Followers

Thursday, June 12, 2008

Portugal PASTI Mara

Tadi telah berakhir satu lagi perlawanan bagi EURO2008(sib baik la game ni start pukul 12 midnite...bleh save sket masa tidur nanti),satu perlawanan yang tak kurang juga pentingnya bagi GROUP A,iaitu perlawanan di antara:

PORTUGAL


VS

CZECH REPUBLIC


Tempat : Stade De Geneve
Suhu : 21 darjah Celcius
Keadaan ketika itu : Cuaca baik
Pengadil : Kyros Vassaras


Dan seperti biasa,berikut di sertakan ringkasan analisis bagi perlawanan ini:

Separuh masa pertama

3'-Libor Sionko (Czech Republic) cuba membuat jaringan tetapi di halang oleh Ricardo(Portugal Goal keeper)
5'-Deco membuat jaringan menjadikan Portugal sebagai pasukan pendahulu
10'-Jan Polak(C.Republic) terlepas peluang untuk shoot on the goal
15'-Milan Baros(c.Republic) membuat tandukan ke arah gawang portugal tetapi tersasar
17'-Libor Sionko(c.Republic) berajaya membuat gol penyamaan,1-1 menerusi tandukan cantik
19'-Petit (Portugal) shoot ke arah gawang lawan tetapi tersasar
23'-Deco (Portugal) hampir melakukan gol tetapi tersasar dengan tipis
31'-Bosingwa(Portugal) dilayangkan kad kuning oleh pengadil
40'-Cristiano Ronaldo(Portugal) merembat kencang ke arah gawan lawan tetap di nafikan.
45'-Petr Cech(c.Republic) menyelamatkan Free Kick dari Ronaldo

Bagi perlawanan masa pertama ini dapat di lihat penguasaan padang yang ketara dari pasukan Portugal,dan mereka seolah-olah selesa untuk bermain di tempat ini.Ball possesion portugal 64% manakala selebihnya bagi Czech Republic.Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan seri bagi kedua-dua pasukan,dan nyata persaingan akan bertambah sengit bagi babak masa kedua.

Perlawanan Masa Kedua

47'-Libor Sionko (C,Republic)mendapat peluang yang baik untuk menjaringkan gol tetapi terlepas peluang keemasan tersebut
55'-Nuno Gomes(Portugal) membuat cubaan tetapi dihalang oleh david Rozehnal
58'-Simao(Portugal) membuat shoot tetapi di selamatkan Petr Cech
63'-Ronaldo(Portugal) membuat jaringan,dan menjadikan portugal sebagai pasukan pendahulu bagi perlawanan ini,2-1
73'-Jan Koller (Czech Republic) dimasukkan bagi mengganti Galasek
83'-Libor Sionko sekali lagi mendapat peluang untuk menghasilakn gol menerusi tandukan tetapi di selamatkan oleh Ricardo(Portugal goalkeeper)
90+1'-pemain gantian,ricardo Quaresma menjaringkan gol kemenangan buat portugal atas lorongan bo;a dari Cristiano Ronaldo.



Keseluruhannya bagi babak masa kedua ini sememangnya Portugal amat offensive,dengan pemain seperti Deco,Nuno Gomes,Simao dan Cristiano Ronaldo yang bergandingan bersama sememangnya menyukarkan pasukan lawan untuk mencipta peluang untuk menjaringkan gol.Dapat di lihat kesungguhan Czech Republic yang tidak berputus asa untuk membolosi benteng pertahanan lawan dan kemasukan Jan Koller pada minit ke 73 sedikit sebanyak membantu Czech Republic untuk membuat serangan serangan yang merbahaya terhadap Portugal.Pujian harus diberikan kepada Libor Sionko yang berhempas pulas untuk mencari gol kemenangan buat Czech Republic,tetapi di nafikan oleh pasukan portugal.


PORTUGAL 2 - 1 CZECH REPUBLIC

Dengan kemenangan Portugal,ini membuka laluan mudah bagi pasukan ini untuk mara ke suku akhir.Aku rasa portugal pasti akan mara berdasarkan prestasi dan gandingan mantap hasil didikan Philip Scolari.Actually masa aku duk buat review ni perlawanan antara Swirzerland dan Turkey sedang berlansung,dan kedudukan sekarang selepas separuh masa pertama memihak kepada Switzerland melalui gol mudah dari hanan Yakin(pemain yang menggantikan penyerang utama Swirzerland,Alexander Frei yang cedera pada perlawanan pembukaan tempoh hari).

*Untuk keputusan penuh,nanti la esok esok k..aku dah tak larat dah nak tunggu game habis...aku rasa Swiss dah menang...ni aku da nak tidur sebab esok ada meeting...ada yang tak terbangun ni kang...nanti korang kejutkan boleh tak?hehe....eh eh,turkey plak da menjaringkan gol penyamaan...da 1-1 dah..hmmmmm maybe seri la kot keputusan perlawanan antara Turkey VS Switzerland...dah dah..aku nak tidor dulu k....babai...nite nite...mata da rasa berat sangat ni...zzzzzzzz

(**sorry yer korang sebab masa pack sangat so tak sempat nak bloghop dan meninggalkan jejak..keadaan akan kembali pulih hari jumaat bila da balik ke penang semula...sori yer...sedikit kesibukan.)

15 comments:

shahril aley said...

woiii tak reti nak tido ke? besok ko nak pi meeting la.

tau la eksited dgn bola.
agak2 la beb....
konfem besok ko blur & tersengok2 dlm meeting room....

izal said...

aku tido la beb...penat tgk bola sendiri...

Miss Reen said...

aku sker tgk bola..
krn ngan on tv layan bola..
aku cepat terlelap..
muekekekeke...

Zoulkieflie said...

makan bola,tido bola,mandi bola..ayoyo..sume bola..
u nya story pasal bola macam kat dalam majalah sukan..:p
next time,kalau nak tau pasal bola,just buka u nya blog..dah cukup..have a nice day..:)

azizi said...

a very great delayed coverage. but i'm supporting the netherlands ..

heh..heh..heh

MOLY said...

eh eh . .ada mamat hensem dlm gambar tuh :D

eedany said...

makan bola, mandi bola...tendang bola...

pelan2 buat kerja tuh! ;p

SaifulBashrie said...

uihhhh melayan sakan hang noo..aku dah tak larat layan dah... baguih2..hikhik

mummysyafie said...

adoiii...ni demam bola ni haruss layan tau..

@xiM said...

Aley---->aku berjaya menghabiskan meeting dengan jayanya arituh....bola tetap nak tengok..

Izal--->ko tengok bola sendirik takper beb..tengok jer jangan duk usik...kang lain pulak jadinya..aku tak tanggung..hehe

Reen---->kalau camtuh sila kanlah tengok bola selalu...konpem mendapat tidur yang cukup nanti..hehe

@xiM said...

Zoul--->:D..havr a nice day to u too..

Azizi--->Netherland is sooo great for dis EURO2008...maybe this team could wlk to the final..

Lily--->mamat hensem?yang mana satu lily?haha....

@xiM said...

Eedany--->kalu wat pelan pelan nanti kerja tak siap lak...hehe:D

Bash--->LAYAN JANGAN TAK LAYAN...

Mummysyafie--->jom sama sama layan ngan suami tuh..teman dia tengok sampai lebam k..

NN said...

bola yg tgk aku smlm mehhhh..
:D

@xiM said...

Nikli--->:D

Anonymous said...

Hello. And Bye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails