Pagi ni nak berserita tentang PC dalam opis aku nih..sejak dua menjak nih jadi lembap tak tentu fasal...kadang-kadang hang dan kadang-kadang not responding...sampai aku yang jadik mereng..Geram tak yah nak bagitau la...sib baik aku tak sumpah seranah jer komputer ni,sebab aku tau kom ni bukan tau menatang haper pun kalau aku maki hamun dia.
Last-last tadi aku kol bahagian IT dan aku explain la pasal kom aku yang bermasalah nih,dengan pantas technician IT datang dan menawarkan untuk memasang RAM 256 dalam kom aku...waaahhh ini sudah bagus,menjadikan keseluruhan nya 624 MB RAM..laju le sikit PC ni dapat process maklumat tanpa stuck...Pasni lagi rancak la berblogging..(ooppppsss berblogging masa kerja kah?terlebih sudah...)..kalau boss aku tau ni mamposs........
Cerita 2: Tentang Kerang
Ni aku nak cerita plak pasal makanan laut nih,kerang namanya.pagi tadi boleh plak sorang rakan opis bawak kerang bakar untuk breakfeast..buang tebiat ke hapa?pelik aku tengok orang makan kerang di pagi hari..bukankah Malaysian akan makan nasi lemak atau roti canai atau kuih muih sahaj di pagi hari?tapi ni kerang...diulangi KERANNNGG....impossible...impossible..
Nak di jadikan cerita member opis aku nih ajak la aku join makan kerang ni skali..aku dengan penuh musykil nyer pun(ditambah plak dengan perut berbunyik-bunyik sebab semalam tak makan) menjoin kan diri je lah,bunyi join cam ramai tapi actually aku ngan dier jer..(bukan enchek Salman yer)..member aku ni kata ni kerang bakar beli kat restoran semalam,tapi sebab tak sempat nak makan(aku pun tak paham apa yang tak sempat)maka dia bawak ke opis arini.
Bila da start makan,sedap la pulop...maka dengan gigihnya kitorang pun menghabiskan la kerang yang ada tu...kali nih everything is possible...possible..ngehngengeh..boleh tahan sedap jugak kerang nih...boleh la carik malam ni...hiks...
*illustrasi krang bakar carry forward dari semalam.Cerita 3: Tentang Cuti
Masuk je opis pagi tadi,tak putus-putus staff datang antar borang cuti..cuti untuk minggu depan.Aku tau la ni musim cuti sekolah tapi kalau sumer da cuti saper yang tinggal nak menyelesaikan apa-apa permasalahn kerja di opis nih..diorang ni pun satu,pakat-pakat la bergilir cuti pakcik-makcik oii...last-last aku plak yang kena arrange cuti diorang..mana yang bleh cuti mana yang tak bleh cuti.

*Illustrasi borang cuti yang di submit pagi nih.





Ini dia selebriti(?) undangan kita pada hari ini-Enchek Salman(buat kali ke seratus nya aku mengumukan nama dia dalam blog aku nih)..kali ini dia tampak tidak kekok dan segan lagi untuk bergambar setelah terkena serangan lazer dari orang
Ini pula Hos kita untuk episod kali ini-Enchek Axim merangkap orang yang kuat makan.Sebab tuh badan dier beso semacam jer...(kuikuikui-maaf naa,terkutuk diri sendiri plak)..Tampaknya dia nih tak sabar-sabar lagi menunggu hidangan tiba sebab nak tibai cukup-cukup..tungguuuu....
*Piza yang kami order ialah Thai Chicken-atas tuh topping ngan chicken and nenas
*Dan ini pula Spaghetti Bolognaise yang di pinta,Enchek Axim teruja bangat tuh..
Kan aku dah kata,tengok la cara dia sumbat Spaghetti dalam mulut tuh-macam tak nyempat-nyempat...sabor sikit naaa....Tak lari nyer spaghetti di kejar...lain la kalau Enchek Salman tetiber menyambar spaghetti tuh dari pinggan..tu lain citer la..ish ish ish..anak sapo lah ni..ish ish ish..
*Stick Bread-nak order Garlic Bread tapi da habis...Hampeh betul laa...
*Konon-konon dah kenyang la nih..tak larat nak habiskan..takder maknanya..
*mmmmm sedapnya kepak ayam nih..(errkk sejak bila aku makan kepak ayam nih?konpius konpius..)
Dan seperti biasa minuman yang ada ialah air Pepsi kalau tak silap saya..Pepsi ke Coke..ntah lah...tak reti nak bezakan...
*come on...come on...just another one slice ok...




*da naik jemu dah aku tengok medan selera nih,hehe










*full house,i've to wait at about five minutes to get in.








