Followers

Sunday, April 27, 2008

Hujung Minggu Yang Riang

Hari minggu tiba lagi.Bila hari minggu tibalah masa untuk menyelesaikan banyak urusan tertangguh pada hari bekerja.hari ni baru berkesempatan nak servis kereta,nak gunting rambut,dan nak ada sedikit masa untuk diri sendiri.

Tempat servis kereta TopZone (tempat aku biasa servis kereta) bersebelahan dengan pasaraya carrefour.Jadi sementara tunggu kereta nak servis tuh siap,aku menyinggah dulu kat carrefour ni.Hajat di hati nak memasak sempena hujung minggu ni.tapi belum terfikir lagi apa lauk nak masak wat makan tengah hari.



Dan ini lah barang-barang yang telah di beli di pasaraya nih..aku bercadang untuk wat lauk seperti berikut:
  • Ayam Masak Kicap
  • Udang Goreng berempah
  • Kangkung Goreng Belacan
  • Sambal belacan nenas
  • Telur Dadar

Balik je rumah terus la aku sibukkan diri di dapur untuk menyiapkan juadah makan tengah hari.lama tak makan masakan sendiri hujung minggu macam ni lah baru ada kesempatan.Dan setelah berhempas pulas,maka terciptalah:

*Ayam Masak Kicap

*Udang Goreng Berempah*Kangkung Goreng Belacan*Sambal Belacan Nenas
*Telur Dadar

*Hidangan untuk lunch

Makanan dah terhidang,jadi apa tunggu lagi,jom kita makan..!!walaupun lauk lain mengancam juga,tapi yang paling menjadi pilihan hati ialah sambal belacan nenas tuh...shedappp woo...lama tak makan sambal belacan tumbuk..feel dia lain sket,hehe..

*dan petang tadi aku merana pening kepala sebab makan belacan banyak sangat...aku tak berapa boleh makan belacan sebenarnya..resdung gamaknya...entah aku pun tak tahu.

5 comments:

Alam Setia said...

sedapnyer...bile nak jumput alam nie. boleh makan-makan

axim said...

alam-->bila-bila jer bleh alam..haha..mai jaa penang bgtau..hehe

Lily.Lulu. said...

sedappnyaaa makan ..
pandai tol axim masak
bila mau kawen ?

:P

axim said...

lily.lulu--->kawen?wawawawa...tunggu hang kawen dulu ngan EA k..hehe

ita.itu said...

pandai ko msk..sib baik aku dah kawin..kalo belum...aku ngorat ko jek..sng aku x yag msk..kah..kah..kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails