Followers

Sunday, January 1, 2012

IMBASAN 2011 AXIMUD


Selamat datang 2012.Semoga kamu akan layan saya dengan baik tahun ini.

2011 yang baru saja berlalu tersimpan seribu pengertian, sarat dengan kisah suka dan duka.Adat kehidupan pasti akan ada pasang surutnya.Pada saya apa jua yang berlaku semua ada sebab dan hikmah tersendiri..Tak perlu runsing dan risau akan perkara lalu kerana yang dah terjadi telah terjadi. Atas nama manusia kita takkan pernah mampu untuk berundur ke masa lalu walau segigih mana kita mencuba. Yakin lah perbuatan Allah itu yang paling baik buat kita, dan berusahalah di masa akan datang dan jadikan kisah lalu sebagai pengajaran.

Antara sorotan menarik untuk tahun 2011 yang ingin saya imbas kembali :

JANUARI 2011

-Permulaan tahun yang agak goyah kerana waktu ini aku bersendirian di kamar tempat kerja kerana boss aku telah ditukarkan ke Pasir Gudang.Banyak perkara aku belajar sendiri dan itulah guru terbaik yang pernah aku ada : Pengalaman sendiri.
-19 Januari 2011 : Selamat Ulangtahun kelahiran Adik da,adik perempuan bongsu ku yang ke 25..Dah ada anak satu dah adik aku..sambut besday dia di Hospital Kuala Lumpur masa tengah lawat ayah.Selamat hari lahir adik ku!!semoga kamu sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
-Awal tahun ayah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk Rawatan susulan berkaitan sakit buah pinggang nya.setiap minggu aku turun KL untuk melawat ayah.Ahli keluarga lain pun turut serta.Alhamdulillah.
-Banyak kena attend meeting di sana sini..since aku kena ganti tempat boss aku maka setiap minggu ada jer outstation ke KL,ke Pasir Gudang,ke Manjung dan ke Port Dickson.Masyuk lah jugak dapat claim.hehe..sebab outstation juga aku dapat bawak ahli keluarga aku bercuti ke Rumah Peranginan kompeni di Port Dickson.
-Permulaan tahun 2011 : aku kehilangan seorang rakan baik kerana ada campur tangan pihak ketiga.aku redha.Allah buat semuanya pasti bersebab.and now we are stranger than we can ever thought of.Strangers again..sedih juga.Tapi both of us just stop trying.End of story.Terima kasih kawan atas semua kenangan.

FEBRUARI 2011

-Highlight yang paling penting di bulan februari ni ialah one of my Bestfriend menamatkan zaman bujangnya.Nikli Nodin,Tahniah atas perkahwinan mu di hari Chinese New Year punya cuti..4 Februari 2011 selamat di ijab kabulkan dengan gadis pilihan dari kampung sebelah.Semoga berbahagia ke anak cucu..Ameen.
-yang penting aku jadi pengapit diorang kawen.hehe.Thanks jemput aku jadi your best man!
-errrrr..tak banyak sangat highlight di bulan februari.21 Februari 2011 aku ada outstation ke Pasir Gudang lagi..asyik ke Pasir Gudang jer awal awal tahun ni.Kedai makan Rahmat terbaik!!Yang paling best bila outstation ke Pasir Gudang mesti aku akan masuk Singapore skali.Thanks Aida bawak aku masuk Singapore!jalan jalan di Clarke Quay adalah sangat menghiburkan.

MAC 2011

-Bulan ni aku dapat Boss Baru, Encik Megat Zairudin Megat Yahya.maka secara rasminya aku dah tak acting tempat boss aku dan elaun memangku sementara dah takder.hehee.terus miskin sekejap.tapi the best part is aku dapat boss baru untuk support aku dalam kerja yang aku buat.Alhamdulillah.
-Acvtually 2 Mac 2011 aku ada tiket untuk ke South Korea tapi sebab ada hal di Opis maka aku tak dapat nak pergi..Cuti tak lulus dan aku rasa kerugian yang amat!!memang dari tahun 2010 lagi looking forward for this trip tapi Allah tak izin.Nasiib baik Tiket cuma RM275 pergi balik sebab masa tu Air Asia baru buat promotion ke Korea.Hopefully 2012 dapat jejakkan kaki ke sini.Insya Allah.
-10 Mac 2011 :Road trip ke Phuket dan Krabi.Trip kelab Kilat.sangat seronok road Trip ni.aku tak pernah lagi ke Krabi dan Phuket.Phuket sangat sosial dan Krabi sangat cantik pulaunya..A trip to remember in 2011.
-11 Mac 2011 : Birthday adik bongsu ku,Faiz rafiuddin.Dia adik bongsu kami..anak yang ke sembilan.dulu masa dia kecik kecik aku selalu buli..hehe..tapi sekaraang adik adik aku semua dah besar..dah tak comel macam dulu..:)

APRIL 2011

-Mok Teh, adik kepada ayah kena buat Bypass surgery..Alhamdulillah keadaan dia dah stabil sekarang.
-2 April 2011 : wedding Dofy,adik kepada Ziana..Congrats Dofy!!semoga bahagia ke anak cucu!!
-Beli kamera Olympus waterproof kat Low Yat.Kak Tie pun beli satu kamera ni.aku beli sebab looking forward untuk trip snorkeling di Pulau Perhentian dalam bulan Julai 2011.Berbaloi baloi!!
-First time jumpa anak Sam dan Angah , Irsyad..tak sempat sempat nak lawat kebetulan ada outstation ke Bangi dapat lah lawat diorang.Sam memang duk kat Bangi..Tahniah kepada kalian berdua atas kelahiran cahaya mata yang sungguh comel!
-Outstation ke Terengganu..First time dapat ke Stesen Kenyir.sangat cantik tempat tu!!aku walaupun orang terengganu baru first time jajk kaki kat masjid Kristal.hahaha.lawak betul..stay di Hotel Felda.yang paling aku suka makan Ikan Celup tepung kat Pantai belakang airport.terbaik wokkkk!!

MEI 2011

-Bulan Mei ni tak banyak sangat perkara penting.Percutian pada 7 mei 2011 menjadi ingatan.Kak Leez tempah rumah peranginan kompeni dia dan ajak rakan rakan blogger yang lain..Maksu hakim,Soon Bong Chong,Lily dan Nurman serta Nyla,Nikli dan Yus,Sepul dan Nita,Buzu dan Zul..Nice to meet all of you guys!!aku sangat enjoy trip ni!!
-21 Mei 2011 : Ke Miri dan Buat roadtrip ke Kota Kinabalu bersama Nikli dan Payeed.such a long journey.our journey : Miri, Swak -Sg Tujuh (CIQ Swak, Msia-Brunei)- Lamunin(BN)- Kuala Lurah (CIQ-BN)-Limbang (Msia) - Puni (post CIQ-BN masuk balik) - Temburong (post CIQ-BN keluar balik) kat temburung ni yg naik feri tuh, Sg Temburong kot -Lawas (S'wak)- Sindumin (Post CIQ border Swak-Sabah) -Sipitang(Sabah) -Beaufort-Papar-KK..phewww..what a long journey..For your info,the journey yang kami lalui ni ialah 450 KM.:)
-yang paling best pasal this trip sebab this is the first time buat water rafting di Sungai Kiulu Kota Kinabalu.Sangat enjoy!!

JUN 2011

- Bulan yang bermakna sebab dapat surat kenaikan pangkat..Alhamdulillah..Insya Allah aku akan beklerja dengan lebih gigih!!
-5 Jun : Selamat Ulangtahun kelahiran abang Jalee..semoga panjang Umur dan dimurahkan rezeki.Ameen.
-Another highlight : Adik kesayangan aku masuk Universiti Islam di Nilai..Faiz adik bongsu aku.dah besar sekarang,siap dah masuk Universiti.oh aku terasa Tua..bawak family stay di Kondo peranginan Kompeni aku di Port Dickson..2 dalam 1 lah ni.Percutian bersama keluarga dan bawak faiz daftar USIM..Belajar rajin rajin adikku!
-Selamat Ulangtahun kelahiran sahabat baik ku, Hafsam..pada 13 Jun..semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.
-First time ke Langkawi dalam tahun 2011.kalau tahun 2010 tu banyak kali dah pergi.ada urusan kerja.
-20-24 Jun 2011 ada audit di Port Dickson.sakan aku stay di The legend Water Chalet,admiral Cove ngan Corus Hotel.saja nak merasa Hotel yang ada.
-The biggest highlight in Jun 2011,This is the titik permulaan untuk acara larian yang aku sertai hingga kini.First time join event berlari Standard Chartered KL marathon.Thanks to Bard for the info!aku just join 5 km fun run tapi sebagai permulaan aku rasa cukup baik..Dan bermulalah episod berlari dalam hidup aku..


JULAI 2011

-Permulaan Bulan Julai : TRIP TO PERHENTIAN ISLAND!!trip yang aku tunggu tunggu sebab dah lama aku plan nak ke Pulau perhentian ni..Trip yang sungguh kontroversi sebab mulanya ramai nak join last minit takdak sapa nak join tinggal lah aku ngan Kak Leez sahaja yang nak pi..last last kak leez ajak member dia Azuan dan Kak Nani..Azuan pulak ajak kawan dia,Zahrah and the family..so this is permulaan aku kenal mereka semua..what more can i say?Trip Perhentian  ni so succesful and meninggalkan memori yang sangat best!!Terima kasih pada semua member this trip yang sporting..looking forward for another trip with you guys!
-Another audit kena buat..bertempat di Manjung.aku stay di Marina Cove Resort.
-Seorang jiran rapat di kampung halaman, telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah bas.kedua dua pemandu meninggal di tempat kejadian..Innalillahiwainnailahirojiun..saya terkesima tatkala mendapat berita tersebut.Tanpa saya sedar ada air jernih mengalir di pipi..Ja meninggal di tempat kejadiaan,dan Maa pula dikejarkan ke ICU di Hospital Kemaman..arwah boleh dikatakan rapat dengan keluarga saya terutamanya dengan mak..keluarga kami memang rapat sedari saya masih kecil dulu lagi.Takdir tuhan penentu segala..Tuhan lebih sayangkan Dia..Sama sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
- 17 Julai 2011 : Trip to Langkawi sebab ada Konvensyen 5S
-23 Julai 2011 : Majlis perpisahan rakan kerja,Encik Rosli dan Haji Daud
-29 Julai 2011 : Buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kota Madinah dan Kota Mekah..Trip Umrah bersama Ayah,Mak, Abanag Jalee dan abang Shuk..Terima Kasih Allah sebeb dengan Izin Mu dapat aku mngerjakan Ibadah Umrah buat pertama kali nya..

OGOS 2011

-1- 7 Ogos aku berada di Tanah suci Kota Mekah..mengerjakan Umrah dan Sempat berpuasa hari pertama di sana..Bersolat Tarawih di  Masjidil Haram merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang Hayat..Ya Allah..Berilah aku kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik sempena dengan Ibadah Umrah yang telah aku lakukan waktu ini..
-Yang aku lagi teruja sebab Kak Ija pun ada sama dari mesir melakukan Ibadah Umrah bersama kami..aku bersyukur padamu ya Allah atas Nikmat Kekeluargaan yang telah engkau limpahkan kepada ku..
-13 Ogos 2011 : Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak Ina..semoga makin cantik!!
-Bulan Ogos ni Bulan Puasa..dalam Bulan Puasa banyak aku menimba ilmu dari ustaz ustaz yang ada memberikan kuliyyah lepas solat tarawih..dan buat kali pertama juga aku jadi Bilal untuk berselawat masa solat taraweh di Balai Islam Perumahan TNB Prai..
-Salam Aidilfitri 1432 Hijrah pada 31 Ogos..Semua ahli keluarga ada kecuali kak Ija(berada di mesir) dan abang Jalee( Balik kota Bharu).

SEPTEMBER 2011

-Bulan kelahiranku..6 september ..Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiranku..Terima kasih pada mak dan ayah kerana tanpa kalian berdua aku tiada akan hadir dalam dunia ini..Aku berdoa agar Allah akan pelihara aku dan keluargaku dari sebarang kejahatan dan kemungkaran, terpelihara dari segala dosa dan kemaksiatan..Jauhkan lah kami semua dari azab api nerakamu dan masukkanlah kami ke dalam Syurgamu Ya Allah..Moga Sisa Usia yang masih tinggal ini dapat aku manfaatkan untuk mengumpul bekalan menuju hari mati..Amin ya Rabbal Alamin..
-6 september juga sebenarnya aku berkongsi Ulang Tahun kelahiran dengan Lanny dan Azuan.Hepi besday to both of you also!!
-8 september 2011 : Hari bersejarah juga sebab aku secara rasminya sudah berpindah rumah baru..rumah lama duduk selama 3 tahun lebih..flat dua bilik.and Rumah baru aku dapat satu bijik rumah bungalow siap ada laman lagi.Kuarters Kompeni but i'm happy with it..penat nak angkut barang..sedih jugak sebab kena pindah since rumah lama ada banyak kenangan.Tapi i have to move on..Buka buku baru dan bina hidup baru.
-9 September 2011 : sehari selepas aku pindah rumah mak,Ayah,Abang Shuk,Kak Feeza dan Adam datang ke Penang..Ayah memang dah lama nak datang ke Penang..Sempat lah dia buat hemodialisis di Seberang Prai..bawak diorang jenjalan kat area Penangd an sempat juga kami ke Parit Buntar untuk ke Rumah Kak Lela..kak lela ni kenal masa zaman aku kecik kecik lagi..Terima kasih keluarga ku sebab sudi datang rumah di Penang ni!
-16 September 2011 : Hari cuti sempena hari Malaysia..Geng Perhentian Island buat trip ke Penang..sempat makan nasi lemuni di gerai kak Bedah dan bermalam di Hotel Batu Feringghi ..Thank You guys sebab buat sambutan Upacara Birthday celebration di Batu feringghi.dapat T shirt sama ngan Azuan.tq so much!
-16 September 2011 : Ulangtahun kelahiran seorang yang saya baru kenali..semoga hubungan saya dan dia akan bertambah rapat..selamat ulangtahun kelahiran awak!semoga sentiasa di berkati Allah..
-25 September 2011 : SIEMENS Run di dataran Merdeka.First time lari ngan Kak Tie,kakak kesayangan ku yang daftar juga for this Run..10 KM and we manage to finish it!!Alhamdulillah.
-28 September 2011 : Ulangtahun kelahiran Ibu saya..saya sayang mak dengan sangat banyak..Moga Allah kurniakan syurga pada mak dengan kesabaran yang menggunung tinggi itu..semoga sentiasa dalam Rahmat Allah..ameen.
-30 September 2011 : Trip Ke Singapore dan Batam Indonesia..Bersama Colleagues masuk ke Singapore untuk enjoy Universal Studio Theme Park.it was fun!!

OKTOBER 2011

-Permulaan Oktober di Singapore dan di Batam Indonesia..First time aku masuk Batam.tak best pun.macam takder apa apa..yang aku suka nasi padang nya lah.Overall Batam macam tak best.ataupun sebab aku tak sempat nak explore habis lagi kawasan tu.lain kali lah pergi lagik.
-8-9 Oktober 2011 : Trip Solo ke Kuching, Sarawak.Plan asal ramai yang akan pergi tapi last minit semua cancel.aku on saja lah sebab tak pernah sampai Kuching lagik..pergi 8 oktober balik 9 Oktober.Cukup lah tu..dapat lah ke Sarawak Cultural Village dan beli terubuk masin.sewa kereta kat sana..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
-15 Oktober 2011 : Putrajaya Night Marathon..masa berlari di malam hari rasa macam kena tortured.sebabnya tak cukup rehat!!siang dah pusing pusing satu Putrajaya ambik gambar, Malam nak berlari so terus takder energy..10 KM rasa macam lama sangat..penting kena cukup rehat masa berlari..another finisher medal for me.
-16 Oktober 2011 : ke Halfest 2011 di Putra World Trade Center..
-18 - 20 Oktober 2011 : 5s Convention di Subang Jaya..stay di Pyramid Tower Hotel..makanan di Sunway Hotel sangat sedap!!
-29 Oktober 2011 : Join Cabaran I-Sihat bersama Kevin Zahri di FRIM..terima kasih Kak Leez sebab ajak aku join this activity..First Time jumpa Kevin Zahri..Nice to meet you Kevin!

NOVEMBER 2011

-3 November 2011 : ada meeting di bangi..stay di Rumah Sam..makan di Restoran Mohd Chan Abdullah Bangi kak leez belanja.tq!sempat jenjalan dalam Opis Utusan Karya,Then terus balik ke Penang semula.
-6 November 2011 : Sambutan Aidiladha..tiap kali aidiladha menjelma kami jadi takut sebab terkenang peristiwa 2010 di mana ayah dimasukkan ke ICU sebab Usus Bocor dan keluar darah yang banyak.Alhamdulillah kali ni ayah dah sembuh dan stabil..
-7 November 2011 : kenduri aqiqah abdul Qayyum,anak kedua abang jalee..Tahniah abang Jalee atas kelahiran anak kedua ini!
-11 November 2011 : Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Abang Shuk!terima kasih kerana menjadi abang yang sangat baik dan bertanggungjawab pada keluarga..saya sayang kamu!!
-11 November 2011 : Kenduri kahwin sepupu ku,Nor Ain dan Yunus Tagayev..Tahniah kepada Ain!!semoga jodoh Ain kekal ke akhir hayat..jangan lupakan pengorbanan Mak dan Abah tu walaupun sudah bersuami..jadi lah isteri solehah..Insya Allah.Barakallahu lakuma wa baraka Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir.. 
-12 November 2011 : Kenduri Kahwin sepupu yang seorang lagi,Fahmi dan pasangan hidupnya.Tahniah buat kamu! Barakallahu lakuma wa baraka Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir.. 
-16 November : Ulangtahun kelahiran Ika,Puteri Bongsu kak Tie..Semoga terus solehah!
-17 November 2011 : Selamat Ulangathun kelahiran kak Tie..semoga panjang Umur dan sentiasa di murahkan rezeki..
-18 November 2011 : Majlis sambutan hari lahir kanda atie di Pen Mutiara Curry House Batu Maung Penang..masa ni aku makan pun tak lalu.tak tahu lah kenapa.heheheeee..
-20 November 2011 : Penang Bridge Marathon..First timer untuk half Marathon!aku ngan Kak Tie pecah dara buat 21 KM untuk Penang Bridge Marathon..dan hasilnya aku dapat habiskan larian dalam masa 2 Jam 24 minit!!best!!route Penang Bridge ni pun best!!
-21 - 25 November 2011 : Course di bangi..dalam Uitm..banyak singgah tempat makan di Bangi..aku stay di Hotel Equotorial..First time jugak makan satay willy.Thanks to arman yang belanja aku makan satay willy yang mantap itu!!
-27 November 2011 : Another Run : Desa Park City 10 KM..this event bertindih dengan Nike Run tapi aku dan Kak Tie pilih yang ni..Another finisher medal for us!!

DECEMBER 2011
.
-4 Disember 2011 : MPSJ RUN 10 KM..tak ada finisher medal since event ni more to charity..but i did have fun though!Thanks azuan bawak aku ke Subang Jaya for this run.
-9-11 Disember 2011 : Weekend Getaway ke Langkawi bersama member opis..kami sempat Tengok LIMA LANGKAWI yang akan berlansung dua tahun sekali..alang alang dah ada di langkawi layan lah mangrove tour dan island Hoping..best jugak jenjalan ngan member opis ni!
-10 Disember 2011 : Selamat Ulangtahun kelahiran kak Ija..semoga kak cepat balik ke sini..Kak ija juga berkongsi tarikh kelahiran dengan Dato' Ahmad Shabery Cheek,adik ayah..semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.
-18 Disember 2011 : Malakoff Run 12 KM di Bukit Kiara..dapat Another finisher Medal.another lesson learned.kalau nak berlari kena get full rest.Routenya sangat lag berbukit bukit!
-23 Disember 2011 : Selamat Ulangtahun kelahiran buat ayahanda ku yang tercinta..Saya mendoakan agar Allah akan mengurniakan kesihatan yang baik buat ayah..Ameen.saya sayang ayah.selamanya pasti begitu.
-23 Disember 2011 :  Selamat Ulangtahun kelahiran buat sally shirlyna Mejeni.Semoga Murah Rejeki.Ameen.
-26 Disember 2011 : Ulangtahun kelahiran sahabat baik,saudara Nikli Nodin.Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah.semoga jadi suami mithali.semoga selamat sejahtera.
-27 Disember 2011 : bawa ayah ke IJN..ada appointment doktor.ayah berkemungkinan besar akan buat Bypass Opearation sebab jantung nya ada blockage..Doakan kesejahteraan ayah saya ya.
-31 Disember 2011 : Aku menghabiskan sisa 2011 di Hospital Kuala Lumpur bersama ayah,mak dan beberapa ahli keluarga yang lain.Senja 2011 berlabuh sepi,menanti terang sinar pagi 2012 terangi alam keesokan hari..Terima kasih 2011 atas segala kenangan dan kisah yang tercipta.Moga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna buat kita semua.

************************************************************

Berakhir 2011 dan digantikan dengan tahun baru, 2012.

Azam tahun baru?

Aku simpan sendiri.Moga aku mampu mencapai apa yang aku impikan.

Insya Allah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails