Followers

Tuesday, June 17, 2008

Berita EURO lagiiikkk..!!!

Awal pagi tadi berakhir sudah perlawanan bagi Group B euro 2008,iaitu perlawanan antara German menentang Austria,dan juga perlawanan Poland menentang Croatia.

German VS Austria

Pertembungan di antara Austria dan German menyaksikan penguasaan padang oleh pasukan German.Banyak cubaan cubaan bahaya yang di laku kan oleh pemain German seperti Klose,Podolski dan Micheal Ballack.Sepakan percuma Michael Ballack pada separuh masa kedua melayakkan German untuk ke suku akhir,dan akan menentang Portugal dalam perlawanan di Quarter Final.

Perlawanan tamat 1-0,dengan kelebihan pada pasukan German.

*Michael Ballack setelah melakukan gol pada sepakan percuma yang diperolehi(28 m jarak dari gawang)*insiden di mana kedua dua coach(german dan austria) diminta untuk berundur ke tempat penonton akibat pertengkaran yang berlaku.
*Asakan demi asakan yang di lakukan oleh pemain German.

Poland VS Croatia

Perlawanan yang sengit juga dapat di saksikan bagi perlawanan antara Poland dan Croatia ini.Kedua-dua pasukan melakukan serangan balas demi memburu jaringan.Separuh masa pertama tamat dengan kedua dua pasukan terikat 0-0,namun Gol pendahulu Croatia dari Ivan Klasnić pada separuh masa kedua melayakkan Croatia mara ke suku akhir dengan mata tertinggi kumpulan B ini.

Dengan kemenangan itu,Croatia akan menentang Turkey dalam perlawanan di Suku akhir nanti.

*Pemain Croatia yang meraikan gol ivan Klasnic
*Ivan Klasnic setelah menjaringkan gol kemenangan Croatia

*Ivan Klasnić (Croatia) dan Dariusz Dudka dalam versi tandukan

Pada awal pagi Rabu nanti perlawanan bagi Kumpulan C pula akan berlansung,di mana France akan bertemu Itali dan Belanda akan menentang Romania dalam misi menetukan siapakah satu lagi pasukan dalam kumpulan ini yang akan layak ke suku akhir bersama Belanda(kedudukan Belanda di suku akhir memang dah konpem..!!)

Untuk perlawanan ni aku risau sebab kalau Itali nak ke suku akhir,tiada pilihan yang ada kecuali menundukkan France(seperti di piala dunia 2006),tetapi masih bergantung kepada perlawanan antara belanda dan Romania.Jika Romania berjaya memenangi perlawanan menentang Belanda maka Itali dan France akan tersingkir.Belanda dan Romania akan ke suku akhir.

Mungkinkah situasi akan berlaku seperti perlawanan Portugal menentang Switzerland(Portugal tidak menurunkan kesebelasan utama dalam perlawanan ini kerana kedudukan di suku akhir telah di sahkan,manakala Switzerland konpm tak layak ke suku akhir..perlawanan lalu Switzerland menang 2-0) akan berlaku antara Belanda menenrang Romania awal pagi nanti?

Sama-sama kita berjaga malam dan saksikan kesudahan Itali dan France yang masih terkontang kanting mencari kedudukan dalam Kumpulan C ini.

2 comments:

azizi said...

go holland go .. oranje!

NN said...

rajin mengupdate..
bagus bagus..
mcm shelby..
mm..?? ntahh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails