Followers

Monday, November 17, 2014

SANAH HELWAH KAK TIE! SETAHUN LAGI SUDAH BERLALU..

 
17 November 2014
A day after PBIM2014
Personal Best Sub3
New York Cheese Cake
Ice Honey Lemonade
Secret Recipe Penang Airport
Friends & Family
 
Sebenarnya dia Kakak saya..
 
This special ENTRY goes to my sister Ayang Ati for her special day. It's your birthday. Semoga Allah akan sentiasa memberkati hidupmu dan sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dalam kehidupan. Dah makin tua tu maknanya makin dekat dengan kematian. Bekal ke alam akhirat camana akak? Berbekal lah kita secukupnya sebelum menyesal di alam sana nanti.
 
Dulu masa kecik dia garang. Saya tak geng dengan dia. Salah cakap sikit saya kena marah. Lagipun dia lebih sayang Ahmad Shukry Ashaary dari saya. Selalu jer backup abg shuk kalau jadi apa apa. Mujur saya ada kak yah sebagai pembela. Membesar di zaman berbeza buat kami tak ngam pun masa saya lalui zaman remaja. Ye lah. Masa kecik pun saya ada sakitkan hati dia. Saya masih ingat masa tengah gila kononnya nak kumpul setem, saya selongkar surat dalam laci bilik kak tie sebab nak cabut setem. Mau tak mengamuk kak tie kan. Surat cinta dia habis semua setem kena cabut. Saya yang jahat lepas tu salahkan kak tie sebab marahkan saya. Hehehe.. tu satu contoh. Banyak lagi kot saya buat dia marah masa zaman saya kecik dulu.
 
Kemudian bila masuk University baru lah saya start rapat sikit-sikit dengan dia. Student. Mana lah ada duit sangat nak makan. Agak-agak takde duit saya naik lah motor gi area hulu langat. Rumah kak tie di situ. Overnight hujung minggu main ngan anak sedara lebih lebih kurang, then mintak lah 10-20 ringgit ngan dia. Lepas lah seminggu nak makan. Hehe. Taktik kena ada. Tak pun minta kak tie masak kan. Yang saya ingat biasa keluar makan kat luar lah masa ni. Ada orang belanja. Yeay. Hujung minggu kalau nak balik kampung di Kemasek pun tumpang kak tie balik sama-sama. Jimat duit bas di situ. Ngeee..
 
Then tiba saat saya dapat kerja. Posting first di Penang. Bergegas lah kak tie bangun jam 4am nak hantar pergi airport. Sekali boleh pulak terlepas flight. Kak tie lah beli tiket baru. Masa tu tak kenal lagi air asia atau yang seumpamanya ni. Budak baru nak belajar. Tu yang silap timing sebab tak tahu pula lcct tu jauh lagi ke dalam. Kerja lah di Penang dan ada ketikanya saya selalu turun jumpa member di KL, akan tumpang rumah kak tie. Terima kasih Kak Tie atas semua budi baikmu!
 
Dan hubungan itu semakin akrab.
 
Tiba tahun 2011. Waktu saya join SIEMENS run 10km. Tak sangka-sangka Kak Tie pun join event ni. Memang pencetus kepada semua running events yang banyak kami join sekarang. Rupanya Kakak saya ni memang suka aktiviti luar dan outdoor. Sama macam saya jugak. Jadi minat itu lah yang banyak memberi ruang dan waktu untuk saya lebih mengenali kakak saya sekarang. Dah tiba zaman dewasa, cerita zaman lalu meyimpan banyak pengajaran untuk dikenang.. rasanya sudah semakin banyak pengembaraan kita lalui sama-sama. Pengembaraan merentas masa, mencari kekuatan dan potensi dalam diri, and keep counting.. usia bukan penghalang selama mana kita masih mampu berusaha.
 
Kini dia lah sahabat dan kawan. Kakak yang sentiasa protective terhadap adik-adiknya. Walau dalam diam namun kami faham apa yang dia rasakan. Saya bertuah punyai kakak yang begitu senang meluah rasa dan mencurah masalah. Kadang bukan penyelesaian yang dipinta tapi dapat berkongsi beban pun itu sudah seribu rahmat dari yang Maha Esa!
 
Ya.
 
Sebenarnya dia kakak saya.
 
Kak Tie, semoga berbahagia selalu dan cuba lah jadi yang terbaik. Jika kamu gembira saya pun akan turut gembira. Air dicincang tak akan putus kan? Ada masanya berasa hati itu tidak dapat dielak tapi mudah-mudahan ianya dapat kita hadapi dengan baik.. Jangan dipinta hidup yang mudah, tapi pohon lah pada Tuhan agar kurniakan hati yang Tabah!
 
Tahniah atas catatan masa terbaik setakat ini dalam Half Marathon 21km di PBIM2014. Full Marathon pula menanti selepas ini..of course you can do it. I always have faith in you. Enjoy the New York Cheese Cake while you can, because that's mean a lot of people's still LOVE you.
 
Happy Birthday again.
Take care, My sis.
 
- Adik G.
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails