Followers

Tuesday, June 10, 2008

Azzuri Defeated!!!!

Salam bersiaran.Semalam lepas balik kejer,terus aku collapse dan tak sedar apa-apa dah pastu...what a hectic monday..Sedar sedar da pukul 2 pagi,and it's really a perfect time to wake up since at 2.45 am tadi ada match EURO08 for Group C,Yang dikatakan kumpulan maut sebab semua pesaing yang hebat berada dalama kumpulan ini.

Itali Vs Belanda,dan France Vs Romania.dan sudah tentu aku tak nak melepaskan peluang untuk melihat pasukan pilihan aku,itali untuk beraksi bagi EURO kali ini.Tetapi ianya berkhir dengan kehampaan,apabila ternyata belanda bukan calang.Aku akan mulakan dengan analisis bagi perlawanan yang ditonton sebentar tadi.(the match is between Itali and Holland)

Separuh masa Pertama

Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan dominasi Team Belanda ke atas perlawanan denagn ball possesion 56%,dan Itali 44%.Dapat dilihat kesungguhan Holland untuk menjuarai perlawanan ini,dengan formasi 4-2-3-1 nyata Marco Van Basten(coach Belanda) membuat percaturan yang tepat dengan meletakkan Ruud Van Nistelrooy sebagai penyerang utama(Nistelrooy sangat bagus dalam membuat finishing yang cantik,senang cakap dia ni pandai la main curi ayam..tapi he is great)


Dan pada minit ke 17' percubaan yang canti dari Nistelrooy untuk menjaringkan gol tetapi dapat di halang oleh Buffon(italy Goalkeeper)..tapi membuahkan hasil pada minit ke 26',sebuah gol yang agak kontroversi sebenarnya..aku sendiri nampak dia berada dalam posisi offside semasa menjaringkan gol,tapi aku tak faham mengapa pengadil tetap memberikan pengesahan pada gol tersebut.masa ni Luca Toni(penyerang Itali) siap dapat kad kuning sebab membantah Gol depan pengadil.

Actually pada separuh masa pertama ni aku dah mempersoalkan kemampuan Italy..benteng pertahanan kucar kacir dan pemain di bahagian Midfield(Gattuso,Pirlo,Ambrossini) pun seolah hilang punca dan seakan bermain di bawah kemampuan.Aku tak menyangkal bahawa ketiadaan Fabio Canavvaro (Captain Italy)sedikit sebanyak membuatkan team ini kurang inspirasi dan kurang bijak untuk bermain dengan strategi.Fabio Canavarro tuh aset penting Itali tuh...tu yang aku kecewa lepas dapat tau dia takkan beraksi untuk EURO kali ni.

Penguasaan Belanda semakin ketara pada minit ke 31' apabila Wesley Schneider membuat jaringan yang sangat cantik(ala-ala sepak takrw punyer tekong plak) hasil hantaran cantik kuyt,dan memberikan keputusan 2-0 pada perlawanan separuh masa pertama.

Dalam separuh masa pertama ini,itali ada juga membuat beberapa cubaan,antaranya dari Dnaale tetapi di nafikan oleh penjaga gol Manchester United-Van Der Saar.Keseluruhannya pada separuh masa pertama memang perlawanan di dominasi oleh belanda,dan Itali perlu berbuat sesuatu bagi membuktikan yang mereka adalah bekas juara piala dunia 2006.

*Gol dari Wesley Schneider ni seolah-olah hadiah hari jadi la plakbagi dirinya,since dia menyambut hari lahirnya yang ke-24 ari ni...congrats..

Separuh Masa Kedua

Pada separuh masa kedua seakan menyaksikan sedikit kebangkitan dari Italy,tetapi masih tidak cukup untuk menggegarkan benteng pertahanan belanda yang ampuh.dapat dilihat cubaan demi cubaan dari pasukan Itali-minit ke 53'(zambrotta) dan minit ke 65' dan 69 (Alesandro Del piero yang menggantikan D'Natale pada minit ke 63').Tiada gol yang dapat di hasilkan,dan tekanan semakin dirasai bagi pasukan Azzuri .

Van Nistelrooy di gantikan dengan Robie Van persie pada minit ke 70'.Dan pada minit ke 75' sayang seribu kali sayang apabila Luca Toni(itali) gagal menyempurnakan gol dengan peluang yang cukup tinggi-cubaan di hadapan gawang yang gagal di sempurnakan..Kredibiliti Luca Toni sekali lagi di persoalkan di sini,memandangkan beliau juga merupakan penjaring terbaik dalam piala UEFA bayern Munich(10 gol,kalau tak silap la..)

Impian Italy boleh dikatakan berkecai apabila tandukan cantik dari Vaan Bronchorst pada minit ke 77' memberikan kemenangan mutlak kepada Belanda.well deserved by Holland,and clearly shame on Azzuri on loses with holland 3,and Italy,NO.

30 Tahun Penantian

Kemenangan belanda sebentar tadi itu melenyapkan penantian 30 tahun untuk menang perlawanan menetang Itali,di mana pasukan belanda kali terakhir menang dengan Azzuri pada tahun 1978 Piala Dunia.Belanda yang mempunyai rekod tewas 6 kali dan seri sahaja 2 kali dengan Itali seharusnya berbangga dengan pencapaian bagi perlawanan pembukaan untuk EURO2008 ini,sekaligus menundukkan kemampuan Itali selaku Juara piala Dunia pada tahun 2006.

*kemenangan di rai bagi pasukan Belanda.

Keseluruhannya aku rasa Belanda telah memberikan satu persembahan yang cukup hebat dan mantap dengan jentera serangan yang hebat-hebat.Nyata formasi 4-3-2-1 dari Marco Van Basten membuahkan hasil,dan mematahkan formasi lawan(itali) 4-3-3..Itali tenggelam dalam perlawanan ini dan aku harap Robert Donadoni boleh memikirkan satu startegi untuk perlawanan seterusnya bagi Azzuri.Dalam bola sepak macam-macam boleh terjadi,dan ini merupakan mimpi ngeri buat pasukan Itali.Itali kalah tetapi sokongan padu tetap aku berikan,itu sudah pasti('',)

Oh ya,lupa lak nak bagitau pasal perlawanan antara France VS Romania.Nampaknya mereka hanya mampu seri satu sama walaupun ramai yang menjangkakan France akan memenangi perlawanan tersebut.Dengan keputusan itu,aku rasa Group C ini bukanlah merupakan kumpulan 'killer' lagi,kerana telah terbukti kemampuan sebenar kumpulan pilihan ini gagal di tonjolkan sepenuhnya.

*siaran tertunda bagi france vs Romania macam biasa akan di siarkan malam ini di tv9.

18 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Bola bola bola... hahahaha ada masa manusia kalah Axim... tapi dia belum matikan... dia kena bangkit teruskan...

Anonymous said...

azim, sedih ni, dua2 team ai kalah. france seri, italy kalah..

hate that!

izal said...

kau boleh ganti Hasbullah Awang la bro....ade bakat nihhh...

italy kalah...tarik nafas pjg2 bro...

ita.itu said...

jgn tido lmbt2...bukan best pun tgk bola..tgk bola lain lg sdp..haha

mummysyafie said...

adoii..ita nyer statement kat atas tu..sungguh kuning tau, tapi betul tu axim...tengok bola lain pun syok..:P

larikssss

@xiM said...

Abang Bear--->yup,coach Italy Robert donadoni pun kata mesti teruskan jugak...so nanti diorang akan wat persiapan rapi untuk menentang romania..belum terlambat untuk itali menebus kekecewaan ini...kita tunggu...

Ted--->i kecewa ngan performance itali,tapi nasib baik france seri ngan romania,at least jumlah aggregate tak la beza sangat..sempat lagi Itali nak bangkit..

Izal--->hasbullah awang?hahah mana boleh bro,dia tu pro,aku nih suka suka aja...kahkahkaah..france seri ngan romania...nanti france plak lawan ngan holland...berjag-jaga lah yek..hehe

@xiM said...

Ita---->ko tengok bola pak aji yer ita?kahkahkah...patut la pak aji tak senang duduk akak...ada orang duk tenung...kehkehkeh


mummysyafie---->akak pun duk tenung macam ita kah?hehe...sama kuning la uoll nih...tercemar i yang suci ni..kehkeh

akupunyahal said...

hmmm lari topik ni.. bila i bukak ur blog mesti keluar advert yg bukan2 huu huu.. takut jer ada virussss

shahril aley said...

alangkah best nye dapat tido yg nyenyak sepanjang malam.....

zzzzz...........

@xiM said...

malim--->aah,kalau i bukak blog sendirik pun mestikuar yang rankwidget tah hapae tuh segala...virus kah itu?i close cepat cepat biaanya..caman ekk nak kasi ilang mender tuh?

Aley--->memang best...jadi tidurlah selena lenanya sebelum anda di bawa ke dalam lena yang panjang.yang tak bangun bangun dah pastuh...

Mrs.Sheikh said...

waaaa....
very angin la semalam ..kalahhhh
adoiiii

nazzman ibrahim said...

sanggup ko kan tunggu sampai 2/3 pagi...

Butaseni@Wan Raja said...

ruuudddddddddddd hahahahahaha.
italy over confident.
France akanj ulangi badi world cup 2002. :D

hidupppp german!!

BraderBoroi said...

waaa. besh. ado gak kaki bola. padan muko azzuri. opps. brader kono ingat bila di Milan nanti x buleh nak kutuk atau jorit kuek² boo kan Italy. nanti tak balik mesia brader nanti. huhuhu...

bozzobattousai said...

kan abg dah cakap yg azzuri tuh dah tak hebat. dah tua sesgt dah diaorg tuh. mlm nih jgn lupe plak sokong spain. ada ramai pemain liverpool dlm tuh. torres gerenti score sekurang2nyer 2 bijik. he he he.... jgn marah future adik iparku...

SYUKS said...

setuju.. memang azzuhri dah hilang power... ha ha

@xiM said...

she's da one--->adat bertanding,macam tu lah..

Nazzman-->sanggupp...jom berjaga ngan aku malam esok..kehkehkeh

Butaseni--->aik?bukan ko sokong itali kaaa?

@xiM said...

BraderBoroi--->haaa tau pun ekau...so nanti kalau dah pi sano jangen duk cakap yang buken-buken pasal azzuri nih...kang edenplak yang Hot nyer...hehe

Bozo--->yeeerr...Spain memang hebat...saya akui...tapi Azzuri tetap di hati...kahkahkah..

Syukur--->ni semua sebab captain Fabio Canavarro dah tak leh main,,,tu yang itali larik fokus..*matilaa alasan kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails