Followers

Friday, August 1, 2008

MumiA Yang Sadis

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca budiman yang tidak jemu-jemu memberikan sedikit sokongan dan galakan terhadap isu yang saya sedang alami sekarang..terima kasih-kalian semua amat saya sayangi dan hargai.

Pasti ada hikmah bagi setiap yang berlaku kan??Tuhan tak pernah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia..Saya akan ambil dan terima perkara ini dengan positif..sekurangnya saya perlu redha dengan ketentuan-Nya..Sebab saya tak mahu jadi hamba yang tak bersyukur..Kelak nanti saya akan kufur dengan nikmat dari-Nya.

Oh ya...tadi saya berkesempatan untuk menonton wayang..Cerita The Mummy Tomb Of The Dragon Emperor.(Kononnya saya memerlukan sesuatu untuk menggembirakan hati yang sedang ralat..haha).Kebetulan cerita ini baru sahaja di siarkan di seluruh negara pada 31 Julai jadi saya turut serta untuk tidak melepaskan peluang menontonnya.



Hmmmm saya sedikit buntu untuk bercerita mengenai filem ini sebenarnya.Keseluruhannya filem ini SANGAT BIASA dan tipikal,sama seperti filem the mummy yang sebelumnya..tiada elemen kejutan dan tiada pembaharuan cuma idea sahaja yang berbeza..Ini pendapat peribadi saya..anda berhak memberikan pendapat sendiri bukan??ini kan negara Demokrasi.

Jika anda teringin untuk melihat penampilan semula Brendan Fraser-dan penampilan istimewa Dato'Michelle Yeoh dan aksi Jet Li-maka filem ini untuk anda...Tiada yang menarik sangat tentang mutu lakonan mereka-kecuali aksi yang banyak di bangunkan dengan grafik komputer.Hal hal lain-tetap sama tetapi masih mampu untuk mengangkat mutu filem ini.

Terlanjur bercakap pasal filem the mummy,saya punyai satu pepatah yang baik untuk mengaitkan seluruh idea bagi buah tangan terbaru Rob Cohen ini-

''Tangan yang menghayun buaian bakal menggegarkan seluruh isi dunia''

anda biasa dengar??satu pepatah lama yang bicara tentang kuasa wanita dan pengaruhnya terhadap alam semesta.

Tidak faham apa yang saya maksudkan??

Maka saya syorkan anda ke pawagam berdekatan supaya dapat memahami kaitan pepatah dan filem ini secara total.

Selamat Menonton ya!!!

*saya hanya mampu memberi 3 dari 5 bintang..itu pun kerana filem ini sedikit sebanyak membantu menceriakan malam saya yang bosan ini....mmmm alamak,jam sudah hampir menunjukkan jam 2 pagi..saya berundur dulu ya...selamat malam kepada semua!!Zzzzzzzzzzzzz

21 comments:

Ziana said...

pa...
namoo komen tang mumia..
biar lah mumia yg sadis itew..

psl isu tuh..
take it as positive ek?
ade hikmah sebaliknye..
mane tau tetibe *tingggg* ade magic... hahahaha.. berangan x sudah..(saje nk hepikan diri sendri..) :P

redha jek laa kan?
kami sume dah leh accept.. memula mmg mcm blur2 sumenye.. topic nih non stop dibual kan... tp now dah ok dah.. dah leh terima dgn hati yg tenang.. :)

insyaAllah ade sumthin yg lebih baik dr nih.. who knows..
kan? Allah Maha Adil.. AMIN...
:)

Tokyo BLUE said...

ala.. be happy ek.. sabo je..
dah tgk mummy? mlm ni baru nk tgk.. muahaha

Tokyo BLUE said...
This comment has been removed by the author.
mummysyafie said...

takde geng nak tengok mummy arr..kekawan tak suker nengok citer camni..sob..sob

tabah erkk..ada hikmah di sebaliknya. setiap pengorbanan pasti ada balasanya!

Princess Redbloodsnow said...

alaaa...klo citer x menariks...x nak aku aku pi nengok. wat bazirkan RM10 jek..hahaha

ko habaq sat aku aku aaa..
ape yg menyebabkan ko pilih pepatah tuh..keskeskes

:P

izal said...

tangan yg mengusap sambil meraba juga bisa menggocangkan dada yg merasa...

cube ko try kat anies kalau tak caya...

kahkahkah...

solat jumaat katner arini?

Beruang Madu said...

Memang... abang setuju pendapat Axim... tapi komen abang tak nak lah terlalu melampau seperti masa mengkritik hellboy... filem fantasi yg memakai fakta semasa penemuan tentera terracota

Pun begitu ada juga bahagian yg susah nak terima seperti ketika bangkitnya hamba dari tembok besar, kenapa Datuk Michelle Yeoh baca mentera dalam bahasa Inggeris... leh faham ker? Bukan ker patut dalam bahasa Cina...

nazzman ibrahim said...

ni yang buat aku semangat nak tengok nihhhh huhuhu

pearlEJ said...

ermmmm... akak tak minat arr citer2 mcm gini....

Honeylemon said...

slmt berhujung minggu....

Sastri said...

tak best sangat ek? beli dvd je la nanti... :D

axim said...

Ziana,

mmmm be happy jer lah walaupun hati tak hepi sebenarnya...huhu..

Insya Allah there will be next time..tapi takan pernah sama ngan yang nih....

nak wat camana...dah takdir..:(

==============================

Tokyo Blue,

sila lah tengok okeh...cerita ni ok lah...tapi tak la impressive sebab masih mengekalkan typicality the mummy yang dulu..

ENJOY THE MOVIE FIEXQ!!

axim said...

Kak Nor,

lorr kalau takder kekngkawan yang minat tengok jer sorang sorang akak...TQ atas nasihat..

================================

Zie,

since ko tanak tengok muvee ni dan nak taw naper aku kaitkan pepatah tu ngan filem ni,meh aku kasi spoil sket ini muvee...

actually sebab nya mudah-cerita ni tergarap hasil dari dendam dan cinta akibat seorang wanita masa zaman emperor dulu...General yang setia pada Raja jatuh cinta ngan ahli sihir wanita jelita-yang mana ahli sihir wanita itu mesti jadi milik emperor...


hahahha aku sure ko tak [aham kan...kahkahkah..so baik ko pi tengok sendirik okeh....

:D

axim said...

Izal,

hantu ko izal(pinjam ayat ITA sattt nooo)..

tadi pi smayang jomaat kat masjid jamek sungai gelugoq laa...

==============================

Abang Bear,

yesss...tok bear bersetuju ngan pandangan papa yek..ok lah tu...baru leh jadik family..hahhaa..

tu lah pasal..baca mantera in english lagik....patutnya kan dia mesti baca jampi mentera tuh dalam bahasa sanskrit kan...takper,just forget about logical because after all this still a fiction movie..

:D

axim said...

nAZZ,

pi la tengok nanti...fun la jugak walaupun tak se gah seperti yang di harapkan..

=================================

Kak EJ,

lorrr ye ker....kerugian yang amat tuh..!!

axim said...

HoneyLemon,

happy weekend to you too!!!

=============================

Sastri,

bukan tak best,ok lah kalau nak pi tengok aksi kat panggung..cuma nyer sebab sudah banyak kali kita di sogokkan dengan jalan cerita sebegini...tu ajer..

Faisal Admar said...

aku nak gi tengok next week.
td bar je balik dr tengok x-file... huhu

axim said...

Faisal,

X-File best tak???

love-n-hate said...

hmm... :) next week rabu baru gi tgk!!!... movie day!!!

eedany said...

dah tonton... yup 3/5.

:)

axim said...

Love-n-Hate,

enjoy da movie!!

===============================

Eedany,

setuju!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails