Followers

Thursday, May 22, 2008

Today's Activities

Minggu ini merupakan minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.ini merupakan aktiviti tahunan bagi stesen tempat aku bekerja.Macam-macam aktiviti yang diadakan terutamanya ceramah kesihatan,pemeriksaan kesihatan,derma darah,dan berbagai-bagai pertandingan melibatkan keselamatan/kesihatan.

Aku tak melepaskan peluang ni untuk membuat pemeriksaan kesihatan..percuma nih..kalau kat luar mau kena bayor.Aku cek kolesterol ok,cek gula pun ok(4.7 mmol/L),Dan blood pressure pun ok(110/70)..Tapi doktor ada nasihat kat aku supaya kawal pemakanan,sebab aku bagitau penyakit dalam keluarga..kadang-kadang penyakit pun boleh di sebabkan keturunan.


Ni pulak pemeriksaan kesihatan untuk derma darah,means to say that kena check betul-betul sama ada layak menderma darah atau tidak.Macam-macam soalan diorang tanya,dan alhamdulillah aku layak untuk menderma..jadi aku pun menunggu la giliran untuk menderma.

*Rakan kerja yang menderma darah a.k.a Organizer untuk minggu EHS ni.

*nurse duk cari urat tangan aku kat mana nak cucuk tiub untuk alirkan darah.
*dapat hamper tuh sapa yang derma darah..nak amik hamper sebenarnya aku derma darah ni..haha


*hambik ko satu beg darah aku diorang ambik..darah aku jenis O-penderma universal.


Hamper yang dapat ni boleh la wat bekalan seminggu dua kat umah aku tuh..takyah dah nak beli bahan-bahan minuman..hmmm petang ni ada ceramah dari jabatan alam sekitar pula.

*i'm not gonna give any review about game pagi tadi-final of champion league.Enough to know that Manchester United FC just win on luck by penalty.

19 comments:

Ted said...

eeeeeeeeeee...derma darah dapat hamper?hamper atau duitpun takkan derma punya.penakut!

axim said...

ted--->takyah la derma darh ted..nanti tak cukup plak darah dalam badan tu...muhahaha...

rudy bluehikari said...

kolstrol jahat tidka boleh lebih berapa?

arsaili said...

salam..org derma darah ni cepat obes..ahaks..tu kata org..

axim said...

rudy--->erkkk tak sure la rudy....nanti try cek balik k..

arsaili--->oh ye ker...ada jugak dengar org cakap camtuh..tapi doktor kata tu mitos jer..kalau obes takmoh la derma lagi len kali..haha

BasH said...

uikk...asal entry ko lebih kurang sama ngn aku...wahahah pasal derma darah...bagus2..amalan yang mulia..

Wiween @ Awin said...

menderma drh amalan mulia.kekeke tp kak ween penakot nak derma darah.diriku takot jarum la dik! kekekek

fusarium solani said...

hah! derma darah! tak lepas masa kempen derma darah di ibu pejabat sebab kurus sangat!

bluecrystaldude said...

Aku tak penah derma. Macam2 berlaku supaya aku tak derma.. Boleh k sekali aku pegi sane, diorang cakap pack blood tu abes.. ish2.. pelik tul

fahmi said...

aku tak pernah derma darah.entah..mungkin belum sampai seru kot

nasazfrog... said...

wah derma darah yer sambil tuh dapat hamper lagi,, dulu nak gak derma darah tapi ader org ckp klu derma darah nanti badan kite naik,,, ish yer ker,,,, :)

redSeptember said...

hmm... macam ni, red pun nak derma darah!!

best tu, dapat hamper.

it is good to know that you are doing this to help others.

watch out for your blood pressure tho.

be healthy ;)

ita.itu said...

aku derma dara je la..kah.kah.kah

Nikli said...

hamper tuh ade kat dapur ekk..
kalau tak silap tadik ade nampak..
:D

aku mo milo tuh..

axim said...

Bash--->kebetulan la tuh bash...menderma darah boleh membantu mereka yang memerlukan...amalan mulia nih..Insya Allah kalau ikhlas..

wiween--->kalo takut jarum memang tak leh menderma darah la kak..

solani--->sila makan banyak-banyak yek supaya next time leh derma darh..

axim said...

blue--->lum sampai seru lagi kot haziq..nanti try lagi k...chaiyo chaiyo'...

fahmi--->cubalah,anda pasti akan berasa lega dan ingin mencuba lagi di lain kali..

nasazfrog-->tu mitos la kak,saya da tanya doktor...tapi len org len la kepercayaannya...kesimpulan:derma darah amalan mulia..kehkehkeh

axim said...

red september--->derma,jangan tak derma red...nanti jaga kesihatan jugak k...

ita.itu-->wahhh koo...untung laki ko ekkk...tanak derma darah pi derma dara jek yek...haha

nikli-->yup,hamper ada kat dapur..kalo mo sila datang tuntut di alamat semalam k...silakan...silakan...

Beruang Madu aka Honey Bear said...

Abang pun suka derma darah cuma abang takkan tengok jarum tu dan takkan tengok darah tu keluar... kalau diorang terlebih amik pun abang tak tahu...

axim said...

abg bear--->kalo camtu nanti nurse yang amik darah abang tuh patut amik 2 atau 3 beg la,bukan abang sedar kan,haha..abng darah jenis apa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails