Followers

Monday, May 28, 2012

FOOD REVIEW : MENGINTAI-INTAI DI RESTORAN INTAI-INTAI

Tersebutlah al-kisah..seorang putera
kacak bergaya..hensem dan sasa..
halus wajahnya bagai bidadara..
wanita yang melihat..pasti tergodaaa..

Ewwwaahhhhh aku bersyair pulak dah di ruangan kali ni..sebut pasal syair dulu masa aku sekolah rendah darjah dua hingga darjah 5 memang aku wakil sekolah lah bab bab syair ni.bukan sebab suara aku sedap tapi rasanya sebab orang lain tak minat nak bersyair kot.hehee..tetiba bukak cerita zaman kanak kanak dulu..tu cerita dulu.sekarang kalau aku bersyair konpem semua muntah darah.hujan pun turun tak berhenti henti.haha.banjir seluruh alam.

Ok cukup lah syair tu sebagai pembuka cerita.

Tak ada kena mengena dengan cerita yang aku nak share dengan korang.saja penyedap rasa sahaja.kalau straight to the point pun boring jugak kan..cerita apa ya??cerita apa lagi kalau bukan pasal review makan-makan..makan makan di sebuah Restoran di Ampang Hulu Kelang.


Pada suatu malam yang hening,datanglah tiga orang kawan makan di Restoran Intai Intai.lama dah taw pasal Restoran ni tapi tak pernah nak menyinggah.Cubaan aritu nak singgah gagal sebab dah lewat.kali ni jadi kenyataan.


Dari segi suasana dan tempat memang menarik..ada macam tasik kat tengah mengelilingi area tempat makan..kalau dating bawak awek memang menimbulkan suasana yang romatikarlos lah.Dekorasi aku tanak komplen apa apa.nice and simple.


Air selasih + cincau+ serai & Air jus mangga.satu lagi air suam(tiada dalam gambar)


Masa duduk ada orang ambik order.then order lah apa yang patut.lama jugak ambik masa nak order makan apa sebab jumpa teman lama yang dah lama sangat tak bersua muka.ada dalam 4 tahun.sembang sembang sembang tetiba datang pulaksatu band menyanyi.sedap jugak suara diorang.tapi terus takleh nak bersembang sebab bising.ada dua tiga family jugak duk sambut Birthday kat sini.jenuh nak dengar lagu happy birthday.haha


Akhirnya makanan pun sampai.lama jugak nak tunggu.


Kerabu seafood


Ayam Gajus


Tomyam Poktek


Nasi Putih


Menyanyi dan terus menyanyi.


Overall aku rasa This Restaurant biasa biasa sahaja.in term of tempat memang cantik.in term of food sedap lah.tapi bukan lah sedap sangat sangat sampai rasa nak datang lagi.servis adalah lambat walaupun bukan ramai orang pun. Portion makanan untuk Medium saiz adalah sikit.dan harganya adalah Mahal bagi aku.makan 3 orang macam lauk kat atas tu sampai RM80.dengan harga RM27 seorang boleh dapat makanan yang lagi better kot.tapi ni pendapat aku.lain orang lain lah pendapatnya.kalau korang nak try ni alamat kat bawah:

RESTORAN INTAI-INTAI, 
Backyard lot 378, Jln Ampang Ulu Kelang,
(Highway MRR2), 68000, Selangor.
Tel: 017-2102343 atau 012-2882424

*Balik dari makan ni terus rest sebab nak prepare for EKIDEN RUN PUTRAJAYA 2012 keesokan harinya.

Saturday, May 26, 2012

CONGRATULATIONS TO YOU!!

Malam tadi aku tidur awal gila.

Lepas Maghrib terus pengsan.sebab a night before aku tak cukup tidur.penangan nasi kandar Pak jamal punya pasal..weng kepala wehh bila tak cukup tidur..so malam tadi kira cover dah lah.terjaga jam 4 pagi..terus aku tak tidur sampai subuh.lepas subuh sempat lah berlari 11 km kat Trek berlari belakang Safira Country Club Seberang Jaya..Plan nak berlari 15 KM sekali opis call pulak duk tanya macam macam.terus hilang mood.11 KM pun ok lah..training lagi dan lagi..Bulan Jun ada big event di SCKLM.

Balik dari berlari terus bersiap siap nak hantar kereta untuk servis di Bandar Perda..sementara servis pi breakfast dulu di Starbuck.Tempat servis dekat jer dengan AEON Jusco Bandar Perda. Minum Hazelnut latte tapi ganti soy milk.entah sapaa yang ajar ntah.haha.sedap jugak.sementara tunggu kereta siap..dalam pukul 1 pm jugak baru kereta siap..(pukul 3pm bas ke Kuala Lumpur..aku berhujung minggu kali ini di Kuala Lumpur menyertai Ekiden Run di Putrajaya.Boleh la jenguk Hari himpunan jutaan belia sekali)


Pergi ambik kereta  then kembali semula ke Jusco sebab ada date makan tengahari dengan cik LJ.lma tak jumpa dia..ada perkara yang nak di raikan.Tahniah lah sebab jadi pekerja cemerlang!


Jom makan tengahari di NANDOS


Kalau kat NANDOS memang aku makan set quarter meal lah.tu jer pun paling sedap aku rasa.pernah jugak rasa burger kat sini tapi tak berapa sedap..side dish nya Potato salad aku suka!kalau air, sparkling apple sedap.tapi aku minum air mineral je lah.nak save kalori intake..air mineral kosong kalori.pH 7.2 pulak tuh..dlam misi nak mengalkalikan badan.


CONGRATULATIONS!YOU DESERVE THIS!!


Kek Red Velvet Starbuck


Dear You,

You deserve all the kudos for the way you handled a very difficult situation with great boldness and much patience. I know that sometimes situation have not been easy for you, yet you did not lose hope and faced the adversity with utmost courage and came through, with flying colors

Congratulations to you again!

Once again wishing you good luck for the future

Sincerely yours

*May today’s success be the beginning of tomorrow’s achievements.

PENANG NATIONAL PARK : JUNGLE TREKKING TO PANTAI KERACHUT

Hujung minggu lepas (20 Mei 2011)


Teringin untuk ke Penang National Park.Dah dekat 6 tahun stay di Pennag tak pernah singgah di Penang National Park Teluk Bahang.maybe sebab lokasinya yang jauh tu aku malas pergi..Teluk Bahang lagi atas dari Batu Feringghi..lebih kurang dari seberang Prai ni dalam 45 minit jugak untuk ke sana.


Sampai di Teluk Bahang, tengok je papan tanada menuju ke Taman Negara Penang..Daftar dulu nama di pintu masuk..Tiada bayaran dikenakan.Misi hari ini ialah untuk Jungle Trekking sejauh 3405 M ke Pantai Kerachut. There's nothing special about pantai Kerachut tu, except the meromiktik lake.nanti aku story lebih lanjut.


Taman Negara Pulau Pinang, yang terletak di daerah Barat Daya berhadapan Selat Melaka, adalah taman negara yang pertama diwujudkan di bawah Akta Taman Negara 1980.Setelah diwartakan pada 10 April 2003, Taman Negara Pulau Pinang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan. Jumlah keseluruhan keluasannya ialah 2,562.983 hektar merangkumi keluasan darat 1,181.949 hektar dan laut 1,381.041 hektar. 


Taman Negara Pulau Pinang terdiri daripada lima jenis habitat dan ia juga terkenal dengan jolokan Bay of Glowing Amber kerana pemandangan yang menarik pada waktu senja yang berlainan pada setiap hari.


Bila dah masuk ke dalam hutan baru lah terasa mengahnya..nak kena nak turun tangga pulak..alah bisa tegal biasa..jam menunjukkan pukul 12 tengahari.tapi sebab dalam hutan so tak terasa panasnya pun.


Nama jalan yang dilalui..


Ada satu sungai dinamakan Sungai Tukun.ada jugak a few budak budak sekolah kot yang duk main main air di sungai ni.


Keliru aku dengan signboard.kata 5 minit lagi akan sampai ke Pantai Krachut.tapi tak sampai sampai pun..bukan 100 meter rasanya.wallahualam..sebelum sampai ke Pantai Kerachut ada satu sungai tempat orang mandi manda.tapi tak terasa nak mandi sungai pun.


Jambatan Gantung ke Pantai Krachut


ini ialah Tasik Meromiktik.Tasik yang unik.


Tasik Meromiktik adalah tasik unik yang hanya terdapat di Taman Negara Pulau Pinang dan 19 tempat lain di seluruh dunia. Keunikan tasik ini bukan terletak pada lokasi mahupun saiznya, tetapi unik dari segi kandungan serta cara peralihan pasang surut airnya.

Meromiktik bermaksud dua lapisan air iaitu air laut dan air sungai yang tidak bercampur antara satu sama lain. Lapisan air yang tidak bercampur ini akan menjadikan suhu air tersebut berlainan dan menjadi habitat dua jenis hidupan berlainan. Struktur lapisan air di Tasik Meromiktik kebiasaannya dilatari oleh air laut pada dasar tasik dan air sungai pada bahagian atas dan permukaan kerana ketumpatan air laut adalah lebih tinggi berbanding dengan air sungai. Menyentuh mengenai kehidupan di dalam tasik seumpama ini, keistimewaannya masih dapat dilihat apabila hidupan air seperti ikan-ikan kecil dan udang juga datangnya dari berlainan jenis iaitu ikan-ikan laut dan sungai.



View di Pantai Krachut


Cuaca Panas Terik..pukul 1pm..sejam juga lah berjungle trekking


Masak nasik ayam.bawak bekal dari rumah


Picnic kali ni bekas di taja oleh IKEA.heheee


Selesai makan tengahari cari surau..di kawasan Pantai Krachut ni ada kemudahan surau disediakan.solat zohor dan baca yassin untuk arwah ayah..Rasa tenang bila buat aktiviti dengan alam sekitar ni..melepaskan tekanan dalam diri..lately macam macam berlaku..tapi aku tahu,aku lebih tabah dari yang aku sangka.Dugaan dan cabaran dalam hidup mematangkan aku dalam perjalanan menjadi dewasa.


Selesai solat, bentang kain tepi pantai, terlena!!


Terjaga dalam pukul 4pm lebih..kena bergerak balik lah..


Penerangan pasal Tasik Meromiktik ada kat atas.


Jom lah balik.nak kena jungle trekking lagi.kat sini line telefon adalah tidak ada ya.


penat bermandikan matahari


Kawasan yang aku lalu ni namanya Bukit Belah.sebuah bukit yang dibelah tengah tengah hanya menggunakan cangkul.untuk buat tarik kayu balak suatu ketika dulu.dashyat orang dulu belah bukit pakai cangkul jer.gagah sangat!


Cerita lanjut pasal bukit belah ada tulis di papan ni.nak tahu?pergi lah penang national park.


Lebih kurang jam 5.30pm sampai kembali di pintu masuk..Best lah jungle trekking kat sini..Penat tu biasalah..patut dulu sebelum panjat Gunung Kinabalu mai try trekking kat sini dulu untuk dapat feel..actually Penang National Park bukan setakat ada Pantai Kerachut jer, banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.

*ok dah.tu jer.aku rasa entri ni sangat skema.tak kisah lah kan.sekali sekala.bawak lah keluarga ,sahabat serta rakan taulan mengunjungi Taman Negara Pulau Pinang hari ini!!

Friday, May 25, 2012

IT'S 2AM IN THE MORNING @ NASI KANDAR PAK JAMAL, BUTTERWORTH

Malam tadi.

jam 2 .30am.Kelaparan.

Teringat Nasi Kandar Pak Jamal dekat Telekom di Butterworth.Lama rasanya tak menyinggah di situ. bangkit dari katil, sarung seluar jean, ambik kunci kereta dan terus laju meluncur ke Butterworth.Padahal esok kerja ni..demi perut ku turutkan jua..


Kalau belah pulau terkenal dengan nasi kandar beraturnya, kat nasi kandar pak jamal bawah pokok pun boleh tahan jugak orang beratur ya.walaupun jam dah dekat pukul 3 pagi..Duk penang macam ni lah.best sebab makanan akan sentiasa ada 24 jam since banyak kedai nasi kandar kat sini.


Dan ini lah hasilnya makanan yang berjaya dihabiskanAmbik daging hitam, udang ,bendi dan cili hijau.Kuah campur. rasa nasi kandarlah.aku dah mula menyukai nasi kandar setelah 5 tahun berada di Penang. dulu aku tak berapa gemar sangat.sekarang siap boleh teringat ingat lagi kalau sebulan tak pekena.


Kalau korang nak datang sini sila lah cari Telekom (TM) butterworth.Kedai bawah pokok ni betul betul sebelah bangunan TM..tak susah nak cari..korang datang time malam pukul 10 pm ke atas then cari lah port ramai orang beratur.betul lah tu..Selamat mencari dan selamat makan nasi kandar pak jamal yang sempoi!!
Balik rumah dekat jam 4am.then baru tidur.

*Hasilnya hari ni kerja kepala weng..sebab tak cukup tidur.padan muka aku.

MALAM QUALITY SJ GELUGOR 2012 @ SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA


Julung-julung kalinya event ni di adakan


Tetamu yang sampai kena bergambar dulu kat stage ni


Jom makan malam!!ramai jugak tetamu yang hadir


Majlis bermula jam 8.45pm..ucapan alu aluan Senior manager Human Resource 


GM memberi ucapan perasmian


Tak berapa ingat berapa table ada..table aku banyak kosong tempat duduk


Encik Shamsul beri persembahan pembukaan..lagu dari Wali Band- abang Toyyib


Starter - soto


Makanan yang disediakan.entah aku tak berapa berselera malam ni


selamat menjamu selera semua!!


Semua dengan pasangan masing masing


Pertandingan karaoke di mulakan.setiap bahagian wajib hantar wakil


Penyampaian Hadiah kepada para pemenang di Minggu EHS yang lalu


Untuk malam ni, aku turut serta dalam pertandingan karaoke.tujuan nya sebab aku nak dedicate satu lagu untuk arwah ayah..aku nyanyikan lagu Doaku Untukmu sayang- wali band.Liriknya sangat mendalam dan sangat bermakna pada aku.aku cuba untuk menyanyi dengan sepenuh perasaan.sebab its not easy to deal with my sirtuation now.i lost my father..semoga ayah tenang di sana..Al-Fatihah.

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti 


Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia


wakil dari Jepun mr sakai pun ada with wife


Penyampaian anugerah untuk pekerja cemerlang


aku manage to get second place pertandingan karaoke.dapat baucer TESCO 60 hengget,Alhamdulillah


Cabutan bertuah kepada semua jemputan makan malam


Tuan Haji Abu dinobatkan sebagai pekerja paling berkualiti di stesen.Tahniah!!


ketemu lagi dalam Malam Kualiti tahun depan!!


Gambar Bersama beberapa Urusetia..Overall aku rasa suka dengan Majlis makan malam yang dianjurkan kali ini..Buat ppertama kalinya stesen Gelugor buat this event..Minggu ni memang semangat untuk aku kerja agak merudum.ada event macam ni terubat lah sikit rasa malas..its ok to feel down..aku yakin aku mampu untuk bangkit semula nanti..Insya Allah..

*~bersangka baiklah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita..perancangan Allah itu semuanya sempurna..siapalah kita untuk mempertikaikan pekerjaan Allah..kita hamba Nya, maka selayaknya lah kita di uji dan diduga dengan berbagai bagai musibah..semakin tinggi keimanan seseorang semakin tinggi lah ujian dan dugaan yang akan ditempuhi..moga dugaan kepada keluarga kita ni makin memantapkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah..- pesan mak (pagi jumaat 25 May 2012 @ 7.55am)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails