Followers

Tuesday, June 10, 2008

Anjung Muara Ikan Bakar @ Tanjung Dawai

Ingat tak sabtu lepas aku ada pergi sungai Petani?(kalo tak ingat sila klik sini)..tujuan pergi sungai petani tu sebab nak makan ikan bakar kat Tanjung Dawai seperti yang di sarankan oleh Abang BeruangMadu. So setibanya aku di sana Abang Bear dan rakan-rakannya(Ismardi,Suhaimi,Nazzman) dengan senang hati membawa aku ke tempat ikan bakar yang dimaksudkan iaitu Restoran Anjung Muara Ikan Bakar.

Masa aku nak pergi tuh,abang bear da pesan awal awal lagi supaya datang awal sikit,sebab nak lihat matahari terbenam di tanjung dawai tuh..so aku pun mengawalkan diri hadir ke tempat kejadian dimana kita akan dapat menyaksikan keindahan lukisan alam ciptaan Allah di Tanjung Dawai ini..Memang terasa seperti sayu pulak bila melihat matahari terbenam..hehe..Actually masa kitorang sampai ni hujan baru jer berhenti so gambar matahari terbenam ni kurang sempurna sebab kabus tebal...Tapi masih lagi cantik..


*ni gambar ketika matahari hampir membenamkan dirinya..Subhanallah..

*Dan ni pulak ketika matahari sudah menghilangkan diri,hanya cahaya yang tinggal buat tatapan.

Sesuai dengan konsep ikan bakar Restoran Anjung Muara ni menyediakan berbagai-bagai makanan laut,yang boleh di masak dengan pelbagai jenis masakan-sama ada ko nak goreng,bakar,masak tiga rasa.stim,masak cabai,atau apa apa je lah ikut selera korang k.Korang nak makan mentah pun bukan tokey kedai tu kisah,janji korang bayar.

Bermacam-macam jenis makanan laut di sediakan seperti sotong,udang,ketam,ikan jenahak,ikan kerapu dan juga ikan siakap..Ikan kembung pun ada,so ikut suka korang la yek nak makan yang mana...sila pilh yang mana satu jangan malu-malu..Kalau korang ni jenis gedik dan tak moh pegang makanan laut ni ngan tangan(*geli la kononnya..) penyepi ada di sediakan,ataupun lagi canggih korang pi duduk kat meja dan order jer suh tokey kedai pilih sendirik.Habis citer.
Malam tu kitorang pilih Ikan siakap untuk bakar,Ketam(masak cabai),Sotong(Goreng Tepung) dan juga Udang(Goreng Kunyit)..hmm makan sampai kembung nih....kalo korang nak review yang lebih jelas tentang Restoran ni,korang juga boleh menjenguh blog Abang Bear.Dia da obses ngan restoran nih...kalau dia mai kedah lagi pasti dia datang lagik tempat ni..konpem..(Betui kaa Abang Bear?)

Servis kat restoran ni pun bagus...kita tak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan..patut la abang bear da banned restoran sebelah tu,sebab servis dia lambat..So berikut merupakan apa yang kitorang makan pada malam tu:

*Yang ni ketam masak cabai(seperti yang di cadangakn oleh abang bear)-much better than ketam yang aku makan kat warung paksu tempoh hari..yang ni kuah nya lebih pekat dan lebih pedas...kalau tak silap masa ni aku makan ketam ni seekor setengah,sebab memang sedap...kalau kasi 3 ekor pun takper,aku boleh habiskan..hihi...

*Yang ni pulak Udang goreng kunyit..yang ni sedap dan rasanya biasa biasa sajer..
*Kerabu bilis ni first time aku makan...memang sedap sangat dan siap order satu pinggan lagi kerabu bilis masa tuh sebab tak cukup...pedas+masam+rangup bilis tu memang membuatkan ko akan terpaku dan membuatkan ko rasa nak tambah lagi nasik...memang menambah aku makan masa nih...(cukup ker kalo aku makan sepinggan..haha)
*Ikan siakap bakar ni pun memang sangat sedap..rempah nya sahaja akan membuatkan ko nak ratah ikan ni sorang sorang..tapi sebab abang bear pun suka bangat ngan ikan ni ,kitorang makan kongsi la...tak silap aku diorang yang lain tak makan pun ikan nih,hanya aku dan abang bear sahaja yang habiskan...mungkin diorang kusyuk makan ketam sampai lupa ikan ni...untung kami..hihi)

*Sotong goreng udang ni biasa sajer,dan mungkin banyak tempat lain yang boleh produce kan sotong goreng tepung yang lagi kaww dari nih...actually aku rasa kalu sotong ni di bakar mesti lazaaattt sebab rempah ikan bakar tu sedap,so pasti kalau sotong ni di bakar hasilnya pun akan walllaahhh gitu..
*macam biasa la kalau dah lauk banyak penuh la meja ni dengan lauk pauk yang berbagai jenis..
*Yang ni sisa makanan dari Abang Bear sorang yer..di ulangi-abang bear sorang jer yang produce kan sisa yang banyak nih...yang aku makan lagi ler banyak sebab aku makan ketam lebih dari dia...kahkahkah
Alhamdulillah,semua tersandar kekenyangan menikmati Ikan bakar dan makanan laut di Restoran Anjung Muara nih..keseluruhannya aku kasi A kat kedai nih,dengan makanan yang sedap dan servis yang mesra akan membuatkan anda ingin berkunjung lagi ke restoran ini di lain waktu.

Haa lupa nak bagitau masa kitorang makan nih Ikan siakap bakar tuh tokey kedai kasik free sajor,tau tak kenapa:masa Abang Bear duk sibuk amik Gambar tokey kedai tu tanya :nak wat masuk internet kaa duk amik gambaq-gambaq ni? Kitorang sengih sajer dan yang paling best bila tokey kedai tu bagitau yang ramai duk mai kedai dia sebab baca review pasal Restoran ni di Beruangmadu.com,waaaahhh sampai gitu skali glemernye blog abang bear tuh yek...siap jadik tools untuk menarik pelanggan lagik..Kelasss gitu..So hasilnya dapatlah kitorang makan ikan bakar free malam tuh..Terima kasih banyak banyak Abang bear yek.

Kesimpulannya promote la lagik tempat nih,nanti pi sana boleh la makan free lagik...kehkehkeh...wallahualam.

*Tag ni sekadar hiasan semata-mata.

*Gambar-gambar di atas adalah ihsan dari abang beruang madu.tq yer bang.kalau korang nak tau lokasi tempat nih silalah berhubung terus dengan Beruangmadu.com yek.Sekian.

16 comments:

shahril aley said...

wahhh dah jadi anak didik bang yazeed ke review makanan. ko memang taksub gile dgn makanan la. bagus2 lepas ni sile cite dgn detail bile pi makan yg best2 ye.

apa cite rancangan jalan2 cari makan bersama axim tu? takkan dah berkubur kot? skrg entri ko banyak gak terselit ayat2 perli org. dah panas enjin kot budak ni :)

Beruang Madu said...

Hahaha terima kasih terima kasih atas puji2an tu...

memang overall makanan kat sini paling sedaplah yg Abg Bear makan di Kedah nih... menjilat siku sangat... laen kali kita makan lagi yer Axim kalau Abg Bear ke sana...

Ketam tu memang best tapi kalau korang ke mati bagusnya banyakkan makan bakar bakar lah... yg lain tu tempat lain lagi sedap...

Abg Bear jadi selera besar sebab si Axim ni memang sporting pasal makan... 'tambah Zim... tambah!!!!'... takdak diet diet...

syukur said...

mmmmmm suka betul dengan selera masakan ala kampung. gambar sunset tu memang cantik, menarik dan tertarik.. memang da bomb

bluecrystaldude said...

wah, lapar tgk picture2 nih.. tp udang masak cabai, sotong goreng udang, udang goreng kunyit, ni smua tak oily sangat k?

Inah said...

waaah..besnya makan..aximm..bawak inah ke sini boley??lalalalala

Beruang Madu said...

Inah... tak boley... Abg sekarang dah jadi Duta kat Anjuang Muara nih... kalau tak, takkan dapat makan ikan free... hahahahaha.... isik borang duluh baru leh datang makan.... hahahahhaa (ketawa bagai Bota Raksasa)

Mieza said...

masakan dia mmg nmpk sedap...wah smpi menjilat siku ya...

hrs ajak hubby pg ni...hubby nama je org kedah...tp tmpt cenggini dia x tau...yelah dh lama duk kl..

glamer gak abg bear kat sana ya...:D

nazzman ibrahim said...

itu belum lagi abg bear makan semuanya kalau tidak dalam pinggan tu tak ada sisa silap2 sekali dengan pinggan tu habis di kunyahnya hahaha
ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn abg bear

axim said...

aley--->aku memang obses ngan makanan tu yang badan makin tambun ni..hahaha...pasal rancangan tuh tergendala sebentar sebab krew kamera ngan selebriti undangan semua takdak lagi...hosss pun duk sibuk ni,ngan nak tengok bola lagik ngan kerja lagik,kucar kacir jadinya tu yang rancangan tuh di hentikan sementara...maaf nooo..

Abang Bear--->makanan dah best so rugi la kalau nak berdiet lagik...tak ingat diet apa dah masa ni,tapi tak leh la nak amalkan selalu abang kan...nanti laen plak jadinya...sekali sekala ok lah...mana nak cari kan sambil makan sambil melihat matahari terbenam..hehe..tq yer bang.

Syukur--->nanti hang bagitau kat abang Yazeed suh bawak ke sini..dia da jadi duta rasmi kedai nih..haha

axim said...

Blue--->tak oily sangat la...kalau oily pun aku belasah sajork,tak leh tahan maa....menambah nambah lagik aku makan...he ehehehe sedddaaappp....!!!

Inah--->nanti kalo inah balik penang kita pi makan kat sini,nanti boleh mintak tolong Abang Ismardi bawakkan k,

Abang Bear--->opppsss....sowee inah,da bypass duta anjung muara nih..nanti inah mintak borang ngan abang bear dulu k,axim da jadi ahli seumur hidup makan kat kedai nih,so takyah dah borang borang nih,hehe

axim said...

Blue--->tak oily sangat la...kalau oily pun aku belasah sajork,tak leh tahan maa....menambah nambah lagik aku makan...he ehehehe sedddaaappp....!!!

Inah--->nanti kalo inah balik penang kita pi makan kat sini,nanti boleh mintak tolong Abang Ismardi bawakkan k,

Abang Bear--->opppsss....sowee inah,da bypass duta anjung muara nih..nanti inah mintak borang ngan abang bear dulu k,axim da jadi ahli seumur hidup makan kat kedai nih,so takyah dah borang borang nih,hehe

axim said...

Mieza--->lor ye ker...nanti suh hubby abang bawak ke sini tau...memang menjilat meja dan kerusi skali..haha...abang bear da jadi duta rasmi la kat sana,dia da terminate kontrak ngan restoran tupai tupai sebab da lama sangat dia melangut kat Kedah..hehe

Nazzman--->abang bear takkan ampunkan ko nazz...percayalah cakap aku..ngan ko skali di makannya nanti..hahaha

Lily.Lulu. said...

axim .. kalau lily g sana .. nanti bawak lily g makan kat tempat nih yer ..

sedapnyaaa la mata nih tengok segala lauk pauk

:D

nyammmmmm !!

ita.itu said...

yaampun byk nyer... makanan ko order..nmpk sdp sgt

axim said...

lily--->sure,kalau lily mai sini kita pi serang tempat ni dulu k,memang sedap dan lazat...nanti sila makn ketam tu tiga ekor sorang yek,,hehe

Ita---->memang Sedap!!!u should try that..

restoran seri siantan said...

Salam Beruang Madu, first time saya baca blog ni, teruja sangat dengan cerita dan berita. Terutamanya pasal tempat menarik untuk makan-makan. Sebenarnya anjung Muara tu kedai kawan saya, dan memang tempat tu harga patut, makan sedap dan servis bagus. Oklah dipendekkan cerita saya nak minta tolong kalau-kalau boleh promote satu lagi restoran di Sungai Petani ni yang baru dibuka, iaitu Restoran, Kafe dan Galeri Seri Siantan. Letaknya di bandar Laguna Merbok. Kalau nak tahu tentang restoran ni, boleh lawati blog- www.serisiantan.blogspot.com dan tengok a few posting kat situ.Esok kalau datang sini saya aturkan untuk abg bear jumpa tokey dia dan tolong promote sat tempat ni jadi popular. Terima kasih banyak-banyak yer...boleh gak col saya 012-4667045. Wasalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails