi takut jammed. kat sini pelik sikit sebab meja untuk makan adalah limited. so ramai participant yang kena berbaris dan menunggu giliran untuk dapat makan. Sebut pasal mee ketam aku memang suka lah. so let me eat this meal. Ketam nya cinonet jer. ketam bunga. takde isi. so mamah mamah jer kasi nampak macam da makan. Kuah tak hirup . Tapi sirap limau tu sedappp.. sebab tengah dahaga. 


Dari Keramat kami naik LRT ke Pasar Seni. menuju ke Central Market. 


Kat CM ada booth air asia. Challenge makan yang seterusnya ialah makan nasi lemak pak naser Air Asia dan Satay serta nasi himpit. Portonnya double up dari yang kita biasa makan atas flight. Faiz belum makan lagi, so this is a challenge for him. aku pulak duk sakan bergambar depan CM. Ridzuan tolong tahankan Teksi sebab lepas ni kami akan ke Bangsar pula.


Agak bloated di situ sebab portionnya banyak. so we collect the stamp and present photo yang diperlukan di sini, kemudian terus ke Teksi untuk menuju Bangsar. Berlari masing masing walau perut penuh.


Di Bangsar cabarannya ialah di Rojak dan Cendol Salleh. sebelah Petronas Bangsar. tak pernah makan kat sini. Ridzuan step up untuk do this challenge. sedapnya nampak Cendol dan Rojak tu. takpe lain kali boleh cuba makan di sini. at this point, kitorang suh pemandu teksi tunggu jer. 


Next Challenge Pemandu Teksi bawa kami ke Pantai Dalam. Restoran Samre. Faiz makan nasi kari kambing + Taugeh + Belacan. sedap ker tak sedap tak tahu lah. actually bila dah tergesa gesa macam ni tak rasa nikmat pun makan. sebab kira nak sumbat dan habiskan jer apa ada dalam pinggan. 


Nasi Ayam Kampung Velodrom Cheras


Dari Pantai Dalam kami ke Medan Selera Velodrom Cheras, Restoran Hassan Ayam Kampung. Restoran ayam kampung ni memang famous kat sini. the challenge ialah makan nasi lauk kampung , budu dan petai serta beberapa ulaman lain. this is so gonna be my meal. hehe. budu is faveret. Orang ganu lah katakan. so makan lah apa yang ada dalam pinggan. Orang depan aku siap tanya cara nak makan petai. ngan kulit atau bukak. hehe.. nampak sangat tak pernah makan petai atau dia tak pernah tolong mak dia kat dapur.


Dari Velodrom Cheras Pemandu teksi ni masih setia dengan kami. we ask him to stay. Tengok pada gayanya sama sebaya so senang nak berurusan. siap dia bagi no. telefon dia lagi. next year kalau masuk lagi konpem ambik dia jer lah. sebab dia siap pakai waze ngan Note 2 samsung nya. Orang muda. kalau cari pemandu teksi orang tua takde maknanya lah nak ber GPS bagai.


Shazana Pau dan Cafe Kampung Baru. ada pau dan kopi o. Cabaran disempurnakan Ridzuan. tapi aku yang sibuk sibuk minum kopi o sama. dahaga maaaa.Mas ani tak ramai dah orang. semua dah habis ke?lambatnya kami..tapi cut off time jam 4pm..waktu masa ni baru 2.45pm. so sempat lagi insya Allah.


Dari KaMpung Baru kami straight nak menuju ke Check Point terakhir, Hotel Seri Pacific berhampiran PWTC. Datang tadi pun sebelum start memang parking di Hentian Putra. Masalah terbesar kitorang ialah traffik di jalan raya. waktu jam 12-3pm macam ni memang peak hour lah. what to do. bergantung pada nasib jer lah. rasa memang takder harapan dah nak dapat top 30. Hadiah wang tunai sampai nombor 30. at least kalau dapat no. 30 balik modal lah dapat cash RM200.


check point terakhir, Hotel Seri Pacific


Untuk Challenge last ni, Pais selaku ketua pasukan makan tauhu dan lada dan aiskrim potong beserta air 100plus satu tin. masa sampai dah ramai team yang tiba. kitorang hanya mampu jadi team ke 50 to arrive. takpe. good start. obstacle terbesar sebab traffik jammed. kena plan lagi baik next year, Insya Allah..


Organizer tunggu sampai jam 4pm jugak sebelum start majlis penutup. jam 4pm tu cut off time untuk semua team yang masuk.. ramai lah jugak jumpa member yang kenal. kat sini siap ada buffet kuih lagi tapi tak ramai dah nak makan . semua dah penat dan bloated dengan makanan yang dah disumbat sepanjang waktu perlumbaan. kami pergi solat dulu dan tunggu jer lah, sebab lucky draw punya top ten prize quite interesting. dapat menginap di Hotel dan top 5 dapat tiket penerbangan. kot kot lah ada nasib menang yang tu sebab race dah kalah. tunggu punya tunggu tak dapat dapat jugak. tak ada rezeki.. nak buat camana.


Dapat sijil sahaja


We didnt won anything but overall it was so fun to join such an event like this..will not hesitate to join again next year! kita cuba lagi ya tahun depan Team eat-play-run! i believe we already done our best. Thanks to all of you! Cuma nasib tak menyebelahi. dari segi cabaran yang ada semua mampu buat. tak ada yang susah pun. so penentu ialah masa. sebab pemenang dikira berdasarakn first come first serve. Hadiah pertama dapat wang Tunai RM5000 dan 4 tiket penerbangan ke Adelaide Australia!! wahhh so jeles.. Tahniah kepada semua pemenang. 

Insya Allah tahun depan kita jumpa lagi!


In the Race of Life …..

Don’t waste your energy and time trying to compare with others…..

Sometimes you are ahead… Sometimes behind….

The race is long and in the end it’s only with your  self……
a
*Weekend sudah bermula di sini. Cuti Deepavali menjelang lagi. Cuti panjang ni korang tak plan ke mana mana ker? tengok my friend ramai yang ke oversea. Rindu nak ke Oversea. Lama dah rasanya tak naik flight.

Friday, October 25, 2013

RACE REPORT : BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2013 - HALF MARATHON 21 KM

Mari membuat race report.

BSN PNM 2013 - 19 OKTOBER 2013

Since sekarang aku dah transfer kerja kat area Paka, maka hari ahad adalah waktu bekerja.. selepas ni mana mana running event kena select yang best best jer lah. sebab nak kea aplly cuti since banyak running event biasanya diadakan pada hari ahad. jarang ada hari sabtu.. takpe lah. thats the price i have to pay. Allah tak bagi semua yang kita nak. Allah akan bagi apa yang kita perlu. 


Maka bersempena dengan BSN Putrajaya Night Marathon yang di adakan pada hari sabtu malam maka gigih lah aku turun untuk berlari mengejar mimpi. sampai area Putrajaya dalam jam 5pm. berkejaran dari Terengganu sebenarnya hantar wife naik flight jam  3.45pm. nasib baik tak kena tinggal flight. so dari LCCT aku ke Putrajaya. Makan dahulu di Kenny Rogers Alamanda dan ambik BIB untuk lari malam ni. Thanks Pak Meon for the BIB. aku tak register this run. Pakai BIB org lain. actually salah sebenarnya pakai BIB orang tapi since aku takkan dapat nya menang this race, so why bother, janji dapat finisher Tee. ambik 21 KM sahaja.


 As usual, tempat permulaan di Palace Of Justice.

Sebelum lari sembahyang dulu lah apa cerita pun. ke masjid Besi berdekatan dan kat situ berjumpa lah ramai muka muka regular yang duk join event ni. Alhamdulillah seronok berjumpa dengan kawan kawan.. kalau hari biasa bila nak berjumpa entah. tumpang event event macam ni lah nak bersua muka dan bertanya kan khabar.


Selesai solat dan bersalin pakaian terus aku ke garisan permulaan. Untuk Full Marathon peserta dah dilepaskan jam 8pm.. teringat last year aku buat Full Marathon dalam event ni.. my Personal Best pulak tu 5 jam 4 minit. this year tak register FM pun.. takpe insya Allah cuba lagi tahun depan..


Tempat berkumpul untuk peserta Half Marathon 21km


Jam 8.30pm peserta untuk half Marathon flag off. maka bertempiaranlah semua peserta lari demi mencarikekuqatan dalam diri masing masing untuk menghabiskan larian 21KM.. masa ni hujan baru nak berhenti. actually masa tengah berlari pun memang hujan rintik rintik.. tapi nasib baik tak lebat.. aku memang prefer berlari malam.. cuma malam ni aku tak berapa nak larat. mana nak larat kalau tak training betul betul.. firrst 10 KM jer aku bboleh maintain pace bawah 6 minit per km. pastu hancur ke laut. Timing last jadi 2 jam 32 minit. worst timing ever for HM. takper, janji habis kan.


Masa 3km yang last terserempak dengan pakcik azuan. kenapa pakcik? tengok bib nya ya kategori mana. hehe. gurau jer ya azuan. thanks lah pace sama sama ngan aku sampai ke Finishing line.. we made it again..yeahhhhh..


Finisher Tee 21km and Medal


Oh ya, lupa nak cakap kak tie pun ada sama lari 21km malam ni.. jangan tak percaya ya kak tie sekarang dah glowing.. makin kurus sekarang.. Lepas ni makin laju lah berlari.. tahniah kakak ku dapat habiskan larian!! Tahniah juga pada encik sepul dan encik Burn!! ni geng yang sempat bersama ambik gambar sebelum aku balik. bukan balik Ampang ataupun Cheras. Nunnnnnn balik Kemaman sebab esok kerja. Tak boleh di amalkan selalu lah. bahaya drive sorang sorang tengah tengah malam. Next year kalau nak lari jugak aku akan apply cuti lah di hari ahad. baru ada masa nak rest.

ok dah.

Tu jer race report aku.

Bosan kan??

Tapi aku dah kembali berblog ya!!

:)

Thursday, October 24, 2013

SEBUAH KETENANGAN


24 oktober 2013.

Hari ini genap sebulan saya di sini. Sebulan. Dan itu sudah cukup untuk saya ber eksperimentasi dan membiasakan diri di tempat kerja baru. It's not that hard because this is where I coming from anyway. Suasana tempat kerja di sini berbeda  dari yang terdahulu. Lebih friendly dan kurang formal. Mungkin kerana budaya berbeza. Dan rata-rata bercakap loghat yang sama. Maka jurang antara satu sama lain lebih rapat. Hubungan antara saya dan boss serta subordinate juga quite ok. For now. Moga bertahan sampai bila-bila. Sekurangnya itu apa yang saya rasakan sekarang.


Di sini lebih tenang.


Tidak perlu bersesak atas jambatan pulau pinang untuk ke tempat kerja. Tidak perlu habiskan masa hampir 45 minit di atas jalan raya untuk ke pejabat. Jarak kuarters ke stesen sini tidak sampai 10 minit perjalanan. Cukup jimat, insya Allah. sedang berfikir untuk membeli basikal sebagai tunggangan ke tempat kerja. Environmental friendly dan dapat exercise sekali di pagi hari.


Bercakap pasal jimat, di sini tiada shopping mall yang gah. Yang ada cuma lah Mesra Mall Kemasek. Berbanding di Penang banyak shopping mall yang tersohor seperti queensbay mall, gurney plaza, gurney paragon etc. Maka nafsu membeli belah lebih terkawal kerana outlet di Mesra Mall tiada yang menarik bagi saya. Mungkin ada. Tapi tak banyak pilihan. Syukur juga. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit lantas bagaimana kita mahu bersyukur dengan yang banyak? Tunggu jika ke KL atau ke rumah mertua di Penang, mungkin baru nafsu shopping menjelma.


Jujurnya agak mati kutu pada dua minggu pertama di sini. Tiada tempat ingin dituju. Sudah bosan asyik mengusung kereta ke mesra mall. Bila malam hanya ada beberapa kedai makan yang tersedia. Tiada kedai mamak 24 jam. Tiada lagi nasi kandar sedap.Tiada lagi char kueytiow, mee udang, samosa sedap, mee sotong padang kota, pasembur dan yang sewaktu denganya. Tapi apa kurang nya nasi minyak, nasi dagang, laksam, laksa kuah putih terengganu keropok lekor dan satar.. sama hebat dan sedap. Battle of food takkan berkesudahan sebab lain negeri lain lah signature dish nya. Bertuah sungguh bumi Malaysia kita. Yang paling ketara di sini budaya nya bukan budaya makan di luar. Kebanyakannya memilih untuk makan di rumah. Rata-rata rakan kerja saya sebegitu. And it's a good thing. Tak perlu membazir sangat makan di luar saban waktu.


Masa untuk diri sendiri.


7 tahun di Penang, sudah saya pergunakan untuk melebihkan waktu untuk diri sendiri. Keluarga jauh di Kemaman Terengganu. Ada kesempatan menjenguk orang tua,  baru nampak batang hidung. Selebihnya semua aktiviti untuk diri sendiri dan bersama kawan-kawan. Busy dengan travel dan join running event serta aktiviti alin. Mungkin Tak salah. Cuma kadang-kadang priority nampak tidak kepada keluarga sendiri. Tidak kepada ayah dan mak. Dan di situ lah kesilapan sebenar. Bila ayah sakit baru mula buka mata. Dan sekarang ayah sudah tidak ada, cuma mak yang tinggal di dunia. Semoga arwah ayah tenang di alam sana.. maafkan saya ayah sebab tidak sempat untuk balas jasa ayah dengan sebenar benarnya.. Allah sudah tarik kesempatan itu.


Sebagai anak, kadang kita tidak sedar yang kedua ibu bapa semakin di mamah usia. Kita semakin sibuk dan tidak mempedulikan mereka sangat kerana ada komitmen lain. Kita semakin buta dan ibu bapa semakin tua. Maka kesempatan yang ada pergunakan lah sebaiknya sebelum nanti kita yang berputih mata. Sebelum mereka pergi dijemput illahi dan kita pula akan meratap hiba. Masa yang sudah berlalu tidak dapat ditebus kembali. Bermula lah dari sekarang untuk tunjukkan pada mereka yang kita care dan concern. Itu pun sudah memadai buat kedua ibu bapa kita.


Alhamdulillah,  Allah beri peluang pada saya untuk pulang bekerja di sini. Di kampung halaman sendiri. Tempat saya dilahirkan dengan penuh susah payah oleh mak. Tempat kebanyakan ahli keluarga saya berkumpul. Tempat yang penuh dengan rasa cinta, Pengorbanan dan kasih sayang. Acuan dari arwah ayah yang membentuk keluarga kami seperti hari ini. Terima kasih Allah. Atas kesempatan ini. Atas kesempatan untuk bersama keluarga. dan paling penting dapat tengok-tengok kan mak yang sudah mula tidak berapa sihat sekarang. Moga Allah beri kesihatan dan kekuatan pada mak untuk mengharungi hari bersama anak-anak nya di sisi. 

Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan,

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

(QS. Al-Israa: 23-24)

Dugaan dan cabaran pasti bersilih ganti. Pengagihan masa yang baik untuk semua pihak amatlah penting. But that's the whole point here right? You can't always get what you want. Allah akan beri kepada kita apa yang kita perlu dan kadang-kadang bukan apa yang kita mahu. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Saya sentiasa percaya itu.


Untuk tahun-tahun seterusnya di sini,  moga Allah sentiasa beri semangat dan kekuatan untuk saya tabah mendatangi hari walau penuh rajau dan onak duri.


*membilang waktu. Waktu kapan sang isteri akan pulang ke sini bersama suami. Sebab tempat paling baik buat isteri adalah di sisi suami.. bukan berjauhan sebegini.



-Selesa dengan ruang pejabat baru saya di sini. Ada bilik sendiri dan lebih selesa untuk berkreativiti.-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails