Followers

Saturday, January 14, 2012

ZAI'S BIRTHDAY CELEBRATION @ NANDO'S QUEENSBAY MALL

Alhamdulillah hari ini sudah berada di Kuala Lumpur.

Bertolak dari penang jam 11 pagi..kerana sebelum waktu itu ada agenda penting yang aku laksanakan..(tak perlu aku kongsi di sini.cukup aku,dia dan kamu sahaja yaang mengerti.).Entah mengapa perjalanan 4 jam terasa sungguh singkat,dan dalam pukul 3 petang sampai di HKL untuk melawat ayah yang masih membuat rawatan susulan di situ..Kebetulannya Abang jalee pun ada sekali so sempatlah beri souvenir dari Medan Indonesia..sebagai tanda ingatan.

Sementara menunggu ayah siap buat hemodialisis,aku nak share cerita malam tadi.bertempat di Queensbay Mall..saja buat sambutan hari lahir seorang rakan opis secara kecil kecilan..Selamat hari lahir buat Zai!semoga panjang Umur murah rezeki dan semoga berada dalam lindungan selalu..Insya Allah.


Jujur aku katakan,lama dah aku tak makan di Nando's..Antara outlet ayam panggang macam ni,aku prefer Nandos Rather than ayamas ataupun Kenny Rogers..ada style dan presentation makanan tersendiri..Makan di nandos ni pun atas permintaan Birthday Girl.so here we are at Nando's Queensbay Mall.


Order Quarter chicken Hot with Peri Potato salad and Grilled Vegie.Tu yang aku order..3 lagi yang lain order Quarter meal jugak tapi dengan side line yang berbeza beza.


Quite cepat jugak servis di sini..baru Order tak sempat nak rasa lama bersembang makanan pun sampai..so terus la makan dan sambung bersembang..aku tak berapa nak bersembang sanat sebab baru first time jumpa kak Oya..Depa lah sakan duk bersembang..aku concentrate makan ayam panggang.sedap habaq hang!


Agak agak macam dah habis makan aku panggil lah waiter yang ambik kek zai masa kitorang sampai tadik..minta dia serve dan nyanyi sekali..Terperanjat zai bila diorang tetiba muncul dan nyanyi lagu selamat ulangtahun kelahiran.nampak dia malu malu pun ada.haha..


Happy Birthday My fren!!semoga panjang umur murah rejeki


in case you guys wondering, Zai yang duk kat tengah tengah tu.member opis.


sangat lah comel dia duk nak buat wish sebelum potong kek..


This kek Lydia yang order..aising dibuat dari fresh milk kalau tak silap..


birthday girl dapat hadiah!!casing iphone original okeh


Sebab dah kenyang makan ayam mana lah kami dapat nak makan kek tu lagik..actually selalu macam ni kalau sambut birthday..potong kek always gonna be a nice symbolic..Kek tu separuh tinggal dekat pekerja di Nandos..upah gigih menyanyi tadik.haha..dalam pukul 9.30 pm kitorang beransur dan bertolak pulang.sekian sahaja kisah makan makan di Nandos.Jumpa lagi dalam sambutan hari lahir orang lain pula.

*tadi dah ambik racekit di Jayaone PJ untuk Mizuno Wave Run 10 KM esok..thanks kak tie tolong ambikkan..Jom kita berlari dengan gigih esok ya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails