Followers

Friday, June 20, 2008

GERMANY KE SEPARUH AKHIR

Perlawanan pembukaan Suku Akhir dimulakan awal pagi tadi dengan pasukan Portugal menentang Germany-yang akhirnya menyaksikan kesudahan yang tragis buat portugal apabila tewas di tangan Germany dengan 3-2.Kemenangan itu merupakan satu rahmat bagi pasukan German yang telah gagal untuk menjejakkan kaki ke separuh akhir sejak tahun 1996 lagi.

SEPARUH MASA PERTAMA

Separuh masa pertama yang cukup sensasi buat German apabila Bastian Scweinsteiger bermain dengan cemerlang.Beliau berjaya melakukan gol hasil lorongan bola dari Lukas Podolski seawal minit ke 22'.Gandingan Podolski dan Schweinsteiger memang menampakkan hasil.Sepakan percuma yang diperoleh Schweinsteiger 4 minit kemudian memberikan gol kedua buat Germany-apabila Miroslav Klose bijak mencari ruang dan menghasilkan gol menerusi tandukan cantik.Portugal semakin tertekan namun 5 minit sebelum wisel penamat bagi separuh masa pertama di bunyikan,Nuno Gomes berjaya menghasilkan jaringan menjadikan kedudukan 2-1.

SEPARUH MASA KEDUA

Babak kedua bertambah gemilang buat Germany apabila Micheal Ballack berjaya menghasilkan satu lagi gol (tandukan) hasil daripada sepakan percuma oleh Bastian Schweinsteiger(minit ke 61').Keadaan yang cemas buat Portugal memaksa Scolari menghantar Nani dan Postiga sebagai percaturan terakhir.Satu taktik yang baik-di mana pada minit ke 87' Heider Postiga berjaya menanduk cantik ke gawang lawan menafiakn Jens Lehmann,namun sudah terlambat bagi Portugal untuk menyamakan kedudukan,sekaligus kemenangan berpihak kepada German.

Germany menang dengan kelebihan gol 3-2 menentang Portugal.
*Bastian Schweinsteiger dan Lukas Podolski meraikan kemanangan Germany.
*Pasukan German meraikan kemenangan bersama penyokong-penyokong
*Bastian Schweinsteiger selepas meledakkan gol pendahulu bagi German
*Tandukan cantik bagi gol kedua Germany oleh Miroslav Klose
*Christiana Ronaldo congratulate Nuno Gomes on his goal
*Micheal Ballack menambahkan jaringan German dengan tandukan
*sudah terlambat bagi heider Postiga tetapi memberikan beliau kelebihan dengan Gol antarabangsa

Dengan kemenangan German itu maka tersingkir sudah Portugal dari EURO 2008 ini.Pada tahun 2000 portugal berjaya ke Suku akhir dan pada 2004 Portugal berjaya ke Final tetapo tuah tidak menyebelahi pasukan ini pada 2008.Christiana Ronaldo pula seolah hilang magis nya dalam perlawanan ini,dan impian Portugal untuk ke Final bagi kejohanan EURO kali ini sama sekali telah musnah.

*Germany akan bertanding menentang sama ada Croatia atau Turkey,di separuh akhir bergantung kepada pasukan mana yang akan mara di antar Croatia dan Turkey ini.

13 comments:

Ziana said...

idop Germany!!
:)

sakura-nantoka said...

What is it with guys & soccer? How can watching 22 guys chasing after 1 ball be that interesting? Yawn!

I gave up soccer a long time ago. I remembered staying up all night just to watch the world cup final back in 1994. 90 mins game + 30 mins extra time passed with not even a single goal (or was it draw?). Then came the penalty kick and Roberto Baggio, the best Italian player during that era had to spoil it. He missed a penalty. His kick was waaaaay off-target, the ball was nowhere near the goal post. And Italy lost to Brazil. Boring game.

Btw, until today I'm still confused with the meaning of off-side. I know it has s'thing to do with the positions of the striker and the defender + a virtual line but I still can't figure it out when I see one.

Now I'm more into rugby. I like it when they do the Hakka. Are you a rugby fan too?

Beruang Madu said...

arghhhh..... saja jer nak menyakitkan hati aku nih.... tidakkkkkkkkk!!!! siap kata C. Ronaldo hilang magik lagik... arghhhhhh lagi arghhhh!!! grrrr grrrr grrrrr (abg bear tuko ijau nih.... aku hulk aku hulk...)

nasazfrog... said...

ha bergasak lah korang cito pasal bola,,, den dah ponek dah asyik kek teman hubby jer tgk bola,,, yuhuuu...:)

Lily.Lulu. said...

x rugi laa baju Germany yang lily belikan untuk EA hari tuh masa kat kelantan.

huhuhu ~

Anonymous said...

hamboi2..macam tgok jer member ni. Setau aku ko tido mcm bayi mlm tadi...meriah u all

axim said...

ziana--->yeeee idup germany..

Sakura Nntoka----not quite a rugby fan la sakura...i'm die hard fan of itali..still remember that moment...masa diorang lawan brazil..

axim said...

beruangmadu---->jangan marah bang...hakikat kehidupan yang harus diterima tuh..hehe

nasazfrog--->nak jadik isteri mithali kena la camtu kan..hiks..

axim said...

Lily---->x rugi memang tak rugi..heee

Annonymous---->gadis senduk kah ini?

♥Zack ~ 'A♥ said...

Tp kan mmg patut ar German menang sbb portugal main kasar gile.. gedix ok..
pastu asyik kuatkan bahagian penyerang ajo... tah apo2... i love Germany!!
tp kalo p final biarla holand ok.. =p

axim said...

zack----->yup,german deserve menang..portugal defend lemah sangat masa nih...

axim said...

zack---->holand already eliminated la...tak sampai semi final pun..hihi

Nikli said...

podolski skrg dah teman hang kat ofis.. :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails