Followers

Thursday, March 20, 2008

Bila ALARM Berbunyi...

Pagi tadi masa saya dan rakan kerja yang lain baru hendak memulakan mesyuarat pagi,dengan tiba-tiba fire alarm berbunyi bagi seluruh stesen..kami semua menyangkakan ia hanyalah fire drill bulanan(ujian untuk latihan),tetapi sangkaan kami meleset..dengan segera semua ahli kerja berkumpul di kawasan hadapan stesen, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Setelah di siasat,ada kebakaran kecil di bilik ACC Fan,berdekatan dengan sampling point..dan kebetulan masa itu staff saya sedang dalam proses untuk mengambil sample,mujurlah dia sempat melarikan diri..jika tidak..malas untuk saya membayangkan akibatnya.

Pasukan bomba stesen segera bertindak,dan keadaan kembali pulih selepas lebih kurang 20 minit sahaja.Syabas buat pasukan bomba stesen!!

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


*gambar ini hanya sekadar hiasan semata-mata...tiada kaitan dengan cerita di atas.Harap maklum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails