Followers

Tuesday, May 13, 2008

Noktah Akhir

I

Dia muncul dalam bayangan kelam.
Aku menyapa cuba menzahirkan kemesraan.
Namun hampa,hanya tinggal anganan.
Dia tiada membalas..sepi tanpa jawapan.

II

Kali ini dia muncul lagi,membawa kuntum senyuman.
Aku bungkam,sempat menyeringai tawar.
Dan dia merenung tajam,buat aku kealpaan.
Nyatanya,Bukankah engkau telah pudar?

III

Aku masih di sini
Aku takkan pernah Pudar
Aku tak bisa padamkan dirimu dari ingatan
Dan aku takkan sesekali bebaskan dirimu dari igauan.

IV

Kalau betul kau masih ada,
mana buktinya?
Kalau benar kau takkan pudar,
mana jejaknya?
Selalu aku kau tinggalkan
tanpa sebarang pesan.

V

Ku pohon untuk tetap tinggal.
Di derah sepi itu,
Sampai bila-bila.
Hingga hujung nyawa.



*Bersaksilah kalau kau mahu kenali siapa aku.Aku takkan lari bersembunyi.

2 comments:

ita.itu said...

i miss u 2..kah.kah.kah

johnny fren said...

hmm.. azim,.. azim...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails