Followers

Wednesday, June 11, 2008

Sweden & Spain TO the TOP

Semalam dalam pukul 11 lebih baru aku tertidur..Sebelum tidur aku pesan kat bantal nak bangun pukul 2.30 pagi..dan alhamdulillah memang terjaga aku pukul 2.30,kebetulan kot..haha(actually dulu nek aku ada pesan kalau nak bangun pesan kat tillam atau bantal supaya buat kita terjaga...mitos je kot ni..hehe).Sempat la aku menyaksikan perlawanan antara Sweden VS Greece.Pada masa yang sama juga berlansung perlawanan antara Spain VS Russia,satu perlawanan yang tak kurang juga hebatnya.

So hari ni meh kita review sket pasal perlawanan yang aku tonton pagi tadi,Sweden menetang juara bertahan Euro2004,Greece.

Babak pertama yang hambar

Bagi perlawanan ini,Sweden membariskan pemain berdasarkan formasi 4-3-3,manakala Greece pula memakai guna formasi 5-3-2..Dari segi formasi pun korang boleh agak la kan corak yang macam mana pasukan Greece bentuk untuk perlawanan awal pagi tadi..Mereka lebih banyak bermain secara defensive,dan itu sedikit sebanyak menyebabkan Sweden yang bermain secara offensive sukar untuk mencari rentak untuk menjaringkan gol.Namun Cubaan bagi penyerang Greece,Charisteas boleh di puji kerana bijak mencari peluang untuk membawa pasukan ini di hadapan.

Sweden mempertaruhkan pemain yang tersohor,Zlatan Ibrahimovic (anak didik dari ajax Amsterdam),kali ini Lars Lagerback (Coach Sweden) mamasukkan kembali Henrik Larson (yang boleh digelar 'kuda tua' sebab umur dia dah 36!) ke dalam kesebelasan utama untuk bergandingan dengan Ibrahimovic,dan ternyata itu banyak membantu Sweden untuk mencipta peluang bagi mencari gol dalam perlawanan ini.

Nyata persembahan yang sangat hambar dapat dilihat pada separuh masa bagi perlawanan ini,membuatkan aku rasa cam nak tidur jer..huhuhu...sedih aku melihat corak permainan Greece,yang pernah menjuarai Euro2004 menentang Portugal yang banyak menyimpan bola di kawasan sendiri,senang cakap diorang main nak save la kononnya,tapi kalau tak buat gol takdak gunanya kan...hisshhh...tensen aku..

Babak Dua:Kebangkitan Sweden

Pada awal permulaan separuh masa kedua ni dapat di lihat seakan akan Greece menukar sedikit corak permainan,lebih menuju ke arah Offensive,tetapi cubaan yang di lakukan oleh Basinas masih tidak mampu untk membolosi gawang Sweden yang di kawal ketat oleh Isaksson.

Bagaimanapun,pada minit ke 67' Zlatan Ibrahimovic telah memecahkan seri sekaligus meletakkan Sweden sebagai pendahulu apabila menjaringkan gol pada minit tersebut.Memang lawa giler gol tersebut,hasil dari hantaran cantik Henrik Larsson.Gol tersebut menamatkan kemarau gol bagi Ibrahimovic yang telah lama tidak menjaringkan gol di peringkat antarabangsa sejak Oktober 2005.(Kelab yang dia main ialah InterMilan selepas berpindah dari kelab Juventus)


*Zlatan Ibrahimovic

Selang lima minit selepas itu iaitu pada minit ke 72',sekali lagi Sweden membuat jaringan oleh Peter Hansson(Actually Hansson di posisi Defend).Sebenarnya gol ini sepatutnya adalah milik Fredrik Ljunberg,tetapi di tepis oleh nikopolodis(Greece goal keeper),dan apabila Hansson menerpa ke arah gawang bola terkena kedua-dua belah lututnya dan menghasilkan jaringan.Corak permaiann Fredrik Ljunberg juga boleh di berikan pujian kerana banyak kali dia berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan dan membuka peluang kepada pasukan sendiri untuk mencipta jaringan.


*Karagounis dari Greece

Secara keseluruhannya ternyata Greece masih lagi bermain dengan taktik lamanya seperti di kejohananan euro 2004 bertempat di portugal,dan itu tidak memberikan impak yang positif kepada pasukan itu.Orto Rehhagel perlu mengkaji balik taktik mereka bagi menentang Russia untuk perlawanan seterusnya.Dengan kemenangan Sweden 2-0 menentang greece,nyata Sweden juga mampu memberikan saingan yang Hebat bagi EURO2008 kali ini.Congrats buat Sweden.

Spain VS Russia

Perlawanan antara Spain dan Russia menyaksikan dominasi Sepanyol ke atas Russia apabila menang 4 berbalas satu,dan ini memberikan kelebihan yang banyak buat sepanyol berdasarkan jaringan gol.Setakat ini sepanyol merupakan pasukan yang menghasilkan jaringan gol tertinggi,dan yang paling Dasyhat hatrik pertama di semournakan oleh David Villa bagi EURO2008 kali ini.Satu lagi gol di sempurnakan oleh Cesc Fabregas.

Tahniah untuk pasukan Sepanyol!!(suka la orang itu pasukan pilihan dia menang...!!)


*David Villla and Fernando Torres

Setakat ni jumlah jaringan yang telah terkumpul bagi perlawanan semua kumpulan ialah 16 gol jumlahnya,dan Group D ni menyumbang gol tertinggi berbanding kumpulan lain.Keseluruhannya,aku rasa kumpulan yang paling menyerlah setakat ini ialah team Holland dan juga Spain..(berdasarkan perlawanan pembukaan).Kita tunggu dan lihat sama ada team ini mampu untuk mempertahankan kehebatan mereka.

Salam hari rabu dan ketemu lagik dalam review EURO2008 esok!!

*esok perlawanan antara Czech Republic VS Portugal,Switzerland VS Turkey...yang portugal lawan Czech Republic tuh tak boleh miss ooo...

7 comments:

Lily.Lulu. said...

axim .. memang ko bagus betol laa buat liputan euro 2008


syabas !! syabas !!
:D

mummysyafie said...

bantal ko leh cakap ke axim?

ita.itu said...

sib baik akak x minat bola..hehe

axim said...

Lily--->ni suka suki jer ni,at least boleh wat checklist balik bila da sampai final nanti..makan bola tidur bola,minum air kosong sudah...

Mummy--->aah,bantal aku leh bercaakp le kak,bantal ajaib nama di berik...kalau terkejut silalah larik.....hehe

Ita.itu--->ye lah,ko kan minat bola lain kan akak akn..boleh aku tau tak bola apa tuh?*larikkkkss...petir

aRa said...

i ngantok gilo's tgk Greece main...terutama 1'st half yg nak abis dah time...pasing sesama mereka...terus terlelap smpi gol ke 2 sweeden...agagagaga

Nikli said...

aku tengah tedur yang amat enak time nihh.. meleleh kuar ayak liuq basik lagik..

*huwekkkk..

axim said...

Ara--->tau takper...bosan la Greece main...caman la jadik juara EURO2004 camtu punya skill...hishhhh

Nikli--->yer...aku tau....hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails