Followers

Friday, December 31, 2010

NEW SPECTACLES & MEET UNCLE KENNY ROGERS

Hari terakhir dalam 2010.

Hari ni Pak Najib bagi Cuti satu malaysia sempena kejayaan Pasukan Malaysia menang Piala Suzuki AFF lawan Indonesia malam tadi..Kemarau 14 tahun tak pernah menang..tu yang bila menang terus najib bagi cuti..kebetulan hari ni Jumaat terus la sambung cuti 3 hari kan..Alhamdulillah.

Pagi ni just pergi Sunway Carnival Mall buat spek mata..i got such a good deal kat A-Look punya kedai..beli satu spek harga RM198 dapat percuma satu spek mata lagi..same power cuma bingkai lain lain..tak kisah lah.janji boleh dua spek yang satu lagi boleh buat spare..then dari sunway Carnival mall balik rumah sebab nak siap siap pi solat jumaat.Lepas solat Jumaat singgah sunway carnival mall balik nak ambik spek.siap dalam masa 1 jam jer..

1 2 3 4 5
Gambar kat atas ni makan di Kenny Rogers sebab aku sangat lapar..tak tahu nak makan apa lepas ambik spek.so singgah di Kenny Rogers dan melantak sampai kenyang..lama tak makan vanilla Muffin..sangat sedappp okeh..gambar semua ambik ngan BlackBerry Torch 9800.malas nak usung DSLR..:)

Malam nanti ingat nak ke Padang Kota nak rasa kemeriahan sambut tahun baru.tapi tak sure lagi sebab sebenarnnya aku rasa sangat malas nak bersesak sesak ngan orang ramai..konpem jeammed 130 persen lah.

tengok lah nanti macam mana.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails