(DISCLAIMER:ini adalah entri yang dah basi...aku baru jer sempat nak update malam isnin nih...semua gambar-gambar di bawah adalah ihsan dari
cik lily dan
kak non..hehe..tq so much.)
Kejadian ini berlaku malam hari jumaat yang lalu,di mana aku berkesempatan untuk bertemu muka secara nyata dengan rakan-rakan bloggers yang selama ini hanya dikenali di hadapan skrin laptop ini sahaja..dan peserta-peserta bagi perjumpaan secara live ini adalah:
Ziana & Lily-dan bila nama ini di sebut sudah pastilah perjumpaan ini akan bertempat di William(bak kata lily ni tempat rasmi dia untuk jumpa bloggers)
EA,bf lily yang bertindak selaku mr.snappy yang membantu merakamkan gambar-gambar di tempat kejadian.
ini pula nikli, bloggers yang datang dari JB tetapi berkampung halaman di utara tanah air.
Shahril Aley - bloggers dari Batu Caves selangor
Zahir,bukan bloggers yang merupakan kawan baik kepada nikli dan aley
Inah (bloggers) yang di katakan mempunyai hubungan yang SESUATU dengan aley..(nak tau lagi lanjut tanya dia sendiri k..hehe)
Dan akhir sekali,last but not least-tentulah aku sendiri...actually aku dah terlambat sampai malam tuh,aku tiba da nak dekat pukul satu pagi...diorang da berkumpul dalam kul 12 macam tu..tapi takper,nasib baik leh join gak ngan diorang makan kat William..thanks to aley n nikli coz fetch me up kat tol jalan dutra...kalau tak mesti aku sesat tah ke mana-mana.
So setibanya aku kat sana acara makan-makan dah pun di mulakan sebelum tu,sebelum aku tiba diorang order:

Makan hati aku tengok apa yang diorang makan...tak sempat nak merasa..huhu...nasib la orang sampai lambat kan..aku paling berkenan tengok mee raja tuh...next time kena menyinggah lagi kat sini okeh..Bila aku tiba aku teringat nasi goreng ketam yang pernah ada dalam entri lily sebelum nih,so aku order mender tuh dan jugak ribena blended....ayam pandan pun aku sempat rasa,memang sedap ayam pandan tuh...patut la nikli duk sebut-sebut sampai ke hari ni..
Acara makan-makan pun bersambung kembali..Nasi goreng ketam tu pun aku suka...tapi aku lebih prefer namanya nasi goreng seafood sebab sehala isi seafood dia buh kat dalam tuh...tapi apa ada pada nama,yee dak?kitorang bukan setakat makan-makan jer,riuh-rendah jadinya bila semua orang mengutarakan isu-isu panas ataupun isu-isu yang suam-suam...aku yang tak berapa paham pun tompang gelakkan ajer..hahaha..yang pasti korang semua memang BEST..!!!

Kalau korang nak info-info mendalam berkenaaan dengan apa yang dibincangakan,silalah jengah blog diorang k,(ziana,lily,inah ,nikli dan aley)..pasti korang akan mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku.Untuk pengetahuan,ni kali pertama aku berjumpa dengan bloggers..dan apa yang aku paling teruja ialah walaupun baru berjumpa tapi keadaan tidak kekok sama sekali,mungkin ada benar kata inah,ada chemistry antara kami bloggers ni..hehe
Lama gila kitorang lepak,sampai uncle william tuh da nak tutup kedai baru kitorang berganjak...ye lah,bila da berbual mana nak tau berhentinya...tambah-tambah lagik sibuk membincangkan isu-isu terkini dan lazer melazer ni,lagi bertambah rancak suasana...
Sebelum balik macam biasalah,sessi bergambar diteruskan dan kali ni kitorang amik gambar ramai-ramai kat parking lot..thanks lily for the nice pictures..tq so much...

Aksi-aksi terakhir sebelum bersurai
Kesimpulannya,aku sangat ENJOY..!! terima kasih korang sumer yang sama-sama meluangkan masa untuk bertemu sebegini,next time haruslah kita bertemu lagi yek..
ziana-ko memang sempoi,seronokbersembang ngan ko
Lily & EA -Korang berdua serasi bersama,glad to see both of you
Nikli-hang memang petah berkata-kata dan menyakat sebenarnya..terhibur kami malam tuh,
aley-ko ngan inah SESUATU kah?hehe,
Inah-nice to meet you..ko pun memang petah berbicara,bley la lawan ngan nikli tuh,
Zahir-bila ko plak nak buka blog?kami tunggu k..anyway nice to meet you too..
*banyak gila kejadian pecah perut malam tuh...sampai aku dah tak tau nak gelak citer yang mana satu dah...sekali lagi aku nak ulang-korang memang BEST..!!