Followers

Friday, April 11, 2008

Tentang DIA

Secara tiba-tiba dia muncul.

Dalam keadaan kaget aku masih sempat bertanya,

'Mana kau menghilang?dah lama aku cari kau...'

Dia diam.Tanpa jawapan dia biar aku terkaku di sudut itu.Dan aku cuba mencipta persoalan lain,tanda aku tidak mampu menyelesaikan kebuntuan itu sendirian.

'kalau kau tak mampu hadir,tak apa,aku tak salahkan kau,sebab aku sendiri letih untuk mencari kau lagi...cuma aku bingung kenapa kau biarkan aku begini?apa salah aku?

Dia diam lagi.Seakan mati.Aku tak ingin dia mati.Aku perlukan dia.

'Aku tak perlu kau hadir selalu tapi jangan kau mati dari jiwa aku'..

Itu ayat terakhir yang aku luahkan sebelum dia berlalu pergi untuk kesekian kalinya.

Tanpa dapat aku jejaki.

*Ke mana kau pergi?Salah kah aku jika aku cuba untuk menjejakimu?

2 comments:

ita.itu said...

xim, dia menghilang saje2 ke? kalo saje2 ko carik je la lain..hahaha

axim said...

ita.itu--->mmmmmm mungkin akak perlu mengenali siapa itu dia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails