Followers

Tuesday, August 19, 2008

UiTM Di Hatiku



Saya terpanggil juga untuk menyentuh tentang isu yang sedang hangat di perkatakan baru baru ini-mengenai pembukaan Uitm untuk bukan Bumiputera sebanyak 10 peratus,yang telah di cadangkan oleh MB Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim(2 minggu lalu,kalau tak silap..)

Secara peribadinya saya memang tiada sependapat dengan cadangan ini,kerana Uitm satu satunya Universiti untuk Bumiputera yang mendapat keistimewaan sebegitu,dan ianya amatlah wajar di kekalkan memandangkan fungsinya sebagai benteng terakhir Kaum Melayu untuk memajukan diri dan mendapat tempat di kalangan Proffesional.MB Selangor mungkin punya hujahnya yang tersendiri,namun itu tetap tidak dapat meredakan kemarahan Kaum melayu dalam hal ini.

Cuma saya terkilan atas demonstrasi yang dilakukan-maksud saya perarakan yang berlansung seolah-olah tiada mendapat tentangan di pihak pentadbiran-dan apabila bercakap soal demonstrasi saya merujuk kepada akta AUKU 1971,yang jelas mengatakan tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

Satu demi satu kampus Uitm melakukan demonstrasi nya yang tersendiri,dan apakah ini telah di atur pihak tertentu?wallahualam...saya tiada jawapan untuk itu..Cuma nya mengapa tiada tindakan yang di ambil sementelahan ia memang bercanggah dengan akta AUKU..atau mungkinkah akta AUKU tidak boleh di guna pakai untuk kes ini?pun saya masih tiada lagi jawapan untuk itu.

Berikut adalah yang terkandung dalam akta AUKU berkaitan dengan perkara tersebut:

[Akta Universiti dan Kolej Universiti clause 15 :Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagai mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor 15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. (2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. (3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram. (4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati ]


Jelas bukan?kalau ikutkan akta nih saya kira dah ramai lah pelajar Uitm yang perlu di kenakan tindakan...mengapa masih wujud 'Double Standard' yang sangat ketara ini..Mungkin pihak yang berwajib boleh berbuat sesuatu untuk memperbetulkan mainan 'politik' ini.

Sekadar pandangan.Wallahualam.

*Teringat cadangan yang telah di lakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan(tahun 2002),Datuk Abdul Aziz Shamsuddin-tiada pula dikatakan menjual bangsa melayu dan yang pasti tiada sebarang demo yang dilakukan.Rujuk link ini.

49 comments:

izal said...

sokong bro!!!
uitm utk melayu saja...

tp kalau nak kawin, dgn apa bangsa pun takpe, lagi best...anak kuar pun jadik cun...heheh

ita.itu said...

pape ntah nak suruh cina yg x cibuk tuh masuk itm..sabo je la kan..

Ted said...

ntah pepe la kuota 10% tu kan?kalau ted, ted pun marah gak...

skang makin menjadi2 pakatan yang nak 'melayu' hilang d dunia.hehe

MOLY said...

same with me ..
tak setuju langsung kalau uitm dibuka untuk bukan bumiputera walaupun peratusnya sikit ..

UiTM = universiti tolong melayu

kalau xde uitm, sape lagi yang nak tolong bumiputera kan ... kenapa mesti nak bantu bangsa lain sedangkan bangsa sendiri pun tak habis tolong ...

rindu gile dengan uitm .... 5 tahun kat shah alam .. banyak memori ...


wujud ku disini di tanah anak merdeka ... (sambung la . dah x ingat)

kwang kwang ~

Anonymous said...

Erm..pendapat I ar bro. Mase sekarang boleh dikatakan semua perkara melibatkan politik. Kalau politik yg telus xper tetapi disebaliknye. Sebenarnya dlm kes demo ni, semua pelajar diwajibkan menghadirkan diri ke perhimpunan tersebut. Kelas terpaksa batal or ditamatkan awal. Kalau nak harapkan pelajar2 ni hadir secara sukarela jgn haraplah..

Anonymous said...

Honestly, Uitm telah banyak tersasar dari matlamat penubuhannyer. Antaranyer..u oll bleh pikir sendiri...

Ziana said...

benda nih dah dipolitikkan..
sbb tuh kuar isu nih..
x cukup ke Uni lain dah campo..

rasenye xde sape yg setuju ngan isu tuh.. coz kenalkan laa Uitm utk anak melayu..


**UKM dihati ku... opssss sori pa.. telebey sudey... :P

Mieza's Penny said...

sebenarnya ada dalang yg jd batu api...MB Selangor kata cuma cadangan...bukan MESTI msk 10% cina tuh..

akakpun anti segelintir cina nih...

ntahlah axim... LU PIKIRLAH SENDIRI !!!

Adexx Boxx said...

saya setuju benar dengan hujah anda...memang sikap double standard ini akan jadikan yang pandai turut bodoh dan yang bodoh semakin bodoh...
bak kata sepupu seorang sahabat..."semua pelajar uitm di paksa turun menyertai demontrasi itu oleh MPP..bg sesiapa yang tak turun akan di kenakan tindakan..."
ya...satu gagahan penuh paksaan untuk menunjukkan berapa ramai 'tidak' menyokong kerajaan pakatan rakyat...emmm hakikatnya tak ramai yang mahu turun...

emmm pa2 pun Universiti Itu Tempat Melayu...

shahril aley said...

hehehehe....
ala kalau kata nak tingkatkan pencapaian pelajar melayu melalui persaingan antara kaum
rasanye tak boleh jalan gak
kite tengok aje la U lain
tak ramai gak pelajar melayu yang cemerlang
mereka yang lain masih mendominasi
apa2 boleh dicakap di sini adalah sikap orang melayu itu sendiri
kalau nak seribu daya
kalau tak nak seribu dalih

sekian saja ulasan BT

aRa RaMaDhAn said...

I ni kira anak angkat UiTM gak...leh??? tapi fail la...dulu blajar ngan kolej bersekutu UiTM...mmg tak setuju...cuma kecewa tul tgk diaorg berarak segala...mcm cepat melatah...dah jelas tul benda ni dah di politik kan...

eedany said...

mana boleh non-bumi masuk uitm! No way!

Uitm tetap dihati ku!

:)

eedany said...

sambung lirik lily...

....bagai obor ilmu memayungi putera puterinya,
pelopor hidup budaya bangsa...agama negara...

yezzar saya masih ingat sikit2...

:p

pearl'E.J said...

ntahnya... nape lak buka2 beberapa peratus utk non-bumi... dah sah2 yg uitm nih utk bumi... hurmmm....

Adam said...

evenin axim .. mane lily? blog dah delete plak ..

nasazfrog... said...

ermmm student uitm rupe nye..:)

Adam said...

uiks? .. entri ni berbaurkan isu perkauman .. anti cina la .. itu la .. ini laa.. kita semua manusia.. semuanya ada cacat cela .. kenapa harus anti sesama manusia? .. tak elok camtu .. disebabkan nila setitik .. rosak susu sebelangga.. dakjaat org cina gak .. bukan terasa dengan ape yg dikomenkan disini .. kenapa harus memwujudkan jurang diantara manusia? tu yang membuatkan dakjaat kuciwa ..

heeee! sorry ... pape pun .. jgnlah bersikap prejudis... ttg uitm tu .. xmo msok cmpur .. mane2 belajar pun sama gak asalkan ada komitmen tuk berjaya dalam bidang yang diminati ..

Adam said...

ooo .. takpe2.. sudah settle ma.. talak ada hal .. =) dakjaat ok .. masih maintain lagi kejaatan beliau .. ekeke! ;p

relax la bro .. terasa tu sekejap jer .. neway ... ko tak jawap lagi soklan aku yang sebelum ni tadi ... kwang2.. ;p

Adam said...

uerk? mane ? tak jumpe pun .. btw ... premier league tu mane ko dapat? aku pun ntah dapat dari mana2 ntah .. huhuhu!

@rep said...

tak abes2 nak melatah .

sengal sangat2.. MB selangor x ada kuasa pun,. cadangan sajork.
its like a omong kosong.

btw.. kalau bukak pun.. x hingin chinese nak masuk. look at MRSM.

got it?

bebudak UiTM tu sure ponteng kelas g demo? suka la tu.. tak pikir dulu wisely.

my 2 cents

fusarium solani said...

salam,
azim, maaflah lama aku tak jenguk blog ko.. sibuk dan bercuti.

pertama, ko eksiden teruk hari tu kan? aku rasa kau sendiri maklum taffic kat penang macam mana. Next time be more coutious lil bro! Aku dah biasa bab berjahit dan berbalut ni, susahnya bila nak solat.

kedua, semoga UITM tetap kekal sebagai hak melayu. masa aku belajar di usm, memang sakit untuk survive dengan pelajar bukan melayu.

sekarang musim orang kahwin, so hati-hati bila makan yer.

bozzobattousai said...

ini sume politik punya hal. abg tak sbelah sesape. tapi cubalah bayangkan klu hishamudin atau hamid albar yg cadangkan, mesti tak ade apa2 suara yg bantah. yg bebudak uitm nih nak tunjuk perasaan dan berarak tuh nape? camana bleh dpt permit? skarang sume persatuan pelajar u lain nak hak masing2 utk tunjuk perasaan. kan dah susah? utk pengetahuan axim sepanjang minggu nih abg ngan hakim abg ader wat satu survey. kitaorg tanyer sume lawyer2 yg dtg ke court apa maksud UITM? ramai yg jawab Universiti Teknologi Malaysia. Hape nih? melayu plak tuh yg jawab. klu dah nama u sendiri pun tak tau, nape nak melalak tunjuk perasaan sana-sini. abg dulu masa kat UM langsung tak merasa nak luahkan perasaan langsung. cakap lebih sket je kena ugut gantung. ini sume cite politik. tansri khaled tuh cadangkan je. dia bukannyer ader kuasa pun nak tukar polisi. chanselor je yg bleh wat keputusan.........

NN said...

ohh..
itm dihati..

lalalalaaaaa..

p/s: sori, komen pon main main jekk..

Anonymous said...

Azim.. Saya hormat anda kerana sikap keterbukaan anda yang tidak memihak pada satu pihak sahaja..

Faisal Admar said...

hmm topik yg agak menarik. kalau diikutkan 10% sahaja yang dibuka. 10% taklah tersangat besar kerana sekarang ni dah panas sangat dengan isu perkauman.

tapi perkara-perkara seperti artikel 153 dan 156 perlu dititikberatkan juga walau bagaimanapun. jika tidak dipatuhi perlembagaan malaysia haruslah dikaji semula atau dimansuhkan sahaja bagi artikel-artikel yang berkaitan.

kerajaan harus lebih peka dan bangsa melayu diharap tidak mudah leka. jangan lah kita cepat melatah... :)

p/s: tengah tunggu debate tak lama lagi between lim guan eng vs koh tsu koon. hehe dua2 pernah jadi cm penang! :)

azizi said...

salam axim,

setuju kalau uitm dikekalkan utk bumiputera, sbb byk tempat lain utk non-bumi. tetapi yg penting diperkasakan lagi kualiti. pandgn ikhlas sy, lulusan uitm mempunyai kualiti tersendiri - memperkasakannya memungkinkan kualiti uitm dpt ditingkatkan.

* pening sgt2 dgn agenda politik dlm universiti yg x berkesudahan ni.

Arel said...

UITM Shah Alam dihatiku juga..

Kaktiny said...

wujudku di sini..
di tanah ANAK MERDEKA(???)!!!..

oh UiTM di hati... sob sob..

mummysyafie said...

diaorg pun tak pandang arr uitm tu kan..ntah apa² cadangan yang mmg amik tukul pangkok kepala sendiri kan..

*uitm tetap di hatiku jua

LeannY said...

perkara 153......harus dipertakankan...n others in perlembagaan

LeannY said...

perkara 153......harus dipertakankan...n others in perlembagaan

Anonymous said...

azim,,, tahniah,,anda tidak prejudis.pendapat anda ukan partisan..

scr pribadi, saya stuju dgn cadangan MB slangor..buka keahlian untuk bersaing..bukan takleh kalu all bumi,,tapi tingkatkan lagi..takkan nak stay biasa je kan??mengenai bilangan melayu yg berkurangan,, itu pandangan salah..

look,, bilangan pengambilan ttp sama cuma diagih2kan..cth kalu kat UM ada 100 bdak non-bumi 200 bdak bumi,,uitm plak 300 bdak bumi,,bw sket yg UM ke uitm..jdkan di UM 80 non-bumi 220 bumi dan itulah seterusnya..jd takde kelompok yang berkurangan....

pkir beb,,jgn cpt mlatah..

persoalannya..nakk ke budak non-bumi masuk uitm???

Izan said...

uitm dihatiku... rindunya kat uitm..

mmg sokong 2000 peratus kekalkan uitm untuk bumiputera. ni la akibatnya kalau politik ambil alih. susah nk kata...

@xiM said...

Izal,

ko kalau nak kawen nagn bangsa asing onn jer kan..hehe..tapi memang anak kacukan sumer lawa lawa....

=================================

ita,

akak,kalau non-bumiputera bukan cina jer k...

@xiM said...

Ted,

"takkan melayu hilang di sunia...."

mungkin tinggal kata kata jer lepas ni...

===============================

Lily,

adeq,pa pun winduuu ngan Uitm nih...wahhh ingat lagi tuh lagu Uitm..pa suka sangat ngan lagu tuh...touching!!

@xiM said...

x-uitm,

haaaah aku pun rasa camtu...konpem budak budak tu di suruh untuk menghadiri demonstrasi...ntah..no komen..

=================================

y-uitm,

yang tu naib canselor kena la jawab...

@xiM said...

Ziana,

ehhh UKM di hati ku jugak yer..haha

===============================

Mieza,

betul tuh aka...

LU PIKIR LAH SENDIRI kan...

@xiM said...

Perempuan Kalis Peluru,

setuju ngan pandangan anda...no further comment..wallhualam.

=================================

Aley,

nak seribu daya tak mahu seribu dalih kan..tepat!!

@xiM said...

Ara,

yeahhh...Uitm di hatiku!!


=================================

Eedany,

yeahhh...Uitm di hatiku!!


*matilaaa tak taw nak komen balas apa...hehe

@xiM said...

Kak EJ,

ntah la kak..tapi tu baru di peringkat cadangan...

==================================

Dak Jaat,

da bleh masuk kan blog lily??

@xiM said...

Nasazfrog,

yeaapp..saya..

==================================

DakJaat,

dah terangkan kat ur comment kan tempoh hari..hehe

@xiM said...

Arep,

tapi tu semua baru di peringkat cadangan...we will just wait and see..

=================================

Aliff,

aku taw hang sibuk..takpa...TQ coz concern pasal eksiden tuh...

@xiM said...

Bozzo,

mmmmm bongok nyer lawyer tuh tak taw nama Uitm stand for what!!

==================================

Nikli,

hehe...sila bermain main yer...

@xiM said...

Pyanz,

berani kerana benar kan bro??

=================================

Faisal Admar,

haaa tengok tak semalam debat pasal projek kat penang tuh???tsu koon memang tak leh celen la ngan Guan Eng..sah sah lim guan eng tuh lawyer..

@xiM said...

Azizi,

aku pun pening bro!!

==================================

Arel,

sama la kita!!

@xiM said...

Kak Tiny,

yeeahhhh iduppp UiTM..!!

==================================

Kak Nor,

kita tunggu dan lihat yer nanti kak nor...

@xiM said...

Lanny,

memang seharusnya di pertahankan!!!kalau tak mau lihat bangsa sendiri tergadai!!

=================================

Annonymous,

kita tunggu dan lihat perlaksanaan cadangan tersebut nanti...

jangan cepat melatah kan??

@xiM said...

Izan,

well,thats politic...tak taw dah sapa salah dan sapa yang betul...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Papa... Abg Bear tak setuju ngan Azim... biar diorang tak setuju ngan TSKI tapi biar diorang demo... sebab demo tu dah mula dihalalkan semenjak dari demo bersih, hindraf dan sebagainya.. kenapa bila penyokong kerajaan buat demo kata double standard?? kalau penyokong pembangkang disuruh biarkan..I am not Pak Lah punya penyokong dan tidak jugak Najib tapi Tik Bear juga bukan penyokong DSAI... Malaysia ketandusan pemimpin berwibawa dan sedang menuju kehancuran....!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails