Followers

Wednesday, May 11, 2011

TRIP PORT DICKSON PART 1 : SWIMMING & BBQ

Ok jom kita layan Trip ke Port Dickson Hujung minggu lalu.

7 MEI 2011


Pagi sabtu yang cerah..aku bangun tidur dengan bersemangat..sempat lah pergi jogging kat Seberang Jaya kejap..Then balik rumah pagi tu packing dan siap siap untuk ke Port Dickson..Trip ni Kak Leez and the gang yang anjurkan..diorang did invite me so aku on jer.nak naik bas macam susah so aku Drive sensorang dari Penang.Bertolak jam 12pm.
.

Alhamdulillah cuaca sangat baik..aku bawak slow jer main 90-100km/jam..entah.tak rasa nak bawak laju..Ok lah.tak lah berderet saman sampai nanti.Berhenti sekali jer di RNR Tapah untuk solat dan luch..Then terus menerus ke Port Dickson..
.

Sampai di Port Dickson jam 6 pm..sesat jugak sekejap sebelum jumpa Sri Pena Resort,Tempat latihan kompeni Kak Leez..masa ni semua orang dah sampai.aku orang last skal.maklum lah orang jauh.Tu pun puas tanya direction.hehe.sorry lah yek aku bab bab jalan ni memang lah hampeh..Then bila masuk resort ni terus nampak Swimming Poolnya.
.

Apartmennya quite ok dan nice..ada dua bilik.
.

Masa sampai semua orang duk tengah berenang..Nikli dan wife dia tak terjun,depa sampai awal sikit dari aku..tanpa melengahkan masa aku masuk Bilik terus salin baju nak swimming sama-sama.Penat lain kira.Rugi lah mai jauh jauh tetiba nak rest rest jer dalam bilik.so apa lagi,terjunlah bersama kamera Olympus Waterproof..Boleh ambik gambar dalam air..:)
.

Aksi-aksi di dalam air..
.

Kedalaman swimming pool nya 5 feet..
.

Pinjam anak orang sat nak bergambar..
.
Lepas dah siap swimming terus ke Tepi Pantai Teluk Kemang..nak menyaksikan keindahan Matahari terbenam..Subhanallah.Cantik sungguh ciptaan Tuhan.Matahari elok masa ni sebab awan tak tebal.Pemandangan petang yang sungguh indah..
.

i always love to watch Sunset..
.

Yang aku nampak ada kat tepi pantai ni Nutrman,Nikli dan Wife dia..yang lain lain duk kat Bilik sibuk ngan preparation untuk Majlis BBQ malam nanti..Ramai juga manusia di Pantai Teluk Kemang ni..Biasalah.Hujung minggu.
.

even the day must give way to the night
.

Panorama Petang
.

Acara seterusnya malam tu kami nak buat BBQ..kaum lelaki yang ganteng ini duk pulun lah membuat arang dan menyalakan api..angin tak bertiup pun..Cuaca sangat panas..tapi dengan kuasa kipas mengkuang serta starter yang mantap api berjaya di hidupkan..Maksu dan Song terer buat hidupkan api.
.
Macam macam makanan ada..ada Ayam,ada Kambing,ada Potato Salad,ada mashed potato,ada coleslaw,ada Jagung untuk di bakar,ada Hotdog aka sosej,ada buah buahan dan ada macam macam snek..Tinggal pilih jer korang nak makan apa..Diorang lah pakat pakat beli..dan perapan ayam kambing tu kak leez yang buat.
.

Proses bakar membakar sampai jadi arang.hehee
.

Oh ya lupa nak bagitau Malam ni kitorang juga ada tema..MERAH ialah tema pada malam ini.Takder kena mengena dengan Manchester United okeh..Merah itu Garang..nampak sangat meriah bila semua orang duk pakai kaler merah macam ni.likess!!
.

Ayam,Kambing dan Sosej siap di bakar..
.

Free style jer makan.free and easy..makan lah macam mana pun janji korang kenyang..bila dah siap bakar rasa macam banyak giler pulak makanan yang duk ada..takper.esok masih ada.Buzu siap bawak Oven lagi okeh.Kelas!!let's makan dan makan!Ayam tu aku suka.Perapannya sedap.
.

Antara watak watak yang hadir..
.

Ini ialah barisan Pria dan Cowok cowoknya..
.

Walaupun cuaca agak panas dan berkuwap di bawah bumbung itu tapi aku yakin kami semua masih lagi mengalami a great moment masa BBQ ni di jalankan..memang best makan makan sembang sembang tanpa perlu berfikir pasal masalah kerja..Santai sungguh..dan aku juga ambil peluang untuk kenal dengan lebih dekat lagi kawan kawan yang tak biasa melepak bersama..Semua ok..seronok lepak ngan diorang ni..ambik gambar ramai-ramai itu wajib..Dan selepas semua dah kekenyangan acara lain pula menanti di dalam apartmen..(maaf lah yer entri aku kali ni agak skema nak mati.)
.
*To be Continued..

8 comments:

sepul said...

wow....woww.. taktaw nak komen lagu mana. sirius taktaw. satgi bila aku ada idea aku mai komen lain. tungguuuuuuuuu

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

shudehhhhhhh..

Buzu Ediany said...

Entri agak skema ka??...of cos la kta attend KURSUS PENINGKATAN SAHSIAH DIRI KE ARAH MODAL INSAN CEMERLANG...kelasss la u olss...

Leez M. Saaid said...

dik.....ahkak bukan kerja kat company ni yea...hehehe. Tumpang company my bro ajer.
Anyway.....memang best kursus kita kali ini.....warna merah memang mantopp!!!!
Cadangan hadiah acara akn dtg :
1) baju paling vogue
2) peserta kursus paling kelakar
3) peserta kursus paling skema
4) peserta kursus paling control cun/encem
5) peserta paling lorat
6) peserta paling pemalas (ngeh3)

mummysyafie said...

semua pakai pakai kaler merah..sporting nye.

@xiM said...

KAK LEEZ,

maaf yer atas kesilapan Info tersebut..silap lah.buat buat pandai pulak saya ni..
:p

ok saya amat bersetuju lah dengan cadabngan kak leez tu.Kira jadi lah..:)

@xiM said...

KAK NOR,

memang meriah dan merah kan..mantop!!

@xiM said...

BUZU,

hahaha..lawak lahhh...sepul lah tu duk gatal edit macam tu..nice to meet you Buzu!!akhirnya kita berjumpa mata jugak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails