Followers

Thursday, January 19, 2012

SANTAP MALAM @ RESTORAN IDRUS IKAN BAKAR

Rasanya minggu ni rezeki saya amat murah.

Sebab since hari isnin lagi asyik makan free jer.isnin ada course di Ixora Hotel,Makan free..hari selasa Encik salman belanja makan di Pizza Hut,makan free lagi..Tengahari semalam ada colleague belanja saya makan Mekdi waktu lunch di Queensbay Mall,dan malam tadi ada lagi orang belanja saya makan di Restoran Idrus Ikan Bakar..Alhamdulillah syukur..semoga Allah memurahkan rezeki kalian yang belanja saya.

 ("Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."-Q.S Hud : 6
.

dah tukar cover menu baru..last time aku datang lain covernya


sudut makan bersila.Luas kawasannya.best buat Gathering


Carrot susu dan Carrot o suam.beza antara dua dunia.


Kerang bakar ni sedap!yang menjadikan kerang bakar ni sedap adalah sambalnya yang mantap.tak percaya??percayalah.saya tak berbohong.sebab memang sambalnya sedap..cukup manis cukup masam cukup rasa pendek kata cukup lah segala-galanya..


Lagi best makan kerang kalau ada orang tolong kupaskan..tinggal ambik lidi cucuk kat isi kerang dan cicah pada sambal,pastu ngapp masuk mulut.bahagia kan hidup.hheeehehee


Tomyam campur.ok jer rasanya.biasa biasa jer


Kailan Ikan masin.ok jugak


Yang paling kena dapat pujian untuk meal malam ni ialah this ikan bakar.sangat sedap sambal yang melumuri badan ikan siakap ini..sekor ikan makan berdua,memang puas lah nak ratah.Cuma ada part bawah ikan ni yang kurang masak.kalau tak memang dah perfect dah ikan bakar ni.Bear in mind, Nothing is perfect right?


ohhhhhh ada limau mandarin..Gong Xi Fa Cai!!!bestnya ada orang kupas.TQ!!


ala ala kampung kan basuh tangan macam ni..


and lepas korang dah siap makan boleh la naik kuda biru ni kalau nak bakar balik kalori yang dah excess sebab makan terlebih..kuda biru ni ada di provide kan di sudut makan bersila sahaja.Sila tanya tokey kedai ya untuk maklumat lanjut..ada seorang makcik yang jaga kedai ni duk tersengih sengihh kat kami..masa nak balik siap lambai lambai lagik..takpe lah makcik,asalkan makcik bahagia..Overall makan di sini best!!Udang Butter kat sini pun best aku pernah makan.Nanti lain kali boleh datang lagi.Thanks awak belanja saya makan!Syukur Alhamdulillah..

*"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."Q.S Ibrahim : 7

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails