Followers

Monday, December 27, 2010

3D2N STAY : THE EMPEROR HOTEL MELAKA

Sebelum bertolak ke Melaka semalam,memang tak sure nak stay kat mana..sebab duk tengok Internet kebanyakan Hotel fully booked..time cuti sekolah ngan Hujung Tahun ni memang lah macam ni..harga pulak diorang up gila-gila punya..last last dalam kereta masa on the way ke Melaka terbukak website THE EMPEROR HOTEL tengok availability intuk tarikh 26-28 Disember still available,so just terus buat reservation..tu yang best bila boleh online di Hujung jari..Syukur pada tuhan atas Nikmat teknologi.

20
Balik dari makan Ikan bakar di Umbai dalam dekat dekat pukul 1 pagi jugak baru sampai Hotel ni untuk Checked in..Orang hotel kata ni 2 bilik last yang kami dapat sebab orang duk tanay setiap jam ada tak hotel..lagi lah hotel ni pun kawasan Town..Alhamdulillah ada rezeki lagi di situ.

15
Ambik dua bilik,sorang satu bilik so selesa sikit lah nak buat apa pun.Bilik superior ni rate RM198 nett..which is aku rasa mahal jika nak dilihat dari segi kemudahan hotel dan kualiti hotel 3 bintang..tapi ni time cuti sekolah..daripada duk ronda pi cari hotel pukul 1 pagi so baik macam ni.:)

16 17 1814 1913
Stay dua hari di sini..Overall hotel ni ok.Cuma kemudahan yang ada quite lama dan memerlukan renovation lah rasanya..kalau diorang upgrade sikit mesti lagi ok..Melaka tetap laku Hotel so maybe sebab tu diorang tak kisah.apa apa pun,kat Melaka banyak lagi hotel hotel best.

Yang penting rancang perjalanan dan percutian anda.Berhati-hati lah di jalan raya.

Sekian.

*Course dibuat di EVERLY HOTEL tanjung Kling.ingat nak stay sana cek rate internet tinggal platinum suite RM620 satu malam..mahal gilos!

PARAMESWARA @ MEDAN IKAN BAKAR PERNU-UMBAI,MELAKA

Currently aku ada di Melaka..last minit dapat tahu kena pi Melaka untuk Kursus ni..last week baru balik dari Bangi ni nak kena pi Melaka pulak..sementara ada kesempatan ni redah jer lah kan..

26 DISEMBER 2010

Hari ahad aku masuk opis kejap.

Setelkan banyak gila kerja pending sebelum bertolak ke Melaka..dalam pukul 3 petang aku balik dari Opis,sampai rumah siap siap then pukul 4 petang gerak ke Melaka with sorang lagi member yang sama sam acourse..tumpang keter dia jer tapi tolong drive lah..Jalan jem tak hengat atas lebuhraya Utara selatan..tensen jer..perjalan yang patut makan masa dalam 6 jam nak sampai melaka jadi dekat 9 jam..pukul 11.30pm kami sampai di Melaka,terus menuju ke MEDAN IKAN BAKAR PERNU-UMBAI..laparr!!

1
Sampai sini kedai macam dah nak tutup..signboard dah padam..tapi bila tanya akak cashier tu diorang kata boleh lagi ,diorang saja kemas kemas siap nak tutup..thats make us pelanggan yang terakhir..hahaaa..ada rezeki lagi.

2
so apa lagi.mari membuat pilihan lah maknana yang ada..harga tertera di Menu..kat Umbai ni banyak jugak deretan kedai lain,tapi PARAMESWARA IKAN BAKAR ni yang paling besar dan paling happening thats the reason why kami pilih makan kat sini..

3
pilih ikan,sotong,Udang dan Siput Buluh.Ketam malas nak kopek..

4
Meja makan kami-nombor 46..ada satu meja diorang tengah prepare untuk ada orang datang makan..orang kenamaan jugak yang baru balik dari sambutan Krismas kat Melaka.No wonder semua hotel penuh.huhu..tambah pulak cuti sekolah.mujur jalan masuk dari Tol Ayer keroh tadi tak jem..jom tengok apa yuang kami makan!

5
SOTONG GORENG TEPUNG-kelihatan menarik tapi aku rasa kurang kick sikit..boleh la makan..sedap jer.maybe sebab aku pernah makan yang lagi sedap..but ni aku kasi A-.buat ratah ratah sedap..

6
UDANG BUTTER - yang ni rasanya ok..cuma macam tak menepati tema udang masak mentega..macam kat Idrus Ikan Bakar Penang they know how to do this..takper lah.aku rate B+..tapi taste not bad lah.boleh la..

7
close up sikit.ambik lapan ekor sorang makan 4

8
Yang ni aku panggil SIPUT BULUH MASAK HALIA..nama kat tempat pilih ikan tadi depa buh sepahat.sam ajer kot..yang ni pun aku suka..isinya yang kental liat liat memang best..tapi kalau orang tak reti makan memang tak suka lah.or else diorang geli nak makan sebab appearance nya macam ulat.heeeeeeee

9
see..macam ulat kan??aku rate A..

10
Tang IKAN JENAHAK BAKAR SAMBAL ni aku kecewa sikit lah.rasa ikan dah fresh tapi sambalnya takder rasa..macam kurang sambal pun yer.tak tahu lah sambal dah habis sebab kedai dah nak tutup or memang macam ni cara masaknya..sedap isi ikan tapi sambalnya kurang..aku rate B

11
Komplen ker tak komplen nasik dan lauk pauk tetap akan habis ok..rugi tak makan plus kami sangat lapar'!!perjalanan dari Penang just stop nak solat jer.tu pun tensen sebab rnr sangat ramai orang..hua hua hua..

12
Tengok-meja aku jer diorang tak kemas lagi..yang lain semua dah kemas memang macam nak halau kan.haha..Overall aku rasa makanan kat sini biasa biasa jer..means to say ada lagi tempat lagi sedap dari sini..harga ok lah.standard.tak la mahal sangat.ikut pasaran semasa lah..Dari Restoran ni kami terus oi Check-in ke Hotel Emperor kat Town..

*nak kena pekena ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG ni alang alang dah sampai Melaka..

Sunday, December 26, 2010

JOGGING,SECRET RECIPE & HANTU KAK LIMAH

Diam tak diam sekarang dah hujung tahun..banyak lagi azam aku belum tercapai.jawabnya terpaksa postponed tahun depan.

25 DISEMBER 2010

Pagi sabtu yang indah.

Ambil kesempatan untuk keluar awal pagi menghirup udara segar jogging di belakang lorong safira country Club..seronok juga jogging pagi pagi ni..Hajat di hati malas nak bangun awal pagi tapi gagahkan juga lah sebab aktiviti sehat ni bagus kalau buat..:)

1
Ramai orang jogging kat sini..Chinese yang ramai..melayu pun ada bukan takder.masa aku joging duk compete dengan sorang pakcik ni..kkuat betul stamina dia..mula mula aku gagah la duk potong last last aku dah tak larat dia slow slow pun keep running..consistency yang penting..nice to know u pakcik!!

2
Dari tempat jogging pi market seberang jaya untuk bekpes..orang macam biasa lah ramai..duduk kat meja yang ada 6 seat so berkongsi temoat dengan ada satu family nih..anak pompuan dia duk kutip kucing jumpa tepi jalan nak bela.pening kepala mak dia.hahaaa..siap nak kasi nama kucing tuh comel or manja..tu yang aku suggest bagi nama glemer sikit..eva longoria kaa..jessica simpson kaa..heheeeee..

3
Comey kucing ni..haha..sekali pandang macam puss in the boot -SHREK

4
Lupa nak habaq aku mai market ngan pi jogging ni ngan member..joging ada member best sikit..maii makan capati ngan mee bandung..pagi pagi dah belasah mee bandung meronta ronta perut aku..tapi takper.makan ok tapi exercise pun perlu..setel makan aku balik rumah dan seharian sampai malam aku just lepak kat rumah duk buat entry blog yang tertunggak..dapat lah buat 10 entri(rujuk entri entri kat bawah ni..gigih nya kau!!hoyeaahhhhh)

5
Malam menjelma.

Daah boring tak tahu nak buat apa,lapar..aku siap tak makan tegharai duk fojus sangat buat blog tu..aku kol lanny ajak keluar makan kat Jusco Perda.dia kebetulan baru balik dari swansea UK sebab baru habis buat master,so takder kerja apa lagi so dia on jer..pakat pakat jumpa di Secret Recipe.

6
Tak rasa nak makan berat,just order kek sahaja..ohhhhhh lamanya aku tak makan kek secet recipe..

7
Lanny ambik chocolate indulgence aku makan pecan butterscotch

8
awat hang makin berisi nih??heheheheee

9
makan kek balas dengan Hot chocolate aku terasa happy!!

10
Sebelum nak balik just try pi intai TGV kat bahagian atas..terbeli tiket wayang citer Hantu Kak Limah balik Rumah..aku beli sebab ramaiiii sangattttt orang duk kata citer ni best..

11
Overall aku rasa citer ni ok jer lah.boleh la nak layan kalau takder movie apa dah nak tengok..aku just tak paham kenapa orang duk gelak sakan sampai hujung citer walau pun ada jer part tak lawak..tak taw lah takut sense of lawak aku ni takder.hahaaa..tapi aku kurangg sikit citer mamat khalid ni.takper lah.sekali sekala.

12
Yang penting aku terjumpa Cameron Diaz ok!!she's so hawt walaupun dah tua.heheeee..habis movie ingat nak lepak tapi aku macam tak larat since esok aku akan ke melaka pulak aoutstation so terus balik rumah jer lah..thanks lanny teman aku malam ni..ada umur kita jumpa lagi ya..

*being alone is much more better than be with bad company..is it true?

MELAKA,BLACK CANYON ,GULLIVERS & MCDONALD

Kisah hari jumaat yang lalu..

24 DISEMBER 2010

Seperti biasa bangun pagi bersiap untuk ke opis..Cuaca sekarang mendung sangat kalau pukul 7 pagi masih gelap..sekarang kan musim hujan so kena berhati hati dengan corak pemanduan.kena lebih berhemah..

1
Pergi kerja sekarang pun best..jambatan clear jer maybe sebab ni hujung tahu so ramai yang dah bercuti,dalam misi untuk menghabiskan cuti cuti yang ada..aku hujung tahun ni makin busy dengan ke sana ke mari dan kerja di opis lagi..memang tak sempat nak buat semua tu..ni pun aku just siapkan mana kerja yang termampu..

3
Masuk opis pi punch card then keluar kejap sebab nak pi beli bekpes..aku pi beli nasi lemak sambal sotong makcik kiah(bukan nama sebenar) lagi..sebelum ni aku pernah beli tapi berhenti seketika sebab depa pun berhenti menjual.now dah ada balik so takder lah problem nak beli sarapan..dekat sikit ngan tempat kerja aku..

2
Bila dah kata kerja kan..banyak lah benda nak disetelkan..pening kepala sebab kerja banyak sangat..ni dapat pulak surat nak pi Kursus kat Tanjung Keling Melaka..actually aku calon pengganti sebab encik salman tak leh attend this course.so my boss asking me to replace dan nampak gayanya tak jadi lah pi Langkawi next week..Melaka here i come..

4
Time malam keluar makan malam kat Jusco Bandar Perda ngan seorang rakan..aku nak makan kat Black Canyon Coffee..saja seronok nak lepak sini..ingat nak stayback kat opis tapi malam minggu rasa macam rugi kalau tak having some fun..fun lah ni kan makan malam at the fancy place dan lepas ni nak tengok movie.

5
Sementara tunggu Meal diorang bagi kudapan biskut Huruf..terus kami main susun huruf dan terhasillah perkataan AXIM macam dalam gambar di atas..lama tak makan biskut huruf macam ni..rendam dalam coffee then makan.memang sedap..Motto minuman kat sini-a drink on paradise available on earth.

6
The main meal tonight-TOMYAM SOUP..!! rasa tomyamnya sangat sedap!aku recommend sangat sangat bagi penggemar tomyam untuk makan kat sini..rasa tomyamnya macam lengkap ada masam masin manis pedas.speaking of pedas sapa yang tak tahan pedas mesti having difficulties to finish this.

7
Close up sikit..aku order Tomyam Udang..sekali ngan nasik lah baru kenyang..teruja pulak dapat makan tomyam yang sedap..i thought black canyon ni just produce western food but i was wrong..tak kenal maka tak cinta..masakan Thai kat sini menari.next time aku nak makan Green Curry pulak.

8
ni ialah Fussili with chicken Tomyam Soup..rasa tomyam ni lebih Thick dan pekat..still sama sedap..tapi still pedas..member aku yang makan ni tak tahan pedas so this meal gagal di habiskan dengan sempurna..aku nak habiskan pun macam dah tak larat lagi pun kami rushing nak tengok mivie jam 9.50pm..

9
mari mari mari saya mau jemput makan!

10
Agak tergesa gesa juga menghabiskan makanan yang ada sebab takut terlepas permulaan Movie..Alhamdulillah sangat kenyang dan sangat berpuas hati dengan makanan di Black Canyon ni.definitely i will come back for more..nak rasa nasi Goreng nya pulak.nampak dalam menu macam sedap.

11
Cerita yang kitorang tengok-GULLIVERS TRAVEL 3D..cerita ni just a light story,tak perlu nak fikir panjang just enjoy the show..biasa jer movie ni,i mean i expect something more..citer pasal gulliver ni aku ada baca masa kecik kecik dulu..now tengok dalam movie pulak..zaman dah berubah..Overall movie ni aku kasi 2.8/5 jer.

12
Balik dari menonton wayang kami singgah pulak kat Mekdi Seberang jaya..saja nak makan lite lite sambil sembang..masa ni dah dekat pukul 1 pagi..tapi orang sangat ramai ya rabbi..biasalah malam minggu kan..nice to talk to u mate!!

13
see i told you.pukul 1 am macam pukul 1 pm..sekarang orang dah tak tidur malam..even kat Playground dalam restaurant bebudak ramai duk berkejaran di pukul 1 pagi.kalau kat kampung masa ni tengah sedap tidur..nanti aku tanak didik anak aku macam ni..heheee..cakap boleh lah.nak buat kena tunggu ada anak dulu.Thanks mate for accompany!!

*I had another great night..hujung minggu ni nak kena ke Melaka pulak dengan another member..rasanya baru jer balik dari Bangi last week nak kena ke Melaka pulak..aiseehhhh..

Saturday, December 25, 2010

KERBAU KORBAN & MALAM TRAGEDI

Hari raya Aidiladha kedua..

18 NOVEMBER 2010

Kitorang adik beradik,pak sedara dan mak saudara ada pakat pakat ambik sorang satu bahagian untuk buat Korban..dan jugak aqiqah..dapat lah dua ekor kerbau untuk kitorang punya family.Hari ni kami ke kemaman untuk tengok kerbau yang akan di sembelih di tempat penyembelihan.

1
Sebelum nak sembelih kena cek dulu nama nama yang terlibat..aku ambik jugak satu bahagian RM350 untuk kerbau..Shuk dan abang jalee pun ambik untuk aqiqah..

2
ni ustaz yang akan sembelih..

3
Sebelum sembelih semua bertakbir raya dulu tiga kali..then perlahan lahan Ustaz tu sembelih..tajam gila pisau tu aku tengok..ngeri.tapi sunat kena pakai pisau tajam supaya tak seksa kerbau tu.

4
Dah siap sembelih kerbau tu still bergerak gerak..diorang bersihakn tempat darah banyak keluar dan bersiap siap untuk melapah..senang je nampak diorang lapah.dah tu memang kerja diorang so memang lah cepat..

5
Pisau yang diorang pakai memang mantap lah..senanggg giler aku tengok diorang lapah buang kulit..ok lah tu tak la lama kami kena tunggu nak ambik daging..

6
7
ishhh apa benda macam tiub tu??aku pun konpius kejap..

8
Kepala kerbau pun habis kena lapah..

9
Dua ekor kerbau semuanya..ni kerbau kedua yang disembelih

10
11
my brother and i

12
13
my mother and i

14
Ini ialah otak kerbau..aku pernah tengok orang buat masak lemak..sedap ker??aku tak pernah try tapi depa kata kolesterol sangat lah tinggi otak ni.untuk jaga kesihatan takyah la korang makan ya,.banyak benda lain lagi boleh kita makan..

15
Selesai urusan ambik daging kat kemaman tu kami balik rumah..shuk dengan gigihnya buat daging goreng kicap..sedap daging goreng ni tapi macam biasa lah.aku tak minat daging..makan tu makan lah jugak tapi sikit.

16
Nasi beriani Kambing pun ada dia bawak balik dari Temerloh..ceritanya macam ni-Shuk dan Kak feeza baru sampai dari Temerloh sebab hari raya haji pertama mak mentua shuk buat majlis kenduri Aqiqah untuk adam,cucu depa..so hari raya haji kedua shuk balik ke kemasek sebab esok kami nak buat aqiqah belah sini pulak..

17
Daging yang kami bawak balik tadi kena pek pek kan dalam plastik kecik untuk berbagi bagi lagi kat orang..aku ngan kak tie bekerjasama kat luar rumah potong daging dan timbang..

18
Adam Syahmi Al-Wafiy..dah makin besar dia..esok akan ada majlis akikah adam skali dengan anak adik da,Nurul Syifa' Salsabiela.malam ni memang malam yang sibuk sebab semua orang busy membuat persiapan untuk majlis aqiqah tu..

19
Masa tengah siap siap kan makan malam ni lah insiden yang kami sangat sangat takut terjadi..This is the time bila ayah masuk bilik air dan buang air keluar darah..bermula malam ni lah cerita macam mana ayah masuk ICU sampai ke HKL sana..aku akan ceritakan dalam entri seterusnya ya..

to be continued..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails