Followers

Tuesday, June 7, 2011

NUR ADRIANA NATASHA VS NASI KANDAR BERATUR

Salam hari selasa..

Hari ni audit bersambung kembali.minggu ni satu minggu ada audit.biasalah kompeni aku,audit ni dah ibarat asam garam dah.boleh kata tiap tiap bulan duk audit tak sesudah.untuk kebaikan syarikat,kata mereka.layan kan ajer lah..kali ni nak story cerita petang dan malam tadi.


Petang semalam setelah selesai audit di hari pertama aku plan nak ke Kampung Dodol.nak singgah rumah mak mertua famoque.my fren masa zaman Uni dulu..kebetulan diorang balik sini sebab Naz baru bersalin.dapat baby girl.aku singgah Tesco dulu beli hadiah untuk bebigel tu.beli Nursing pillow jer sebab tak tahu dah nak beli apa.


Ingatkan pakai google maps dah tak sesat..sekali boleh sesat jugak.terus kol famoque tanya direction last last jumpa.senang jer sebenarnya.lepas ni kalau aku nak datang dah tahu lah..sampai rumah tengok baby yang kecil itu..sambil sembang di jamunya dengan buah anggur dan kuih muih..rancak bersembang sampai maghrib.


Imbas kembali tahun 2008.

Ni gambar tahun 2008 masa diorang bertunang..Famoque ni member zaman Uitm dulu,satu course.Wife dia,Naz satu fakulti tapi course lain.kalau dah jodoh tak kemana..2009 diorang kahwin dan Alhamdulillah sekarang tahun 2011 telah dikurniakan cahaya mata pertama..anak perempuan.Tahniah kepada kalian berdua!!


PUTERI LAILAL AMANI ADRIANA NATASHA CEMPAKA SARI nama diberi.panjang giler kan nama..voguee sangat!!

ok fine.aku melawak jer..jangan marah moque..haha..nama penuh baby ni ialah Nur Adriana Natasha binti Mohd Khairul Fahmi.Lahir pada 31 Mei 2011 yang lalu..Tahniah my fren!!kau dah jadi ayah sekarang.semoga menjadi ayah yang mithali..tanggungjawab pun makin bertambah la lepas ni.


ni lah kerja aku.duk ke hulu ke hilir lawat baby kawan kawan jer.baby sendiri nan hado.nak buat camana jodoh belum tiba..doakan lah aku yer kawan kawan semoga dipermudahkan Jodoh..baik benor adriana ni tidor ambik gambar aku duk cuit cuit pun tak sedar apa dah..tidorrrr..dari rumah diorang aku beransur pulang dulu, sebab berjanji nak jumpa balik malam nanti pukul 10pm.


Masa aku tengah sembang ngan Famoque kat rumah mertua dia,Hakim(member uitm jugak) duk bermesej tanya aku Nasi Kandar beratur kat mana.sebab dia nak menyinggah.kebetulan dia pun balik ke Penang rumah Wife dia.Hakim pun baru jer dapat anak lelaki,tak lawat lagi anak dia.tercabar siott tengok kengkawan semua dah beranak pinak..so alang alang diorang ada ni ajak jer lah terus mai makan NKB..


AKU DAN FAMOQUE


FAMOQUE DAN HAKIM UZIR


Suasana beratur macam biasa lah tak perlu aku nak eksplen lagi..ni kunjungan aku yang dah berapa kali dah entah..21 hari yang lalu aku dah singgah.tak sampai sebulan dah datang balik.suka benor makan NKB ni.haha..beratur memang lama.aku dah mengantuk beb tapi sebab ada member yang jarang boleh jumpa aku gagahi jua.sembang punya lah rancak sampai tak terasa sangat lambat giliran sampai..


mesti dah kaya raya diorang ni berniaga kan.


Nasi Kandar Beratur dalam genggaman!!Kari ayam,Telur sotong bendi dan Timun..memang aku sengaja tak makan malam lagi sebab tunggu nak makan NKB ni ngan diorang..first time trial buat hakim dan Famoque,hope they gonna like it.


Sambil makan sambil bersembang.memang banyak benda lah bersembang terutama pasal hal kerja dan paling best bila mengimbau balik kenangan zaman Universiti dulu..masa zaman duk kat Kolej Perindu,zaman duk kat Kolej Jati sampai lah zaman duk kat Rumah Sewa seksyen 4 Shah Alam..tapi bila diorang sembang pasal perihal baby terus aku tak berapa nak bersuara sebab takder pengalaman.ho ho ho.poor azimashaary..


Mengenangkan hari esok nak kerja lagi terpaksa lah cut perbualan di tengah jalan.kalau nak ikut bersembang mau sampai ke pagi pun tak habis habis lagi topik..i wish sam pun ada sama mesti lagi gamat suasana..dalam pukul 1 am kami beransur..hantar Famoque ke rumah mertua dia dulu then hakim antar aku ke rumah..Thanks fren for ur time! ada masa nanti aku nak lawat anak hakim pula.kunjung mengunjung amalan mulia..Aku rasa Bukan Jun ni ialah bulan aku berjumpa ngan kawan kawan lama kot..nice to meet all of them though!!

*ok bai.kembali busy ngan banyak hal nak kena setelkan.Until my finger meet the keyboard again.

9 comments:

su su said...

INSYAALLAH axim...jodoh dah ditetapkan,,masa je tak sampai lg...
moga dipertemukan dgn soulmate yg solehah..amin

@xiM said...

SU SU,

insya Allah..semoga saya beroleh Jodoh nanti..ameen.

angah sam said...

insyaallahhhh..tk lame dh tu.aku dh nmpk byg2 nasi minyak dahh ni.hehe.im sooo excited u know!! :)

@xiM said...

ANGAH SAM,

haip..bukan main excited noo.angah,lupa nak bagitau yang plan asal hujung minggu ni tak jadi..sebab family aku just nak kenal kenal dulu..then baru fixed tarikh lain..pi kenduri doa selamat jer lah ok.heheeee

@xiM said...

ANGAH SAM,

haip..bukan main excited noo.angah,lupa nak bagitau yang plan asal hujung minggu ni tak jadi..sebab family aku just nak kenal kenal dulu..then baru fixed tarikh lain..pi kenduri doa selamat jer lah ok.heheeee

eLLy said...

Rezeki anak + Rezeki Makan.. insyallah tak lama lagi rezeki kawen la pulak :)

@xiM said...

KAK ELLY,

insya Allah kak.doa doakan lah..

sepul said...

kawan hang famok tu mengalami tumbesaran yang agak ketara di situ. okbai

@xiM said...

SEPUL,

ok nanti aku report kat dia.okbai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails