Followers

Monday, July 28, 2008

BubaR DaN GabunG

'kalu payoh sangat kita bubar belaka dua dua parti,umno bubar dan pas pun bubar,kita bentuk parti gabungan baru,tetapi mesti berdasarkan islam semestinya dan bukan perjuangan bangsa sahaja yang jadi keutamaan,tetapi Islam itu sendiri perlu di beri keutamaan'

itu kata kata Tuan Guru Nik ziz Nik Mat.(tengok dalam Buletin Utaman malam tadi)

Pembubaran Parti???

hmmmm sesuatu yang sangat sukar untuk diterima oleh Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat terdiri dari kerjasama PAS,KEADILAN dan DAP.

Kerjasama itu diasaskan kepada kesamaan dalam misi menegak keadilan, menentang akta yang zalim, penyellewengan dan kerana itu PAS sanggup bersama komponen parti Pakatan Rakyat walaupun berbeza dari segi ideologi

Berhubungan dengan cadangan Tuan Guru Nik Aziz ,Pengerusi DAP-Karpal Singh terus menyelar cadangan tersebut -menyuarakan kebimbangan dan mula meragui pembabitan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Isu ini pasti mendapat perhatian dari pelbagai pihak namun perlu diingatkan ianya masih di peringkat cadangan,..lagipun nak ke UMNO bergabung dengan PAS?????

i just dont think so..

*seciput pandangan dari orang yang cetek ilmu politik.

43 comments:

Masy said...

ermmm mebi itu sekadar pandangan dia :)

Ted said...

saya rasa amatlah ptg umno memikir dgn idea nik aziz tersebut.demi kepentingan melayu dan islam itu sendiri di malaysia. Dan yang paling ptg supaya malaysia tidak jatuh ke tangan cina.

kalau tiak, putih mata seperti singapore lah kita

azizi said...

kdg2 itu sebghn kata2 kedai kopi - ayat mudah. he didn't mean it literally.
It won't be happening, since both parts are heading to a different direction. What i need now, a government with fair understanding and always put 'rakyat' on top of its priority.

anyway, all government-based medias sometimes are biasing (all the time as a matter of fact) to certain particular statement, and trying to divert the real issue.
History will not lie.

Anonymous said...

kalau jadi betui2 apa salahnya... yg penting islam terbela... bukan bangsa paling utama... islam... agama dan bangsa... tp... budak "kanyiaq" yg diperkatakan bekas tokoh politik tu nak ke... hehehe... tp siapalah dia...

adie-ishmael said...

May be PAS dah sedar betapa mustahilnya nak bekerjasama dengan pemimpin parti yang pernah berkata "langkah mayat saya dulu kalau mahu laksana undang-undang Islam!!"(Karpal Singh)... banyak perkara selepas pilihanraya kali ini yang telah merugikan agama Islam dan umatnya....!!

ita.itu said...

akak sokong la parti islam kan..tp lum penah ngundi pun..kah.kah.kah

shahril aley said...

ntah la apa nak jadi
mungkin berjaya atau sebaliknya
sama2 kite lihat perancangan mereka
semoga memberi keberkatan dalam hidup

pearl'E.J said...

eheeeee... x nak pening2 pikir hal politik... :p

Mediviron UOA Clinic said...

happy monday axim. don't get monday blues ok?

ixora said...

salam isnin...kalo jd kenyataan tak salah pun..amin, doakan yang terbaik tuk mesia n umat Islam..=)

Redbloodsnow said...

happy monday xim
tang² politik neh...Ermmz..leh ke
klo aku said aku x amik pusing sgt..hahaha

psssttt..mengundi pown x taw..wakaka
dasar rakyat yg x bertanggungjwp, kan :P

^_^ hiksss!!!

wahdi said...

Sgt setuju pandangan Pak Aziz ;)

kuchalana said...

bro.. tu satu tamparan pada pak lah actually.. TGNA nak umno bubar n joint PAS.. dia pulang buah keras bila Pak Lah duk main isu rundingan ritu.. klu kita kenai TGNA.. kita akan tau ideologi politik gila dia..

Najib Ariyan Ali Basha said...

Betul, abang setuju, UNMO takkan nak bergabung ngan PAS walau sesama muslim sebab pemimpin2 UMNO sayangkan kebebasan mereka dalam beragama, kebebasan bermaksud bebas meliarkan diri.

Tapi kalau pemimpin UMNO sendiri adalah dari kalangan yg reti perpaduan dan agama, perkara ini terlalu mudah. Bukankah PAS itu asalnya adalah daripada Dewan Ulamak UNMO... kalau dari cabang putera, puteri, pemuda dan wanita boleh menjadi Perdana Menteri, kenapalah pulak cabang Ulamak tak boleh??

fusarium solani said...

pastinyer umno tak mau!

huh aku malas nak berbicara pasal politik!

arsaili said...

salam,,,wah senator axim ek..ekekekeke

Butaseni@Wan Raja said...

:)
apa pun takpa asalkan nasib rakyat terjamin,tidak ditindih.

MOLY said...

kalau itu yang terbaik untuk negara, mungkin bagus jugak


tapi tak kot rasanya dorang nak bergabung ... kang rebut kuasa pulak ..


tatau la .. politik2 nih blurrr~
hehe ~

Anonymous said...

forget it, its not gonna work.
whos gonna be running for the president?
feel up that question 1st.

Rush Murad said...

Semuanya tidak mustahil berlaku dalam dunia politik... jangan cuba pandang politik tempatan sahaja - ambil iktibar dunia luar. Nik Aziz berpandangan jauh... dan mungkin juga polemik yg sedang melanda negara dan umat Melayu sekarang. Jalan terbaik, jangan kompromi dgn mereka yg tidak menjunjung Islam dan tidak mengangkat martabat Bangsa Melayu, bukan racist... tetapi itu hak yang bathil. Mereka DAP dan PKR bercakap tentang perjuangan hak 'rakyat' secara am... tetapi kita lupa 'rakyat' disini berbilang kaum... dan pastinya 'rakyat' Melayu Islam perlu diberi lebih perhatian. PAS sudah terasa bahangnya bersengkongkol dgn DAP dan PKR agaknya....

bozzobattousai said...

tak yah gabung, dua2 kena perjuangkan nasib org melayu dan islam baru terjamin. jgn cakap je jaga org melayu dan org islam tapi buat bisnes ngan cina dan kafir utk poket sendiri.

:: NbC :: said...

wah berat entry kali ni.. x mampu den nak bg ulasan (sebenarnya x layak).. hahahaa

Faisal Admar said...

For me Nik Aziz cakap tu betul. Cuma mampu ke UMNO berbuat demikian demi bangsa dan agama? UMNO kini dah tak sama dengan UMNO dulu...

Anonymous said...

mcm la politik sekarang. diaorang neh takde langsung pun nak discuss pasal economy ke. social ke. hampeh kesemuanya :)

aRa RaMaDhAn said...

agagaga...i mls nak pk...politik nowdays very the.......u know la kan...

PUTUBAMBU said...

takpelah..aku jadi pemerhati ngan komen2 korang jelah...

mummysyafie said...

kalau untuk kesenangan rakyat, apa salah nya

@xiM said...

Masy,

yup...sekadar pandangan dari TGNA...

==============================

Ted,

hmmmm tak nak nyer umno tuh bergabung ngan pas...

@xiM said...

Azizi,

memang umno ngan pas ada perjuangan lain lain....so ideologi pun dah berbeza macam mana nak bergabung...actuallt TGNA tu nak suh UMNO masuk PAS...paham paham la kan..

===============================

Fiza,

macam yang TGNA kata la perjuangkan islam dulu baru sibuk kan diri ngan perjuangan bangsa...

@xiM said...

Adie-ishmael,

memang nanti yang rugi agama dan bangsa kita jugak...

===============================

Ita,

ko nih...kata sokong yang parti islam tu tapi tak pernah undi...camanor tuh???sekadar di bibir sahaja tak jadik akak...

@xiM said...

Aley,

hehe semoga selamat sejahtera la semuanya...

=============================

Kak EJ,

ya betulll!!!tak yah nak sakit sakit kepala pikir serahkan saja pada depa untuk wat keputusan...kita cuma perlu amik tahu sahaja...

@xiM said...

Chen,

hepi tuesday Chen!!

==============================

Ixora,

yup...yang penting ianya perlu bawa kebaikan pada negara kita...

@xiM said...

Zie,

namoo la camtuh zie...kena la amik taw jugak..hiks...

===============================

Wahdi,

ya betul!!aku pun sokong seratus sepuluh persen!!

@xiM said...

Kuchalana,

memang tu satu pandangan bernas dari TGNA...memang di nak umno bubar join pas tapi tak gamak la dia nak cakap cenggituh sebab UMNO pun nak jaga kepentingan depa jugak...apa aku duk merepek nih..kahkah

==============================

Abang Bear,

memang semacam mustahil jer kalau nak kata UMNO gabung ngan PAS.....impossible impossible...pemimpin UMHO kena ubah attitude la...baru dapat jadi contoh dan tauladan...

@xiM said...

Aliff,

aku pun takmoh cakap pasal politik...terpanggil untuk highlight isu ni sebab macam best jer kalau UMNO ngan PAS bergabung..kalau jadi ler...

==============================

Arsaili,

patik ni pacai yang hina...hihi

@xiM said...

Buta Seni,

kalau dah menindih rakyat tu dah kes berat...

==================================

Lily,

hiks...papa pun tak taw sangat..saja jer nak highlight isu panas nih...hehe

@xiM said...

Ted,

yup...just can say-forget about that...

===============================

Bang Tepak,

tu la bahana PAS bersekongkol ngan pasrti yang tak benarkan kita laksana undang undang islam...

TGNA memang nampak berpandangan jauh dalam usaha membela agama bangsa dan negara..

@xiM said...

Bozzo,

betul tu abang...apa apa pun kena kaji balik kan...

============================

Pinky,

errrkkkkkk speechless!!hehe

@xiM said...

Faisal Admar,

UMNO takkan wat begitu ...percayalah...

=================================

Knizam,

taw takper...patutnya depa duk satu meja bincang pasal isu rakyat bukan duk bincang nak selamatkan pungkok masing masing aja...

@xiM said...

Ara,

takyah pikir lagi senang kan...tapi coba la amik taw sket sket...

===============================

Putu Bambu,

:D

@xiM said...

Kak Nor,

setuju tu kak nor...rakyat tak bodoh...

Ziana said...

pa...
ermmmm angah ikot jek..
:)

dh penat berpolitik..
:P

Izan said...

ish... bab2 politik ni mmg la cetek ilmu pengetahuan. blur...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails