Followers

Sunday, January 20, 2008

Seindah Mimpi

'Sayang,cuba lihat burung-burung yangberterbangan itu,mereka bebas berterbangan tanpa ada sekatan dan halangan,bahagia bukan..?'ku terpanggil untuk berbicara setelah melihat camar-camar yang bertebaran di langit itu.

'Ya...memang bahagia..dan saya kira kita pun sebahagia itu kerna kita bebas ke mana sahaja,dan paling membahagiakan kerna kamu sentiasa ada dengan saya..'balas sayang sambil merenung jauh.

'Hmmm....sekarang saya tahu kenapa saya sayang sangat sama kamu..'kata ku sambil tersenyum.

'Saya pun begitu juga..tak mungkin akan bertukar ganti rasa ini..jangan khuatir yaa..',dia memandang saya dengan pandangan yang penuh pengharapan.

Dan saya kira kata katanya itu sangat melegakan saya.kemudian kami berjalan-jalan di sekitar tasik sambil menikmati lukisan alam, dan panorama petang yang indah menjadi saksi betapa bahagia nya kami sebagai sepasang kekasih.

Entah bagaimana dengan tiba-tiba sayang berubah..dia berubah seperti orang yang tidak lagi saya kenali.Segala galanya berubah,dan saya menjadi kelu untuk berkata-kata tika dan saat itu.namun sebelum saya sempat meluahkan bicara,sayang melarikan diri..dan saya cuba mengejar sayang dengan sehabis daya.saya kejar dan terus mengejar,tanpa disedari saya sudah berada di sebuah tempat yang gelap dan kelam,sepekat hitam malam tanpa sebarang cahaya.

Sebelum sempat saya mencari cahaya dalam kegelapan itu,saya tersentak...terjaga dari lena yang panjang.

Dan dia sudah kembali ada di situ.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails