Followers

Monday, April 14, 2008

Sunday Chilly Fried Rice with Prawn

Cepatnya masa berlalu.sedar tak sedar dah ahad pun..Hari ni aku terasa nak memasak la plak..lama gila dah tak merajinkan diri masak-masak kat dapur..haha,bukan apa,malas sebenarnya lagipun nak makan sorang-sorang jer baik makan kat kedai..tapi ni gian nak masak so jom join aku wat nasi goreng.

Aku kasi nama nasi goreng ni:Sunday Chilly Fried Rice with Prawn.. (Saja kasi nama dalam omputih sedap sikit di dengar,hehe)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

*Bawang putih untuk tumisan

*Cili Padi-ikut suka nak buh banyak mana..kalau tahan pedas buh la banyak-banyak..


*Udang yang dah dikupas..malas nak buh udang ngan kulit,payah nak makan.


*Sayuran-Kobis cina,tomato,lobak

Bila bahan-bahan dah tersedia maka proses masak-memasak boleh lah di mulakan.Macam biasa la sebelum tu kena panaskan sedikit minyak ke dalam kuali.

Kemudian tumiskan bawang putih yang telah di tumbuk.Aku takdak blender so pakai lesung batu jer.Mak aku kata kalau pakai lesung batu rasa lagi sedap dari pakai blender.Memang betul.

Pas bau dah naik letak la udang dan campurkan sos tiram dan garam sekali.Biarkan sehingga udang tu masak.(Cepat jer udang tu masak).

Kemudian aku letak cili padi dan gaul lagi bahan tu macam gambar di atas.

Pastu aku pun buh la nasi putih.

Gaulkan nasi sehingga sebati dengan bahan bahan tumisan tadi.
Buat satu lubang di tengah-tengah kuali,letakkan sebiji telur.Biarkan telur tu buat seketika,dan sehingga ia sedikit mengeras.Kalau tak nasi goreng akan jadi melekit-lekit dan basah,boleh makan tapi macam tak menarik.

Letakkan sayuran.
Dan gaul nasi sehingga sebati.Pastu rasa la nasi goreng tuh,mana terkurang tuh tambahkan.Kalau tak masin buh garam secukup rasa.Ikut selera masing-masing.Kemudian Hidangkan la nasi goreng ni ikut kreativiti sendiri.Haaa dah siap pun nasi goreng aku.
Sunday chilly Fried Rice with Prawn

Nasi goreng ni aku pekena ngan teh o panas dan keropok ikan goreng...hmmmm lagi membangkitkan selera.Jom makan jom.

*Pedas gile...terlebih buh cili padi...tapi aku suka.

15 comments:

Ted said...

awang, ko makan masak macam 5 org nak makan..hehe.

nway, tahniah pandai masak.hehe

axim said...

ted--->tu masak untuk seluruh hari ni,sekali ngan esok bleh bawak bekal gi kerja,haha,ekonomi skit.hehe

Beruang Madu said...

pandai jugak azim masak... nampak sedap... kalau abang lah zim.. abang campur seri aji perasa ikan bilis...jadi tambah sedap... tapi seri aji tu tak leh di goreng... maknanya jangan ditumis... ah goreng semua baru tabur atas dia ... lepas tu kacau lagi dan angkat... segera sesangat kan....

Zim... mana2 entry kisah cinta Azim, abang tak komen yer... abang tak reti... orang yg hu ha hu ha macam abang ni..pasal cinta amik yg simple2 jer...

axim said...

beruang madu--->ok abg bear,nanti bleh try guna seri aji tuh...tapi saya biasa masak guna perencah nasi goreng adabi...hehe,mana mana lah janji bleh makan kan...

ok,takyah komen pun takpa pasal2 hati ni..pasni nak amik simple simple jer la...wat sarat hati jer pun pikir banyak banyak...

peace..!!

Lily.Lulu. said...

wahhh .. bagusss nya axim masak.
sedap tuh tgk .. adoiiii .. lapa nih lapa ..

nak nak bila tgk kopok tuh !!
:D

paperclip said...

hmm wahh when u putup the prawns
surely yo nasi goreng should taste delicious dude
wish i can taste it
hehehehe
i like to cook too
but i have alot of girls in my family..so i am the one who gonna taste it when they cook
hehehhe

axim said...

lily.lulu--->haha ni mesti tak bekpes tadi nih tu yang lapar...kopok ikan tuh memang sedap lily....yummy....kalau nak bertandang ke tengganu untuk rasa keropok ikan sebenar..hehe

paperclip--->i love prawn so much....hehe

Abah Mui'zz said...

Abah hari2 dok berangan2 untuk jadi orang yg pandai memasak, tapi macam mat jenin, sampai ari ni, tinggal la benda tu jadi angan2.

Sedap nasi goreng axim tu, kena lak makan ngan kopok. Mak aih, lazat menjilat sudu la gayanya tuh.

Nanti kalau free, axim ajar abah masak la. Boleh??

axim said...

abah mui'zz--->nak memasak ni tak susah abah,just cuba jer apa apa lama lama pandai ler..hehe
kalau free boleh jer axim perturunkan ilmu kat abah...hehe,tapi bukannya terer pun sebenarnya,wat wat terer jer...haha

paperclip said...

yeah prawn is good tho
who doesnt like it
hehehe
thanks bro
so whats cooking tomorrow?
u cook for lunch today?
hehhehehe

ita.itu said...

pandainye ko msk..utk sp dpt ko xim..hehe

axim said...

paperclip---->today working maa...lunch beli jer..heh

ita.itu--->apalah ada pada nasi goreng tuh...lain la kalau dapat wat nasik ayam (tempoh hari)macam akak kan,haha

sham said...

ahh. spaghetti gak sedap!!
tp aku kt ofis lg nie. dh kol 7 mlm lak tue.lapo siott..hampess..

sham said...

ahh. spaghetti gak sedap!!
tp aku kt ofis lg nie. dh kol 7 mlm lak tue.lapo siott..hampess..

axim said...

sham--->spaghetti memang la sedap sham oii...sapa tak suka spaghetti...dah dah pegi makan tuh...nak spaghetti sedap try kat chilli's,hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails