Followers

Tuesday, May 13, 2008

Khabar Dari AYAH

Aku baru sahaja selesai membuat panggilan kepada ayah.Dan dari keputusan makmal mengenai ujian darahnya,ternyata kadar keracunan dalam darah adalah tinggi dan doktor mengesyorkan supaya ayah segera menjalani pembersihan darah ataupun Hemodialisis..Buah pinggang ayah nyata telah gagal berfungsi akibat terlalu banyak dos-dos ubat yang ayah ambil selama ini.

Sebagai anak,aku sangat sedih bila aku mendapat tahu berita ini.ayah tiada pilihan,melainkan menjalani hemodialisis dengan jadual yang rapi.Dan hari ini meupakan hari pertama ayah akan menjalani rawatan tersebut di Hospital Kuala Lumpur.Hati aku seakan-akan ingin terbang dan menyaksikan saat ayah harus menjalani rawatan.Kau tahu,doktor harus menebuk leher ayah untuk di masukkan tiub bagi tujuan tersebut.ohhh...aku longlai bila mendengar perkhabaran itu.

Kata doktor lagi,rawatan ini harus dibuat 3 kali seminggu..jadi aku tidak tahu berapa lama lagi ayah akan berada di sana.Cumanya yang pasti hujung minggu ini aku harus ke Kuala Lumpur untuk bertemu ayah dan keluarga.Sekurangnya aku nak ayah tahu yang anak-anak sangat mengambil berat akan kesihatan dia.

Ayah,axim doakan yang terbaik untuk ayah.Selama mana anak-anak mampu untuk tolong,kami akan sentiasa ada di sisi ayah.Mak jangan risau sangat ye,,,,yang penting mak jaga ayah dengan baik sepanjang di hospital..Insya Allah,kita akan jumpa hujung minggu ini.

*ini gambar kami sekeluarga 2 tahun lepas..sebelum mak dan ayah berlepas mengerjakan haji

*yang belah kiri tuh ayah..dan yang belah kanan tu adik ayah a.k.a my uncle(pernah nampak tak muka dia dalam TV?)

Apa-apa pun,saya akan doakan yang terbaik untuk ayah..Kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan ayah.Aku harap rawatan ini akan berjalan dengan lancar.moga di permudahkan urusan..Insya Allah.

*walau sekejam mana pun realiti kehidupan,kita harus tempuhi juga dengan tabah.Aku menjadi lebih berani.

17 comments:

nasazfrog... said...

axim hope ur bapak cepat sembuh okeh.. kite hanya mampu berdoa agar kesihatannye lekas sembuh... :)

mummysyafie said...

semoga bapak awak cepat sembuh yer

parents kiter pun ada masalah kesihatan..eps my mom..kiter sebagai anak hanya buat yang terbaik dan berdoa agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik..

~chacha~ said...

axim,sama2 kita doakan ur dad cpt sembuh ok..

axim said...

nasazfrog,mumysyafie,chacha--->mekasih atas doa anda sekelian...semoga ayah axim akan baik2 saja...insya Allah..

Malim said...

hoefully ur dad will go throught he treatement well...i think i kenal adik ur dad tu...

axim said...

malim-->insya Allah...kenal ekk adik my dad tu?siapakah beliau..haha

Beruang Madu aka Honey Bear said...

Halamak Zim... kesian abang dengar. Mudah2an Ayah Azim dapat lalui nya dengan tabah.

Kebetulan sangat abang buat entry untuk esok berkenaan dgn toksik toksik nih...

Muqreez said...

Simpan segala yang diberi
Ingat tiap yang datang itu dari hati
Moga nan terus mengilhami
Kala diri tinggal sendiri

Tabah untuk Ayah
Kerna dia pedih melihat ku susah

Ad Rifza said...

Sabarlah..Tiap yag hidup akan mengalami ujiannya..
Semoga ayah azim tabah menghadapi ujian ini..sentiasalah menjaga hatinya dengan melakukan apa yg sesuai k..Perhatian anak2 penting utknya..

Ted said...

yang, hope ur dedi cepat sembuh k?banyak berdoa dan bersabar.t g kl.kemsalam, cakap kawan kemsalam.

take care anyway

BasH said...

moga ur dad cepat sembuh n sihat sejahtera kembali..insyaallah.

Anonymous said...

hi, i'm zach.. 1st time here. how r u? sorry about ur father.. anyway, its better for him to go thru hemodialisis.. kalo tak salah i 3 kali seminggu kot, anyway he got used to it later. beside berdoa kehadrat Ilahi, maybe ur moral support gonna help him a lot to go thru this procedure.. its not painful but leceh skit la.. well all da best. always look at da positive side k.. take care. u have a good one.

cheers!! zach

ita.itu said...

semoga ayah axim cpt sembuh..doakan yg terbaik utk dia ye..amin

axim said...

beruangmadu--->abg,nanti axim baca entri pasal toksik tuh..nak jugak tahu bila ayah da jadi camni..

muqreez--->terima kasih muqreez atas kata-kata semaangat tuh..

adrifza--->betul tu ad..perhatian ank yang paling penting untuk kedua ibu-bapa kita...

axim said...

ted--->yang,tq...nanti i ckp kawan kemsalam...u take care too..

bash--->insya Allah...sama-sama kita doakan..

zach--->welcome zach...haah,memang kena wat 3 kali seminggu...masa buat dialisis tu tak sakit,tang kena tebuk leher tu yang my dad kata sakit sangat...poor him...huhu..yup,tq for ur advice..i'll try to look at da positive side...(how about ur link?)

ita.itu--->tq kak ita...sama-sama kita doakan k..amin...

Anonymous said...

I don't have a link.. actually tak banyak masa nak maintain. setakat nak visit and leave a comment tu bleh lah.. tahu-tahu ajerlah keja kat hospital macam mana kan? nyawa orang kat tangan kita.. takper, ur dad will b just fine. jaga makan minum dia k. u too buddy.. take care. u have a good one.. cheers!
-zach-

Nikli said...

turut doa agar ayah hang sembuh..
dengan izinNya, InsyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails