Followers

Wednesday, December 10, 2014

RACE REPORT : STANDARD CHARTERED MARATHON SINGAPORE 2014

Okay. Mood rajin dah datang. Mari membuat race report tentang Acara Marathon yang disertai hujung minggu lalu di Singapore. Maka terimalah race report :- STANDARD CHARTERED MARATHON SINGAPORE 2014

7 DECEMBER 2014
 



Malam sebelum Race ni agak gila. berjalan sampai jam 11pm ke Orchard Road.. Balik semula ke Green Kiwi Backpackers Hostel dah 11.30 pm.. baru lah masa ni nak bersiap baju apa nak pakai masa race. nak siapkan air dan sebagainya. Sepatutnya malam sebelum race kena rest yang cukup. Tapi entah lah. kali ni rasa macam rugi kalau tak berjalan habis habisan.. Runcation lah katakan..Belasah saja lah. Aku cuba nak lelapkan mata jam 12am tapi takleh nak tidor.. dalam jam 1am jugak baru lelap. agak gila sebab kitorang kena bangun jam 3am! maknanya tidor 2 jam saja. 


Dalam jam 3am aku terjaga. tengok Gme dan Man masih nyenyak tidor. so aku sambung tidor balik. jam 3.30am Gme datang kejut aku. Tak boleh dah nak sambung tidor. memang kena bersiap siap. sebab flagoff jam 5am.. So kami bersiap dan turun ke bawah hostel around 4.am.. bergambar lah dulu sebelum naik MRT ke tempat Flag off. Baju Team Malaysia ni memang kami pakat-pakat untuk sama-sama pakai di hari race.


Tiba di MRT stesen tu diaaaa. Orang dah ramai membanjiri kawasan. semua peserta marathon lah ni. 14000 katanya peserta Marathon. Sangat Ramai. Sistem MRT kat Singapore ni sangat ringkas dan mudah difahami. so jangan bimbang lah nak sesat. susah nak sesat. Kami kena tukar tren menuju ke City Hall. Berhenti di Orchard Road punya stesen.


Bergambar dulu sementara menanti Train Tiba


Sampai di Orchard Road, Geng Team Harimau Malaya yang lain dah sedia menanti.. Khidir, Edward, Bha, dan Mizan. memang semangat lain macam bila team ramai macam ni..timing belakang kira janji kami having fun!


Di starting Point. Sebab ramai yang join, peserta dilepaskan secara berperingkat. ada banyak wave. Gme ambik first wave. Tengok kaler Bib dia pun kaler biru. Kami yang lain ni Bib kaler merah.. maknanya dalam 6-7 jam lah.. Cutoff time untuk SCMS ni ialah 8 jam. woww. thats a lot of time. so boleh leisure run lah jawabnya ni. Jumpa Hamid juga di starting line. Boleh pulak terjumpa dalam ribuan orang ni kan. pandai dia cari. Nice to meet you Papa Jeeda! Kerja kat JB so takder masalah lah datang singapore. In fact dia ni selalu jer join event marathon di Singapore. Lagi dekat nak ke sini dari ke KL kan.


Flag off time jam 5am sepatutnya. Tapi sebab batch by batch kitorang bertolak dalam jam 5.20 am. Nak start mula mula ni memang kena berjalan saja lah. Orang terlalu ramai.. so kami melepasi garisan permulaan tu starting time 5.20am. Go Team Harimau Malaya you guys can do it!!
 

Gme dah bertolak awal. so tinggal lah kami berlima yang meneruskan perlarian sama-sama.. Seronoknya dapat lari dengan Khidir. Dia bawak Gopro sekali dengan magic sticknya tu. So memang sakan lah bergambar. Bukan setakat bergambar, gila-gila semuanya. duk kacau orang dan buat bising. haha. Nice to run with you guys!! at least tak lah penat sangat tersa. Mula-mula ni ok lah lagi.. lepas KM21 Nanti kita tengok lah macam mana ya.


Sampai di KM6 kami singgah di Mall apa ntah.. Subuh dah masuk waktu so baik selesaikan dulu solat subuh.. kebetulan mall ni buka dan ada tandas yang tersedia. So ambil kesempatan ini lah. dah selesai solat baru lega nak buang air ke atau apa tak perlu nak risau dah pasal air sembahyang.. aku memang da ada wudhuk dari awal lagi. so sampai sini terus solat jer. Berlari tu berlari juga, Solat jangan lah sesekali kita tinggalkan. Tak berbaloi lah tinggal solat sebab berlari. Allah tak suruh kita berlari. Tapi Solat tu perintah Allah. (self reminder)



Then kami sambung berlari lagi.. Cikgu Khidir ni memang peramah orangnya.. habis volunteer bertugas dia tegur. Bekerjasama pulak dengan Bha memang perfect combination lah.. tak lah bosan sangat berlari ada diorang.. ni first time berlari dengan Khidir dan Man..aritu masa jumpa di Penang Bridge Marathon sempat lari sama sama sekejap jer.. last last aku tertinggal jauh di belakang. Mizan arini jadi slow runner pula. Biasa dia mesti dah jauh ke depan. Dia tak berapa sihat so dia kata mala snak push. Good. tak perlu lah paksa badan kan.. Marathon event akan sentiasa ada. Badan kita cuma satu nak pakai lama.


Menarik gambar dari belakang ni


Macam-macam aksi dirakamkan..


Ni dah lebih dari KM10 dah.. ada Kamera man atas flyover.. aku suka gambar ni.. Thanks Khidir for the nice shot..Masa ni pace masing masing maintain.. sama sama lagi dapat berlari.. sampai waktu nak masuk ke ECP, Mizan dah laju ter ke depan. so aku decide nak ikut pace Mizan.. kalau dia berhenti aku berhenti.. dia laju aku follow.. Somehow at the end, you have to follow your own pace jugak.. tapi kali ni saja buat Mizan jadi benchmark kononnya.


Sampai KM20, Di water Station aku dan Mizan jumpa Gme. apparently lambat pula Gme hari ni. Ye lah.. last week baru buat Marathon di Fujisan jepun. Minggu ni pula dah di Singapore pula. Marathon back to back to back.. setiap minggu ada event. Takpe lah. janji boleh habis dan free injuries. So kami decide nak gerak sama-sama 3 orang.. Ada geng baru best bersembang sembang..Thanks Tan Kim Lai for this Photo.


Selepas KM21, Ada Uturn di ECP ni. so di pertengahan jalan bertembung lah dengan Khidir, Man dan Abang Sham.. Diorang ter ke belakang sikit dari kami bertiga. Apa lagi bergambar lah dulu.. kot kot nanti tak jumpa dah.. Cuaca pun dah terang benderang masa ni.. Bahang kepanasan mula terasa.


yeahhh kami Team Malaysia!!


Di KM25 kami bertiga decide untuk beli Coke dan berhenti minum di area East Coast Park E. Dengan harapan dapat tunggu lah Khidir and Man sampai.. dalam 20 minit juga habis masa di sini. Aku memang tak peduli dah pasal timing. Janji dapat habis dalam cutoff time cukup lah. Malas nak push lebih lebih. Sebab tahu training tak berapa cukup dan tak cukup rest. so buat lah ikut kudrat apa yang ada. Refreshing sangat dapat caffeine dalam badan. Boost our energy. Tunggu punya tunggu diorang tak sampai sampai so kitorang jalan lah dulu..



Gambar terakhir bersama Mizan sebelum dia terus meninggalkan aku dan Gme di belakang.. takper. ko pergi lah dulu.. make your own pace ya. aku memang nak stay lari ngan Gme jer..jalan laju. then lari. then jalan laju lagi. Menyanyi nyanyi. karaoke sendiri. Hiburkan hati.


So korang boleh bayangkan lah panas macam mana waktu ni.. terang benderang dan matahari memancar dengan teriknya..memang heat training sangat.. kena tempuh jua lah walau panas membara sekalipun..Gambar atas ni Gme yang ambik.. Nice shot!


Sebelum nak sampai KM30 bertemu pula syafwan.. Pelari dari Kota Kinabalu Sabah.. baru kenal semalam.. hari ini sudah jadi member. itu lah kelebihan jadi runner. Mudah dapat kawan baru yang berkongsi minat yang sama.. nampak sign board KM30 ni terus ambik gambar dulu. One thing aku suka about this SCMS kerana mark boardnya besar gedabak dan disertai kata-kata semangat dan pendorong bagi runners. I think all the running events should provide this marker board size. Baru best!


Di KM30 tu lah keluarnya kami dari ECP yang tak berapa best ni.. i mean tempatnya best tapi untuk lari macam boring sikit. Masa 2xu Marathon Singapore pun route ni. Sundown Singapore pun route ni. Bertabah lah.. dengan cuaca yang panas membahang..Actually kalau sapa nak buat PB boleh sangat sebab route nya tak berbukit bukau pun. Flat jer..


Kata-kata di Mark Board KM32 ni best - ' You did not sign up for this to walk. RUN!!'. Macam tau tau jer. sebab memang most of participants yang lalu area ni semuanya berjalan kaki dah.. ada laju ada slow. tapi takder rasanya yang berlari..Tak apa lah.. janji semua target nak sampai ke garisan penamat saja. Dapat kata-kata macam ni at least jadi penyuntik semangat sekejap.


Masa di KM 35 ni aku dah tak lari dengan Gme. aku ke depan terus. Sebab tengok masa macam tak sempat aku nak catch flight jam 2.45pm nanti..nak balik Hostel lagi nak checkout lagi nak naik MRT lagi ke Airport.. takut rush sangat.. so aku start lari sikit-sikit..Tinggalkan Gme. Gambar ni ehsan Khidir.. Gme jumpa diorang masa KM34 then terus lari sama-sama..Lari or jalan?. entah. hehehe..


Tengok gambar ni rasa rugi sangat takleh lari ngan diorang.. Banyak shot shot menarik dan cantik dari Gopro Khidir! if tak sebab aku nak kejar flight memang aku stay ngan diorang jer. Ada lah yang tanya korang ni nak berlari ke nak bergambar. So aku jawab we want both! lari jugak. Gambar ambik lah jugak. Laju laju nak ke mana. Dah laju dapat Medal Finisher Tee pastu balik rumah takder gambar boleh dikenang. Rugi Beb! biarlah orang nak kata apa kan janji kita bahagia. Smpai KM38 aku rasa macam tensen dah. Water station siap air tak ada. Pisang pun memang takder diorang bagi.. ada energy Gel saja. Aku tak suka makan energy gel. so memang kembung perut minum 100 plus je lah.. dengan Cuaca panas terik rasa nak cepat-cepat habis saja.. lari sikit.. jalan laju-laju..


And finally aku sampai di garisan penamat depan City Hall Singapore.. catatan masa better sikit dari PBIM 6 Hours 50 minutes. I take it. biar lah teruk pun. always ada another event. yang penting having fun setiap event. itu yang paling penting. No point terlalu serius dan tak enjoy kan.. aku pose cantik di depan kamera finishing Line. Gambar di Marathon Photo ada 18 keping yang best. nanti nak beli lah!


Dah collect Finisher Medal dan Finisher Tee cari spot untuk bergambar sekejap.. takleh nak lama-lama sangat sebab nak balik check out.. dah lebih jam 12pm.. kang kena caj lebih pula. harap harap tak lah. gambar ni gigih la suruh orang yang ada kat sini ambik.. Mizan dah sampai awal lagi.. dah balik dah pun.. dia lagi lah. nak kena check out jam 11am.


Yes i am!! Finished the Standard Chartered Marathon 2014 Singapore!! Standard Chartered KL tak pergi aritu. so abiskan yang Singapore punya je lah..Alhamdulillah dapat habiskan tanpa kecederaan kaki. Boleh berjalan dengan baik lagi. 


Tukar Finisher Tee dan Finisher Medal. Mintak tolong akak Filipina ambik gambar ni. akak tu siap minta emel aku lagi dia nak emelkan gambar yang kami ambik berempat.. tengok lah camana nanti. sampai sekarang takder pun dia emel gambar. hehe..


This is the Finisher Medal


And this is the Finisher Tee. terus tukar nak ambik gambar punya pasal.. dari finishing line aku jalan kaki ke MRT City Hall nak balik semula ke stesen Bugis..Jumpa Syafwan dan dia lah yang ambik gambar ni. Tq Bro! see u in FB nanti..Mujur lah kaki ok boleh laju laju jalan lagi.. so straight balik ke Hostel, Mandi kemas barang dan Check Out..Masa nak keluar dari Hostel terserempak dengan Gme dan Man. Diorang baru sampai.. diorang pun nak kejar bas jam 2pm tu..semua sempat Alhamdulillah.. aku pula ke airport memang ngam-ngam saja masa..last call katanya. Mujur sempat masuk dan terus boarding jer.. Flight jam 2.45. sampai airport jam 2.15pm.. memang kalau aku lewat lagi 5 minit kena tinggal dah. Kuasa Allah.


Masuk jer dalam flight nampak ada lah 4-5 orang pakai finisher Tee jugak sama macam aku.. duduk cari seat dan tanpa apa apa lagi aku dah terus tidur.. sangat letih ya! sebab cuaca panas.. tapi sampai airport hujan lebat.. penerbangan delay 10 minit pula.. tak kisah lah. janji aku nak tidor.. lapar tapi tak rasa nak makan.. aku makan di KLIA2 saja nanti.. Sampai di KLIA2 dalam jam 4pm.. naik Train ke TBS jumpa lah dengan Hafeez Ameen dan Mizan dalam train. Teman berlari kan. dalam train bertemu jua.

Maka berakhirlah kisah race report SCMS 2014. Race ni menarik. Sebab ada banyak gambar menarik. dan kawan kawan pun semua sempoi. Terima kasih Gme, Suhirman, Khidir, Mizan, dan Bha serta Edward sebab jadi Team Malaysia yang havoc! harap nanti kita dapat berlari sama sama lagi di episod Marathon yang lain akan datang.Oh ya, Ini adalah Marathon saya #19.

Ok dah.

Tunggu Event Marathon lain pulak ya.

Stay Tune with AXIMUD!

Tuesday, December 9, 2014

DARI DAPUR AXIMUD : CHICKEN & MUSHROOM CONGEE


Menu last untuk hari ini. Malam ini masak CHICKEN & MUSHROOM CONGEE. Bahasa melayunya bubur ayam dan cendawan.

1/2 cup brown rice
4 pieces dried shitake mushroom(sliced thinly)
1/2 sliced carrot

1/2 skinless chicken breast
4 cups chicken stock
Ginger grated
Salt and pepper


Put the rice and stock in pot. Simmer until rice has softened. Add in the mushroom, carrot, chicken and ginger. Continue to simmer until desired consistency. Season to taste. Spoon into bowl and served.

Satu hidangan dalam 270 kcal. Ok sangat for dinner.. Alhamdulillah kenyang sudah dinner. Bubur macam ni aku suka! Makan pulak dengan lada kicap..

Syukur.

SEMPURNA BUKAN MILIK KITA

Sekali lagi kini kita berjumpa.
Semua telah jelas. Tiada apa lagi perlu diperkatakan. Cuma kita. aku dan kamu. Sama-sama memesan makanan kegemaran dan berbual seperti masa lalu. Tiada apa apa yang canggung.  Dua kawan yang telah lama tidak bersua lagaknya. Seperti waktu lalu, saat semuanya indah dan tiada cela. Saat semua yang tercipta adalah memori yang mengukirkan senyuman lebar di wajah masing-masing. Saat kita mula memasang angan, akan tetap bersama hingga hujung nyawa walau badai sekuat manapun melanda.
Senyuman itu buat aku jadi rindu. 
Dalam kehidupan, biasa kita akan menjadi orang asing. Asing terhadap diri sendiri. apatah lagi menjadi asing untuk orang lain. Itu perkara biasa. kerana manusia ini susah diramal. Adakalanya perkara itu cuma kecil. Tapi penerimaan masing-masing berbeza maka permasalahan juga akan berbeza. Bukan mudah untuk menerima perbezaan, dan tidak mudah juga untuk menerima persamaan. Kompleks. ya. Kita manusia. Ciptaan kompleks!
(Masih di ingatan makanan kegemaran dan minuman kegemaran!)
Terima kasih atas sebuah sayang yang tertunai membawa juta warna dan seri. Itu kurniaan Allah yang tidak terperi. Terima kasih hadir menjadi peneman hati saat hati ini tak tahu kemana lagi hendak dibawa pergi. Terima kasih jadi pembakar semangat ketika sebuah harapan mulai luntur dan pergi. Dan daripada semua ini, terima kasih kerana muncul dalam diri ini membawa berjuta harapan sehingga akhirnya aku mati kelemasan dalam angan-angan sendiri. Semua telah tertulis dalam takdir Illahi. Dan akhirnya kita sebagai Hamba Tuhan, hanya selayaknya akur dan sujud pada kehendak yang telah diberi.
Bayar bil di kaunter.
Dan semoga kita akan bersua lagi suatu masa nanti!

Sunday, December 7, 2014

POST MARATHON MEAL : THE LOAF KLIA2


Before this, after a marathon event i would always treat myself untuk makan banyak banyak dan makan apa saja sebab kononnya dah bakar kalori 3000++ by running 42km. Apparently that approach was wrong. And that's the reason why I'm not getting slimmer but it just increase the fat percentage in me.

Now i learn.

No matter how hard you workout, always look for a better choice of food. Food that has the nutritional value to our body. The calories of a pack french ries could be the same with ceaser salad with some dressing, but the different is on its nutritional value.

Seriously I'm hungry by now.

When you hungry, you tend to make unhealthy choice. So i can say it is a constant battle in me between the bad meal and good one. Luckily i chose to eat this - grilled chicken sandwich. The bread used is whole grain bread, layered with grain mustard, topped with grilled lean chicken meat. Side dish salad and olive with a little dressing. Sounds fascinating isn't it?

Am I satisfied with this meal? Yes i am! And don't forget to drink mineral water too. Water is important. This meal brought to you by The Loaf restaurant.

Life ia all about choice. And the choice you take and make define who you are today.

Thursday, December 4, 2014

KISAH HARI KHAMIS MALAM JUMAAT

Cerita hari khamis. Nak share ringkas sahaja.


Sarapan pagi makan Buah buahan ni dengan soya + whole grain + kismis


Kat tempat kerja. Ada supplier datang untuk install barang. Buat site visit. 


Petang. Bersiap untuk ke kelas tajwid di Institut Quran Padang Midin


Minggu ni minggu last kelas tajwid.. by next week dah exam.. sepanjang tahun ni memang every khamis malam jumaat aku ke KT untuk this class. Belajar tajwid quran. now dah exam. kalau lulus dapat lah naik ulum 4. sekarang ulum 3. Buat makan makan ni untuk raikan Ustaz Najmi. terima kasih ustaz! jumpa lagi tahun depan insya Allah.


Habis majlis makan makan ke rumah adik dah. dia buat pulak bihun sup. sedapnya!


Sekarang duk glemer ngan benda ni. rendam dalam air panas dan makan. Thanks adik da atas bihun sup yang sedap!! ni last kita jumpa ni sebelum dia akan mengerjakan umrah pada 7 Disember nanti.. Selamat lah semuanya moga perjalanan dipermudahkan Allah. Doakan lah agar abang dapat ke sana juga suatu masa nanti. Teringat kembali umrah sama-sama dengan arwah ayah tahun 2011.. Indahnya saat itu.. Moga Allah sampaikan lagi aku ke bumi suci itu.. Ameen!

*Selesai makan, aku bertolak pulang.. sebab esok nak ke Singapore pula..

MOK TEH MASUK HOSPITAL.. HTAA

Tengahari semalam. Masa berada di Opis..Mak whatsapps aku. Bagitahu Mak Teh tak berapa sihat. dan minta hantar dia ke Hospital Besar Kuantan. Sekarang ni Mak Teh stay di Rumah Mak Har.. sebab at least ada lah orang yang boleh tengokkan dia.. Cuma semalam kesihatan Mak Teh tak berapa ok. Bila berjalan sikit terus rasa mengah.. tak boleh nak bernafas elok. mesti ada kaitan dengan jantung nya. Actually Mak Teh memang dah Buat Bypass Jantung 2 tahun lepas.. mungkin ini adalah efek daripada itu.
 
Habis kerja petang semalam bergegas lah aku ke Rumah Mak Har.. takut juga apa apa yang jadi lagi pada Mak Teh. Masa aku sampai Mak wook pun ada sama.. makan nasik dengan Kari ayam. Aku jamah la kari ayam sikit. Ratah lauk. Ada juga kek anak Mak Har buat. Rasa sepotong. Sedap.. Mak Teh nampak ok sikit. Boleh lagi habiskan Kuey Tiow Goreng sepinggan..so kami decide untuk siap solat maghrib dulu kemudian baru bertolak ke Kuantan.
 
Selesai Solat Maghrib, aku ambik kerusi Roda untuk bawa Mok Teh ke kereta. Dan waktu itu lah tiba-tiba air mata aku menitis. Sebab aku sangat teringat pada arwah ayah. dulu arwah ayah naik kerusi roda lah ke sana dan kemari di hujung hujung hayatnya. Aku ingat aku kuat. Tapi malam ini kerusi roda itu tumpaskan aku.. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah. Ameen.
 
Bertolak terus ke Kuantan. Mula-mula abang Jalee sahaja nak ikut. Bila Mak Teh tanya mak taknak pergi ker, Mak jadi serba salah. Mak terus masuk rumah siap siapkan bekalan apa yang patut dan ikut sekali. so kami berlima lah pergi. Aku, abang Jalee, Mak Har, Mak Teh dan Mak. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan..Cuma masa nak sampai Hospital Tunku Ampuan Afzan tu banyak jalan tutup sebab ada renovate jalan barangkali. tapi tak mengapa lah. selamat sampai semuanya.
 

Kami terus menuju ke Bahagian Kecemasan. Ada pembantu perubatan bertugas ambik Mak Teh naik kerusi Roda. Bila nak masuk sini tiba-tiba mak teh susah nak bernafas.. masuk dalam zon separa kritikal dulu. Keadaan makin jadi teruk. Mak Teh dah gelisah sebab susah nak bernafas. siap doktor yang ada kat situ kena marah lagi.. Teringat pada arwah ayah.. dulu arwah ayah pun sama juga. Marah pada doktor. Sebab bila dah sakit rasa tak tahan tu yang doktor jadi mangsa.. kesian doktor. Tapi kena faham lah. Orang sakit. tak nampak cara lain Doktor pindahkan Mak teh ke bahagian Zon Kritikal. Takut kami tengok. Berdoa saja lah mudah-mudahan tiada apa yang serius berlaku.


Lama juga Mok Teh dipindahkan masuk ke Bahagian Zon Kritikal ni.. tak tahu lah apa yang doktor buat kat dalam tu. apparently bahagian Kecemasan Hospital ni tengah renovate. jadi keadaan agak tak berapa selesa lah. what to do. kena faham lah kan.. waktu ni dah jam 12 am lebih..Mak teh masih belum keluar dari zon kritikal. 

 
Mak dan Abang Jalee sampai dah tertidur tidur.. aku pun nak tertidur tapi rasa lapar pulak..tak berapa makan betul lagi.. tadi dalam kereta bergurau gurau kata nak ke Tanjung Lumpur. Mana ada dah tanjung Lumpur punya ikan bakar jam 12am macam ni.. so aku pergi ke Hospimart beli air, buah dan kuih pau.. belikan sekali untuk diorang.. Hospimart sini 24 jam. jadi mudah lah nak beli makanan ataupun bekalan apa yang patut.

 
Makan Pau inti kelapa. biasanya tak suka pun inti kelapa. tapi sebab dah lapar belasah saja lah apa yang ada.. sembang-sembang dengan Mok Har juga masa ni.. cakap pasal kesihatan.. pasal nak turunkan berat badan.. pasal keluarga. dan macam-macam lagi lah.. Mak duk sibuk mengaji Quran pula bila dah terjaga dari lelap.


Dekat jam 2am juga Baru Mok Teh keluar dari Zon Kritrikal.. Alhamdulillah lega tengok Mak Teh dah kembali stabil.. Syukur banyak-banyak kerana tiada apa yang serius. Rupanya air masuk dalam paru-paru menyebabkan kesukaran untuk bernafas. a day before memang mak teh ada makan buah yang banyak air.. so lepas ni dia kena control sikit lah makan.. tak boleh nak makan sembarangan.


Mak Teh dimasukkan ke wad tingkat 7. Tengok macam ni memang aku teringat lah pada arwah ayah. dulu kami memang berkampung di HKL sana 5 bulan sampai lah waktu ayah menghembuskan nafas terakhirnya di situ masa tengah buat hemodialisis. Mak Teh ni adik ayah.. perangai pun sama macam arwah ayah. Tegas. dan banyak hal yang perlu kita cuba faham. Tambah-tambah pula bila sakit macam ni. HTAA ni juga simpan kenangan antara kami dan arwah ayah waktu masuk ICU sebelum dipindahkan ke HKL. OH Kenangan lalu. sentiasa menghambat kita walau di mana kita berada..

 
Dalam jam 2.45 am baru kami bergerak pulang ke kemaman semula.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. semoga Mak Teh cepat discharge dan dikurniakan kesembuhan yang cepat..

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu


*Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik!

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
 
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Wednesday, December 3, 2014

AWAK MAKAN APA PAGI INI ???


Tak tahu nak makan apa. Telur dah habis dalam peti.

So aku ambik Buah Pisang. Buah Epal. Dua batang Celery. Dan satu mangkuk wholegrain oat with kismis. Masuk dalam Blender. Campur susu kacang soya. Siap!!

Minuman sarapan pagi yang berkhasiat!!

Okay jom pergi kerja.

Tuesday, December 2, 2014

SUATU HARI YANG NORMAL

''I can't remember much about you. So i'm gonna just do what i can do here.. Till time make us meet again. Till then, i guess  this is it. Be happy for wherever you are. Because i know the time we spent apart will make our love grow stronger..''

Nice quote from that movie. Rumah tak ada ASTRO. dah lama aku terminate. sebab tak tengok sangat pun TV. so tengok Movie ikut DVD yang ada dan ikut movie yang aku sedut dari Hard Disk Ami dan Abang Shuk. Tu je lah pengibur kalau rasa nak tengok TV. so kalau ada match bola best memang kena gi tengok kat warung tepi jalan sana lah. tak apa. bukan selalu ada match kan. lagi pun kalau ada match apa barang tengok sorang kat rumah. baik join the crowd kat luar sana.


Time tengahari tadi tak lunch. Balik rumah buat sculpture workout. Video by Biggest Loser team. Jillian dan Bob Harper. 50 minit jer video nya. tapi berpeluh macam apa dah. Boleh perah lah baju menitik nitik peluh atas lantai. Rest time for lunch at 1pm. sampai 2 pm. sempat sangat lah nak buat. ni lah untung nya rumah hanya 5 minit jer ke opis. oh i love it here! jimat masa dan jimat minyak kereta!


Time malam terasa nak makan potato chip. Buat sendiri lah. tak perlu beli. dalam peti ada Potato ni. Kerat nipis nipis. letak atas tray bakar. sprinkle with paprika and cinnamon. masuk dalam Oven. baked sampai masak.


Siaplah Home made Potato Chip!!


Tak cukup zat lah makan potato chip saja. Masak Noodle Glas with Chicken Soup sekali. sedap menu ni. Pun aku ambik resepi dari Buku Arfian Yusoff ' Fitness Food made Simple'. Senang jer buat ni. guna stok ayam. letak ayam. letak dried tofu. Silken Tofu. And Noodle Glass. aku tambah letak batang celery sikit.. siap! ready to eat. makan dengan Cili jeruk lagi lah membangkitkan selera nya..

*Oh dah jam 11pm. nak masuk tidur dah. sekarang ajar diri tidur awal. sebab tidor awal sangat penting dalam membantu untuk mengurangkan berat badan. Adios. Esok jumpa lagi!!

Monday, December 1, 2014

BULAN BARU, AZAM BARU! DISEMBER 2014 INI JADI SAKSI

Assalamualaikum..

Sudah 1 December.. sekejap sangat masa berlalu.. Hari ini isnin.. Permulaan hari bekerja korang lah. aku dah kerja semalam. Penat kena rush lepas habis event half marathon di Cyberjaya masih terasa.. pagi ni masuk opis macam biasa.. Hujung tahun expected nya memang busy sikit lah. banyak dateline nak kena capai.


Time lunch tadi aku sempat lah balik ke rumah. Masak lunch sendiri. Nak masak ikan salmon ni senang jer. potong sayur ambik ikan sprinkle dengan salt pepper lemon and sedikit oregano, then bake dalam oven 20 minit pada suhu 250 Degree C. So siap! setengah jam jer dah boleh makan. Ke arah healthy lifestyle, memang tak boleh lah nak makan nasik campur kat kedai. 


Time malam pula sibuk lah dengan resepi Baked Chicken ni. Ambik oat dan Cornflake, hancurkan. pecahkan telur sebijik. gaul ayam dalam telur, pastu golekkan atas oat dan cornflake tu. Then bakar. konsep nak eating healthy ni mudah jer sebenarnya. elakkan menggoreng yang deep fried tu. Kukus, panggang, steam, dan rebus. 


Inspired dari Buku resepi 'Fitness Food Made Simple' by Abang Arfiam Yusoff. Dia friend di FB aku. sejak dia tengok aku rajin duk nak masak sendiri dia pos kan buku yang dia tulis ni pada aku. TQ so much bro! banyak idea idea masakan yang simple dan sihat di dalamnya. akan aku cuba satu persatu resepi yang ada!


Cara nak buat Mustard Dip - Campurkan Natural Yogurt, Mustard dan Madu. kaca sampai sebati then siap! memang sedap lah mustard dip ni. Cicah ngan jemput jemput pun boleh. tapi jemput jemput takleh makan sekarang. avoid makanan deep fried. 


Siaplah menu makan malam. Chicken strips tu cicah dengan mustard dip. aku tambah batang seleri untuk dip kan dalam mustard. sedap! memang simple dan cepat cara penyediaan menu macam ni. untuk hidup sihat dan makan secara sihat tak perlu kurang kan makan. kita cuma perlu makan dengan betul. pastikan apa yang kita makan tu ada nilai nutrisi yang baik.


For desert aku buat smoothies ni. Ambik pisang, strawberry dan Air soya. Blend together. yummy!! sedapnya.. lepas ni memang kalau boleh nak buat smoothies je lah for breakfast atau makan malam.. tengahari kena makan berat sikit.. malam elok kalau makan smoothies macam ni saja.. elok untuk perut. tak perlu nak proses susah susah sebab semua dah hancur..


selesai makan malam aku gi balik Kemasek ambik Along, Mimi dan Ika. Hantar ke Sekolah Muqarrabin di Kerteh.. sepatutnya cuti sekolah tapi diorang ada kem so kena balik awal..lepas hantar diorang balik ke kemasek semula ambik Mak dan Mak Har ke kelas kitab Hikam di Kijal.. Belajar kitab agama perlu juga. Di samping kita jalani kehidupan, saham akhirat jangan ditinggalkan. sebab dunia ini bukan matlamat kita. Matlamat kita di akhirat sana. Nak capai hidup bahagia di Akhirat sana..

Dan berakhirlah satu hari yang baik bagi aku.. Tak apa. kalau rasa keseorangan Allah sentiasa ada bersama. Tak perlu kan ramai orang ada di sisi kita pun. Cukup lah Allah jadi pemerhati dan penjaga. Semoga Allah akan memudahkan urusan hidupku dan keluargaku. Ameen..

*Allah tak akan beri apa yang kita mahu. Allah cuma akan beri apa yang kita perlu!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails