Followers

Wednesday, February 15, 2012

FOOD REVIEW : ROTI BAKAR + ROTI CANAI BANJIR @ TRANSFER ROAD PENANG

Kisah Hujung minggu lalu.

Hari Ahad.Lepas subuh aku tidor balik..terjaga jam dah menunjukkan pukul 10am! terus melompat dari katil dan menuju ke bilik air sebab sebenarnya pagi tu aku ada janji dengan seseorang untuk sarapan pagi sama sama..Nasib baik lah dia tak merajuk sebab lama tunggu..Maafkan saya..Malam tadi ada BBQ dinner ngan kengkawan..tidor lewat tu yang letih semacam..Tanpa buang masa terus aku masuk ke Pulau sebab dia janji nak bawa aku pi makan roti bakar dan roti canai yang sedap..


So here we are at Transfer Road penang.first time arrived ni!


Nampak tak KOMTAR belakang tu??dekat ngan Town


Jam dah menunjukkan jam 11am..ingatkan kedai sarapan pagi kat Transefr Road ni dah tutup.Tapi tawakkal sahajalah kepada Allah.kalau ada rejeki boleh aku merasa makan..Alhamdulillah memang ada lagi rezeki kami..Warung roti bakar dan Roti Canai ni still open.


Kopi O saya dan Teh Tarik dia


Dan ini lah dia Roti Bakar yang femes di sini..aku mintak yang ada telur dua bijik like this..Harga satu set RM2.50..yang menjadikan ianya spesel sebab Roti benggali tu dibakar pakai arang ..bukan pakai elektrik ya macam toaster..Rasanya like roti bakar dan telur lah kan..nak rasa camana lagik..but slightly sedap dari yang lain probably because Roti bakarnya pakai arang..so tradisional yet it so delicious!


Mai jemput makan telur


Dalam sekelip mata Roti Bakar dan Telur Goyang satu set habis licin aku baham.tapi masih terasa lapar..dia cadangkan aku mintak Roti Canai pulak..Tapi memang teringin nak rasa Roti canai di sini.


Kedai Roti canai satu baris jugak dengan Roti bakar tu tadik..so order lah satu set kuah banjir lauk ayam..


Dia pun makan Roti Canai tapi lauknya daging..aku minta kuah banjir ngan lauk ayam..mula mula tengok masa workers at this restaurant hantar Roti canai terkujat kejap sebab kuah yang diletak memang banyakkkk gilerrrr..memang boleh buat hirup macam soup.kalau korang nak taw tokey Roti Canai tu makan Roti Canai kuah berladung banyak..aku duk sebelah tengok jer dia duk hirup..heheee..maybe tu memang cara diorang makan Roti Canai.


Kesimpulannya??Sangat sedap lah ini Roti canai!marveles!terbaik dan mantap ..lepas ni aku taw mana nak cari Roti canai yang sedap.Terima kasih awak bawak saya makan di sini..kalau ikut kata hati mau nak sebijik lagi roti canai tapi sebab dah terlebih makan so diam kan aje lah..sat lagi dia kata aku ni macam ada bela jin pula..lain macam jer berselera pagi ni..:p


Pinggan yang dicompile bukti ramai pelanggan datang


Masa kitorang duk tengah makan ada sorang omputih duk sibuk ambik gambar Warung Roti bakar dan warung roti canai ni..nak buat review pasal makanan di Penang kot.just a wild guessing.Then tetiba omputih tu ambik gambar kami berdua..entah kat mana lah agaknya dia nak siarkan..Untung untung leh masuk majalah.hehe..kitorang sporting bab bab bergambar ni.pantang nampak kamera mesti nak pose..dont worry be happy.:)


Korang nampak tak Malilia bakery punya kedai bertentangan dengan Warung roti canai dan warung Roti bakar..kat situ lah depa duk ambil roti benggali wat meniaga dari situ..Roti benggali buat cicah sup pun sedap!!(alamak terliur pulak nak makan Roti Benggali dan sup Bismi di Padang Brown)



Overall aku suka lah sarapan pagi di warung tepi macam ni..sometimes tak perlu nak cari fine dining pun untuk makan yang sedap sedap..Roti Bakar dan Roti Canai Transfer road terbaekkkk lah!!macam mana nak ke Transfer Road?korang tanya GPS lah yek sebab GPS aku agak rosak ni..kalau nak pi lagi sekali Insya Allah aku sampai tapi nak eksplen kat korang aku tak reti.

Selamat mencuba!!

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

*Habis sarapan pagi kami ke Restoran Din Ikan Bakar di Kepala Batas pulak.pun aku tak pernah sampai..nak jugak merasa makan Ikan bakar di situ. ni baru betul jalan jalan cari makan di hujung minggu..:)

2 comments:

shandye. said...

roti bakan jalan transfer ni dulu2 port sy nk breakfast masa dok ponteng sekolah dulu.

oops. hahaha...

fendifid said...

Aiyooo...selalu pergi beli roti benggali kat bakery tu tapi tak tahu ada roti canai banjir yang sedap mantap kat situ. Ni yang teruja nak ke Penang lagi ni. hu hu hu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails