Followers

Saturday, June 14, 2008

Itali Seri,Netherlands Mara!!

Perlawanan Bagi Group C awal pagi tadi menyaksikan Itali VS Romania, diikuti perlawanan antara Belanda menentang France.

Bagi perlawanan antara Itali Vs Roamania-apa yang aku boleh simpulkan ialah cemas,mendebarkan dan penuh dengan aksi.!!Very entertaining match,sampai aku da macam orang gile duk terjerit-jerit menyokong Azzuri..Jom kita review skit kedua-dua match tersebut:

AZZURI,ROMANIA TIE

Separuh masa Pertama

Dalam babak pertama ni dapat di lihat kesungguhan Itali untuk mendahului perlawanan ini.Romani ajuga tak kurang hebat menyerang,dan boleh di katakan serangan balas antara kedua pasukan menjadikan perlawanan ini penuh dengan aksi.Luca Toni(azzuri) telah berusaha dengan baik,he played well to ensure Italy got place to the quarter Final.

Credit harus diberikan kepada Gigi Buffon(italy goalkeeper) yang telah berusaha keras untuk mengekang asakan lawan,great Saves by Buffon,dan penjaga Gol Romania,Lobont juga layak di puji atas kecekapan beliau menghalang cubaan-cubaan panas Luca Toni.

Di awal perlawanan Donadoni(itali coach) telah memasukkan Del piero serta chiellini,dan bagi aku itu memang merupakan ssuatu taktik yang bagus kerana ternyata benteng pertahanan Romania dapat di kucar kacirkan dengan gandingan Grosso,Camoranesi,del piero dan Luca Toni.Kehebatan Romania mengekang asakan dan mengasak juga tidak dapat disangkal,dan separuh masa pertama ini berakhir dengan 0-0.


*Luca toni yang bermain dengan baik kali ini,tetapi adakalanya terlepas peluang-peluang keemasan.

Babak Masa kedua:Emosi buat Romania

Di awal perlawanan bagi babak masa kedua penyerang Romania,Adrian Mutu berjaya menghasilkan Gol,1-0 buat Romania.Pada masa ni aku bengang gila ngan Gianlucca Zambrotta sebab terlepas pandang Adrian Mutu yang berada di belakang nya semasa cuba menanduk bola kepada Buffon.Akibatnya Mutu memperolehi kelebihan itu dan berjaya menjaringkan Gol!!Aku bengang..!!

Di sini lah kesilapan Romania apabila gol pertama mereka menyebabkan fokus mereka terganggu dan memberi peluang kepada Christian Panucci (italy) untuk menjaringkan gol..(masa ni aku menjerit gila babi mampus lah kalau jiran mau marah ataupun merungut..peduli hapa aku..)..Keadaan kembali seri dan aku masih menunggu Gol dari Itali.

Serangan balas demi serangan balas di lakukan oleh kedua-dua pasukan,dan nyata agak sukar Luca Toni mencipta peluang untuk menjaringkan gol..actually banyak giler peluang yang ada tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi.Keadaan menjadi parah apabila Romania berjaya mendapat sepakan Penalti akibat kekasaran Christian Panucci.Masa ni aku dah berdebar gila-gila punya,,(dalam hati aku mengharapkan Buffon mampu mengekang penalti tersebut).Adrian Mutu bertanggungjawab melaksanakan Penalti tersebut,dan skali lagi aku bersorak tak hengat bila Buffon mampu menyelamatkan Gawang dari di bolosi...!!!Fuhhh...lega..


*mesti Zambrotta lega giler lepas Buffon dapat selamatkan bola penalti,sebab gol pertama Romania adalah di sebabkan kecuaian dia..kalau dia tak cuai konpem itali dah menang match ni..



Keputusan akhir 1-1,kedudukan seri..(sedikit kecewa tetapi aku dapat lihat penambah baikan dalam Azzuri).Keseluruhannya ini memang merupakan satu perlawanan yang menakjubkan,dan ternyata Romania bukan calang-calang pasukan.Penjaga gol Romania,Lobont yang bermain bersama-sama Luca Toni dan Adrian Mutu mempamerkan aksi yang cemerlang,(not to mention Gianluiggi Buffon).

MAGNIFICIENT DUTCH!!!

Pukul 2.45 pagi tadi pula perlawanan setrusnya bagi Group C ini ialah antara Holland VS France..Perlawanan yang sangat bermakna buat Holland kerana telah menag 4-1 ke atsa France..!!

First Half Time

Gol pertama di sempurnakan oleh Dirk Kuyt (gambar di atas),dengan tandukan yang cukup-cukup hebat menjadikan Belanda sebagai pendahulu dalam perlawanan ini.Walaupun France mempunyai penyerang handalan,Tieri Henry (yang telah cergas kembali dari kecederaan) namun macam biasa la,Henry kalau international dia tak menyinar..magiknya seolah olah hilang dan banyak terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

Second Half Time

separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan France apabila menjaringkan gol penyamman,gol yang agak licik dari Tieri Henry yangmendapat peluang daripada Sagnol.Ini menjadikan keadaan 1-1,namun Belanda terus membuat cubaan cubaan merbahaya tetapi masih mampu di kekang oleh pertahanan France.

Taktik yang cukup bijak bagi Marco vaan Basten(coach Belanda) apabila memasukkan Robin Van Persie dan Arjen Robben bagi separuh masa kedua ini,memang percaturan yang hebat apabila Persie menjaringkan gol pada minit ke 59' hasil hantaran cantik Arjen Robben..Aku rasa kalau dari awal lagi Vaan Basten memasukkan kedua dua gandingan ni memang France kalah teruk..

Pada minit ke 72' pula,gol yang sangat sensasi dari Arjen Robben memnjadikan keadaan bertambah rancak bagi pasukan Belanda..Dapat di lihat pemain belanda memang bebakat besar,Dan akhirnya pada minit ke 90+2 Wesley Scneijder (dalam perlawanan pembukaan dia juga menjaringkan gol,ketika menentang Itali) meledakkan gawang France dengan gol kencang,menjadikan Holland menang 4-1 ke atas France.

Memang dashyat Belanda kali ni,dan aku rasa memang ini killer team dan mungkin sangat mampu untuk menjadi juara euoro2008 ini selain dari Portugal dan juga Spain.Kedudukan Group C selepas kedua dua perlawanan ini:

GROUP C
Netherlands 6
Romania 2
Italy 1
France 1
Perlawanan terakhir akan berlansung nanti untuk menentukan pasukan mana yang layak ke Quarter Final.Hanya dua pasukan yang layak,dan kalau Itali nak layak ke quarter Final,itali mesti menang perlawanan dengan France nanti,no choice is given..Tu pun kalau Romania kalah menentang Belanda.Kalau Romania menang menentang Belanda(mungkin ke?hehe) maka sah-sah lah Holland dan Romania Akan ke Quarter Final,Itali dan France akan bungkus-balik kampung laa...!!

*There's still a hope to Azzuri to walk into the quarter Final,depend on the match between France next week..I hope they can make it....Hidup Itali..!! :D

6 comments:

Ziana said...

then call me..
gelak2 and sorak2?
hehehhe

very hapening kan?
:)

janji layannn..

aRa said...

i tersentap okeh lepas adrian mutusamy(cantik tak nama br dia???agagaga) score...agagaga... serious...sentap...nasib la sentap kejap je...and masa penelti itew...Ya Ampun...hatiku berdebar mcm i lak yg jadi Buffon...Dia la hero i mlm td...agagagaga...mlm ni dah tak...org lain lak...agagaga

holland vs france i tak tgk pun...2-2 team yg idak ku minati...agagagaga...

Nikli said...

aku tengok sekerat sampai minit ke55 time seri tuh saja..

then sambung tgk pagik tadik pulakk.. hahhaa...

axim said...

Ziana--->betui tuh kak non,janji layaaannnn.....

Ara--->memang cemas sangat masa tengok perlawanan tuh.....tension gak ngan itali sebab gagal mencari gol walaupun luca toni dapat banyak giler peluang untuk meletakkan itali di hadapan...apa apa pun semoga itali mampu ke quarter final...we'll see later

Nikli-=-->takper,astro banyak ulangan kan...kalau tak sempat nak tengok pagi buta tuh tengok jer bila bila free...channel 817 818 819 menjanjikn siaran ulangan yang mantap!!

Faisal Admar said...

belanda mmg nampak kuat euro kali nih. aku harap2 portugal akan amuk sampai ke titisan peluh terakhir!

Beruang Madu said...

huuuu.... bola... no komen!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails