Followers

Sunday, May 18, 2008

Bersiar-siar di laman HKL

Hari ni kitorang bawak ayah jalan-jalan kat luar hospital,at least tak la ayah bosan sangat duk dalam wad..sebab ayah tak larat nak berjalan jadi kitorang mintak kerusi roda ngan nurse kat situ.


Cadangannya ialah nak berjalan-jalan..last-last jalan yang kitorang lalu tu ialah jalan yang menuju ke kafeteria.So kitorang pun singgah la untuk minum-minum di petang hari nih..dan hari ni ayah tampak lebih sihat sedikit dari hari sebelumnya.

Ingatkan nak minum-minum jer skali boleh plak order masakan panas kat sini..hehee,ayah pun siap order mee bandung lagi..kali ni mak dah tak berani nak tegur,nanti ayah tanak makan lagi..haha..aku plak order kueytiow ladna.
*sepinggan mee bandung tuh habis ayah makan..selera betul..kalu ikut tak boleh wooo makan tu..
*habis licin plak tu kitorang makan..
Lepas da makan-makan tu apa lagi,gerak balik ke wad la..kalau lama-lama nanti nurse duk sibuk cari plak..tapi takper,nurse yang jaga kawasan wad ayah aku tu semua baik-baik belaka..kira senang la nak berurusan.

*Selamat datang ke institit urologi/nefrologi.

Da dapat bersiar-siar ni at least dapat la menggembirakan hati ayah yang gundah gulana tuh.aku tahu mesti banyak benda yang bermain di fikiran dia....mesti dia susah hati memikirkan pasal sakit ni..Tapi aku harap ayah dapat tetap tabah menjalani rawatan dengan jadual yang rapi.

*as long as we still here by your side,you gonna be fine..we promise..

6 comments:

Ted said...

hehe.dulu penah duk seminggu..sakit, so dah familiar kat situ.tp malang sbb nurse ntah pepe

axim said...

ted--->ted sakit apa tuh..demam malaria kah?haha

bluecrystaldude said...

Semuga ayah Axim cepat sembuh :)

axim said...

blue--->hope so...thanks for da wish hazieq..

Beruang Madu aka Honey Bear said...

Azim... seharusnya bapak Azim tak leh gundah gulana .. itu akan memberatkan sakit dia lagi...

Tapi abang harap bapak Azim akan lebih sihat lagi

axim said...

abang bear-->tu la bang,memang patutnya dia kena lebih relax sket...tapi org da sakit nih macam-macam la yang dia pikirkan...sedih tengok dia sebenarnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails