Followers

Monday, May 16, 2011

AKU,DIA DAN NASI KANDAR BERATUR

Pagi isnin ni saya bersemangat. Macam ada kuasa apa ntah buat saya rasa nak bekerja dengan lebih gigih.tapi ada beberapa insiden yang buatkan saya tak seronok kembali.well,that's life..sometimes kita happy sometimes kita gembira..Allah bisa bolak balikkan hati kita dalam sekelip mata.Ok tanak merapu pasal kerja,actually nak story pasal malam tadi.
.

Encik Sepul dan Nita hamdan dari Kuala Lumpur nak balik kampung..Then singgah di Penang dulu sebab mereka membawa hajat yang besar..sebesar perut encik sepul.hehe.lawak jaa.jangan marah naa.Depa mai sini singgah rumah aku dulu untuk refresh..mandi solat tukaq pampers umar bancuh susu Umar dan sebagainya..Bulat sungguh mata si Uma Shadiq segaraga nih!!
.

Umar baru bangun tidur..so tak meragam..baik dia ngan ankel ajim
.

Tengok Budak kecik yang takder Dosa ni rasa tenang..Kita yang dah besaq ragam macam ni duk buat banyak dosa dah..kena maintak ampun ngan Tuhan banyak banyak..dulu aku selalu kata nak jadi macam baby,,tak nak besar besar..tapi sekarang aku nak jadi besar.sebab aku nak ada my own baby.kena kawen dulu lah..heheee..First Time Umar datang Rumah ankel ajim yek..
.

Uicehhh..macam ambik gambaq time raya tuh..
.

Dan ini lah sebab sebenarnya yang membawa Encik Sepul sekeluarga datang ke Penang-semata mata nak pi makan NASI KANDAR BERATUR yang duk ada sebelah masjid kapitan Keling tuh!!!tediaaaaaa sanggup hang nooo..dah alang alang nak balik Utara so menyinggah la dulu kan..aku turut terlibat dalam komplot NKB kali ini.Gigih!

Tapi amekawww!!Orang ramai nak mampushhhh..tiga kali yang aku ada datang sebelum ni tak pernah beratuq panjang macam ni..mata dah ngantuk sebenarnya tapi dah alang alang sampai beratuq jer lah..alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan uol!kami syak sebab ramai ambik Cuti hari ni sambung ngan hari Wesak skali tu yang lain macam orang beratuq..ramainyerrrrrr..
.

Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga
Kalau malas beratur panjang ,Kari mamak NKB jangan dipuja..

.

yer betul tu.Lokasinya betul betul sebelah masjid kapitan Keling
.

Setelah beratur selama satu jam 7 minit 46 saat,akhirnya giliran kami tiba.aku yang mulanya bercadang nak makan nasik separuh terus mintak nasik macam biasa sebab rasa tak berbaloi beratur panjang panjang pastu makan sikit.what the what kan.Diet tu tolak tepi kejap okeh.tapi kecewa sikit sebab ayam masak merah dan ayam masak gulai dah abes.tinggal ayam goreng jer.Belasah ajolah apa yang ada.
.

Nasi Kandar Beratur lauk ayam + Hati ayam + bendi timun = RM7.70
.

Nasi Kandar beratur Ayam Goreng + Teluq Rebuih + Bendi = RM6.80
.

umar dah tidor lah lambat sangat beratur..
.

Wah sungguh romantik sekali pasangan ini.ambik gambar bersama tag price okeh.kau ado?nan ado rasanya.Harga nasik Nita RM6.40.Apa lagi abam pul..dah lama mengidam tu jom kita serang!!selamat menjamu selera!selamat pengantin baru!
.

Baby sitter Umar tak rasmi..:)Lets eat korang!!
.

Kemudian tanpa sebab sebab yang kukuh licin sekelip mata makanan atas meja tu.Korang jangan tak tahu ada orang siap tambah nasik lagi okeh.Siapakah orang itu..biar lah rahsia.Yang penting encik sepul dah kenyang setelah melampiaskan nafsu..berbaloi tak datang malam ni?hehee..i guess it does worth it.Thanks for the late dinner ya encik sepul dan Nita!!
.

After dah siap makan encik sepul dan Nita nak balik Alor Pongsu terus..bestnya diorang cuti seminggu..takperrr hari selasa ni pun Cuti wesak Day kan.begitulah adanya kisah aku,dia dan NKB..lain kali korang tapau lah pulak kuah kari neh.lagi lama lagi sedap kot..mesti banyak kas kas depa pakai sampai orang KL pun boleh duk teringat ingat..anyway,kalau ada umur kita jumpa lagi ya!!

Adios!amigos!!Beramboss!!
.
*Selamat HARI GURU kepada semua guru saya..Guru sekolah rendah,sekolah menengah,Matrikulasi,Uitm Shah Alam,Universiti Malaysia Sabah(walaupun sekejap),dan juga kepada semua yang pernah jadi 'guru' saya dalam mengajarkan erti Hidup.Tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa saya yang juga bekas Guru.Semoga Tuhan akan terus melindungi kalian di bawah payung RahmatNya.Ameen.

18 comments:

geraugebang said...

eheemmmheemm..dah banyak kali akak tengok ko megang budak...ko bila lagi...takkan nak beratur lama cam nasi kandaq jugaaa...

mummysyafie said...

berapa lama nak tunggu turn beratur tu jim? q nya panjang benor..sib baik Umar tido..

InaAchik said...

saya hari tu gi penang pon jenuh beratur... seb baik sedap. tp xtaula... sedap @ lapar wak beratur! hehehee

@xiM said...

KAK GERAU,

EHEM EHEM..sabaq la yek kak gerau..ada jodoh nanti Insya Allah..:)

@xiM said...

KAK NOR,

ni saya tunggu sejam lebeh..tapi sebab dah teringin kan.gagah kan diri je lah beratur.bahahahaa..

@xiM said...

INAZCHIK,

sedap kot.sebab bagi saya ni lah nasi kandar paling sedap..:)

rasp said...

uishhhh mmg lama tui kena beratuq...
nak buat camna...
kalo dah tingin paksarela gak la beratuq...
sib baik umar dah nyenyak dibuai mimpi...
kalo dak kesian gak laaa kat dia...

Zai Zamree said...

waaa...x penah makan lagi nasi beratuq...nama ja org Penang...adehhhh

Mie said...

Saya tak nampak pun DIA dlm entry tu.. bakal ke? hehe

fendifid said...

tu dia...sejam lebih beratuq...tapi berbaloi kalau food sedap mantap.

Besarnya mata budak cute tu.

@xiM said...

RASP,

tu lah..nasib baik budak kecik tu dah tidor..kalau tak meragam lah dia lama sangat beratuq..

@xiM said...

CIK ZAI,

anda adalah orang Penang ke lapan yang bagitau kat saya yang dia tak pernah makan nasi kandaq ni.hehee

@xiM said...

MIE,

itu biarlah rahsia.haha

@xiM said...

FENDIFID,

tu lah pasal..nasib baik sedap.berbaloi lah tunggu..:)

Zie Madini said...

adoiiii ..melior lah aku tgk. kau ni, xim...

kindergartenlibrary said...

cantik2 lah gambar !! nyum2 !!

@xiM said...

ZIE,

haa baru ko tau..aritu duk buat aku meliorr ngan nasik ayam..sekarang rasakan..hehe

@xiM said...

NELLY,

buh gambaq cantik kasi orang terliur..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails