Followers

Friday, May 16, 2008

Fakta Buah Pinggang


Buah pinggang yang sihat dapat memainkan peranan seperti berikut:
  • Mengumuhkan sisa buangan daripada badan
  • Membuang dadah daripada badan
  • Mengekalkan keseimbangan cecair badan
  • Merembeskan hormon yang mengawal tekanan darah
  • Menghasilkan vitamin D dalam bentuk aktif untuk kesihatan dan kekuatan tulang
  • Mengawal pembentukan sel darah merah

Apabila buah pinggang kita gagal berfungsi dengan normal, badan kita akan menahan cecair. Ini akan membawa kepada keadaan seperti berikut:

  • Peningkatan tekanan darah
  • Pengumpulan bahan buangan yang merbahaya di dalam badan
  • Badan tidak dapat membentuk sel darah merah yang mencukupi
  • Rasa penat
  • Loya
  • Hilang selera

Apabila keadaan ini berlaku, pastinya kita memerlukan rawatan untuk menggantikan tugas buah pinggang yang gagal berfungsi.Rawatannya----->HEMODIALISIS

Pernahkah anda mendengar tentang hemodialisis? Hemodialisis sebenarnya merupakan satu prosedur yang menapis dan membersihkan darah dalam badan.Ia dapat:
  • Menjauhkan badan daripada sisa buangan merbahaya yang terhasil dari makanan yang dimakan
  • Membuang cecair dan garam yang berlebihan
  • Mengawal tekanan darah
  • Membantu tubuh mengekalkan keseimbangan bahan kimia (elektrolit) seperti kalium, natrium dan klorida.

Bagaimanakah Hemodialisis berfungsi?


  • Hemodialisis menggunakan dializer atau penapis khusus untuk membersihkan darah.
  • Dializer dihubungkan kepada mesin.
  • Semasa rawatan, darah akan melalui sepanjang tiub dan masuk ke dializer.
  • Dializer akan menapis keluar hasil buangan dan cecair yang berlebihan.
  • Kemudian darah baru yang bersih dialirkan melalui tiub yang lain dan kembali kepada tubuh.
  • Dijalankan 3 kali seminggu.
  • Setiap rawatan berlangsung selama lebih kurang 4 jam.

Pesakit yang menjalani hemodialisis adalah berisiko mengalami malpemakanan.Prosedur hemodialisis akan

  • menyebabkan cecair dan nutrien tertentu hilang daripada badan pesakit
  • merangsang katabolisme (pemecahan) protein badan


Oleh itu, adalah penting bagi pesakit yang menjalani hemodialisis mengambil tenaga dan protein yang mencukupi untuk mencapai status pemakanan yang baik.


(Rujukan : http://www.kidney.org/news)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails